Tuesday, August 20, 2013

~Morning Sickness~

Morning sickness, mual atau muntah yang dialami sepanjang tempoh kehamilan adalah merupakan perkara biasa bagi kebanyakan wanita hamil. Nama je morning sickness tapi ada sesetengah wanita yang alaminya tak kira masa.. pagi, petang, siang, malam.. tapi, apa pun, morning sickness yang dialami menunjukkan kandungan anda sedang membesar dengan sihat! Jadi, redha saja la dengan setiap rasa mual yang ada.. huhu..

Jika morning sickness yang dialami oleh anda berterusan dan menyebabkan kehilangan berat badan, keadaan ini disebut sebagai hiperemesis gravidum. Segera dapatkan rawatan di hospital. Biasanya doktor akan menyarankan supaya anda bedrest sehingga keadaan diri kemballi pulih.
Berikut adalah 7 cara untuk mengatasi morning sickness :

Makanan :
- Elakkan makan makanan yang berempah atau berminyak. Makan makanan yang agak ringan contohnya biskut atau roti di waktu pagi bagi menghilangkan rasa mual.

- Jangan biarkan perut anda kosong kerana ini akan memburukkan lagi gejala morning sickness anda. Ambil makanan tinggi protein setiap 2 jam dikatakan dapat membantu mengurangkan perasaan mual.

Jauhi penyebab kepada rasa mual :
- Ada sesetengah makanan dan bau yang dapat menimbulkan perasaan mual. Macam saya dulu, langsung tak boleh nak memasak.
Bau bawang yang ditumis dan bau nasi yang baru masak memang sangat-sangat menyeksakan.. T__T...Cuba hidu bau lemon/oren untuk membantu meringankan gejala tersebut. Bahkan menghirup udara yang segar juga dapat membantu.

Lain-lain perkara yang boleh membantu :

- minum air/soda dengan hirisan halia disarankan oleh Mayo Clinic sebagai salah satu cara untuk melegakan ketidakselesaan perut.

- Ais yang dikisar, gula-gula atau ice pop juga dapat meringankan rasa mual. Maknanya, apa-apa minuman sejuk yang menyegarkan, pasti dapat membantu :)
- gula-gula khas untuk kehamilan juga tersedia bagi membantu mengurangkan rasa mual dan loya.
- anda juga boleh mencuba asam untuk meningkatkan rembesan air liur. Tapi jangan makan banyak sangat, tak bagus.... ^__^
- menurut The American Pregnancy Association, peppermint atau teh peppermint juga boleh menjadi ramuan yang dapat mengurangkan gejala morning sickness ini.
- dapatkan konsultasi dari doktor terlebih dahulu jika ingin menggunakan ubat-ubatan herba/homeopati.

Ubat :
- ambil ubat-ubatan di bawah pengawasan doktor.

- Cuba makan prenatal vitamin di waktu malam atau sebelum tidur malam
agar dapat diserap sepenuhnya sepanjang malam.

Warded (Ditahan di wad) :
- jika morning sickness yang dialami sangat teruk
(hiperemesis gravidum) hingga menyebabkan anda kehilangan berat badan dan tidak berupaya untuk makan dan minum, maka doktor akan menyarankan anda supaya tinggal di wad sehingga keadaan menjadi stabil. Rawatan yang bersesuaian akan diberikan. kes ini biasanya dialami oleh 1% wanita dari semua kehamilan.
- kaedah lain yang digunakan ialah, dengan memasang hos nasogastrik atau gastrostomy endoskopik yang dimasukkan melalui mulut atau hidung untuk menyalurkan nutrisi kepada si ibu.

Berehat :
- dalam sesetengah kes, si ibu akan dinasihatkan supaya
bedrest atau berehat sehingga morning sickness reda. Bedrest yang dimaksudkan ialah, tidak boleh membuat apa-apa kerja dan kurangkan pergerakan. namun ini akan memberikan kesan negatif pada otot kerana jarang digerakkan.

Akupunktur (acupuncture) :
- terdapat beberapa sesi rawatan untuk meringankan morning sickness. Antaranya, kaedah seabands iaitu ban yang diletakkan pada pergelangan tangan dan dicucuk pada titik-titik tertentu.


sumber : erabaru.net



Ok. lagi satu cara nak hilangkan morning sickness ni dengan pengambilan Shaklee. Dah banyak testimoni tentang ketiadaan morning sickness dengan Shaklee ni. Ni diaaaa....


Ostematrix (Kalsium, Magnesium & Vitamin D)
Tahukah anda Ostematrix boleh mengurangkan migrain a.k.a pening-pening? 



Kalsium bukan sahaja membina tulang dan gigi, malah ia membantu menetapkan ritma jantung, menyelesaikan masalah insomnia, membantu pengaliran gizi masuk dan keluar daripada membran, dan membantu dalam pembekuan darah. Kalsium juga sangat diperlukan dalam mempertahankan fungsi saraf dan otot, serta buah pinggang. Ia juga mengurangkan kadar kolesterol dalam darah.

Magnesium pula penting untuk metabolisma kalsium.  Ia membantu untuk mengelakkan pembuluh darah menjadi kejang, salah satu punca yang dipercayai penyebab migrain. Satu kajian telah dibuat ke atas Magnesium, dan didapati ia membantu mengurangkan sakit kepala migrain dan mengurangkan frekuensinya.

Vitamin D pula penting untuk penyerapan kalsium. Kalsium yang tiada vitamin D tidak boleh diserap oleh tubuh, dan boleh tertinggal sebagai batu dalam ginjal atau pundi kencing.



B Complex
 
Kerana B Complex Shaklee lengkap dengan vitamin B 6.Vitamin B 6 merupakan salah satu daripada lapan vitamin B. Kesemua lapan  Vitamin B memainkan peranan penting dalam membantu tubuh manusia untuk menukar makanan, terutamanya lemak dan protein kepada tenaga. Ia juga perlu untuk kulit yang sihat, rambut dan mata, dan sangat penting untuk fungsi hati dan sistem saraf. Tubuh juga memerlukan vitamin B6 untuk membuat hemoglobin, molekul dalam sel-sel darah merah yang membawa oksigen ke sel-sel badan.


B6 juga telah digunakan sejak tahun 1940-an untuk mengelakkan morning sickness. Ramai wanita mendapati bahawa mengambil B6 tambahan semasa bulan-bulan awal kehamilan sangat mengurangkan morning sickness. Beberapa kajian mendapati B6 ia adalah rawatan berkesan untuk loya. 

anda bleh dapatkan b complex dan ostematrix ini dalam set ibu hamil yang kami sediakan.. ape yang akan anda peroleh dalam set ini..

SET J-1 (Trimester I )
  • Vita-Lea
  • B Complex
  • Vitamin C
  • Ostematrix

SET J-2 ( Trimester II dan III)
  • Vita-Lea
  • B Complex
  • Vitamin C
  • Ostematrix
  • Omega Guard
add on ESP untuk sumber protein


Berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi?hubungi:
Adilah MTauket 019-3513200 
shaklee id 947946 
emel: adilah_mt@yahoo.com
https://www.facebook.com/adilah.mtauket

No comments: