Monday, February 23, 2009

- lagi aktiviti di sekolah -

minggu lepas...ada sambutan hari muhibbah di SCBN2...sebenarnya lebih kepada sambutan sempena tahun baru cina..mana tidaknya, tarian singa yang dipersembahkan betul-betul seperti ketika sambutan sebenar diadakan.dengan pakaian murid-muridnya.aduhai...

beberapa minggu sebelum itu,ada sambutan krismas.siap santa claus datang lagi bagi cenderahati.tapi disebabkan ketika itu aku tiada di sekolah..maka,tiadalah gambar..

sebenarnya memang dalam sebulan dua ini, sekolah tak pernah diam.ada saja aktiviti yang diadakan.bermula hari perlantukan pengawas, hari anugerah cemerlang, all this sambutan perayaan, perlawanan2 dan bakal berlangsung...sukan sekolah.itu pasti sibuk,apatah lagi SCBN2 dan SCBN1 berkongsi padang.

semalam,mesyuarat agung PIBG SCBN2 kali ke 36 diadakan di Dewan Putih.dapat pulak berita yang tak best,aku dilantik sebagai naib setiausaha..aduh...!!!pasti banyak kerja yang bakal menimbun.lagi pulak dengar-dengarnya YDP nak buat projek besar tahun ni..bersiap sedialah, cikgu...


hari ini pulak, aku kene pergi ke PD sampai hari rabu untuk kursus asas pemulihan khas.hurmmm...dah 4 minggu berturut-turut,aku pasti ke luar sekolah walau sehari.yang ini pulak 3 hari.seronok memangla seronok, tapi bila dah kembali ke sekolah,sudah pasti kerja banyak bakal menanti..sabar je lah...


3 ekor singa mengadap..cak!!!
testing tiang..tingginya!!aku yang tengok pulak rasa gayat

makan...macam-macam ada...

amboi,cikgu!!!sakan bersembang..hehe..

murid SCBN2 menggayakan pelbagai jenis cheongsam...

p/s : kerinduan melanda diri... ;-P


No comments: