Sunday, April 1, 2012

- dah 2nd trimester la.... -

uh..uh... mcm tak percaya. dah masuk 2nd trimester. byk minggu lagi harus ditempuh. peralihan ke 2nd trimester ni agak mencabar. dah mula rasa2 nak muntah je kalau pening sikit2 pun. tapi masih boleh dikawal tak seteruk yang dilihat pada kawan2 preggy mom yang lain. alhamdulillah.. terima kasih ya Allah kerana mempermudahkan tempoh mengandung ku ini.

perut dah mula menampakkan diri. pakai baju kurung besar pun kalau angin tiup sikit dah mula tertonjol. hehe... seronok pegang perut sendiri. tp baby masih mendiamkan diri. tak rasa apa2 lagi. harap baby sihat2 je kat dalam ye. ibu tunggu!!!

semalam ajak enAlang shopping baju ibu kat Jusco S2. macam dah tak banyak design cantik la scarlet sekarang ni. tapi dapatla capai 2 helai. saiz s pun macam besar je. boleh la kot pakai sampai ujung2 nk deliver nanti. harap2 nya lah. hehe...insyaAllah.

masuk trimester ke2 ni, makan pun dah kurang. kalau awal2 dulu, makan main sebat je. makan nasi boleh la tambah2 lagi. tp sekarang makan dlm portion sikit pun dah rasa senak perut. tp kena kerap la makan. pas makan nasi, sejam pastu makan la roti ke buah ke. biskut takleh nak masuk pulak. sebab kering kot. huk2...

tak sabar nak beli2 barang la.. tp orang kata tak elok beli awal2 ni. tunggu la dah masuk 5/6 bulan kang. tapi mak pak nya dah stat usha2 kat website apa2 barang yg perlu. hehe... sabo..sabo...

dan...

harap2 gaji baru masuk bulan 4 ni.. :)

No comments: