Thursday, December 26, 2013

~Apa itu Anemia?~

Bahaya Anemia Kepada Ibu Hamil


Apa itu Anemia?
Anemia merupakan keadaan di mana berlakunya kekurangan hemoglobin di dalam sel darah merah. Hemoglobin merupakan pengangkut oksigen dan zat makanan ke seluruh badan. Oleh itu apabila mengalami anemia,tisu seluruh badan menjadi hipoksia(kurang kandungan oksigen)dan kurang tenaga.

Bagaimana Anemia Boleh Berlaku?
kurang mengambil makanan yang mengandungi zat besi.

Adakah Anemia Bahaya Kepada Saya?
Anemia sangat bahaya kerana boleh menyebabkan:
♥ Tumpah darah semasa dan selepas bersalin
♥ Tekanan darah tinggi(eklampsia)
♥ Keguguran
♥ Kematian ibu/anak dalam kandungan

Adakah Anemia Bahaya Kepada Bayi Saya?
Anemia sanagat bahaya kerana boleh menyebabkan:
¤ Kematian janin
¤ Kelahiran bayi tidak cukup bulan
¤ Kelahiran bayi kurang berat badan

Bagaimanakah Anemia Di kesan?
Anemia dikesan melalui ujian darah iaitu apabila paras hemoglobin(Hb) dalam sel darah merah kurang daripada 11g/dl

Seriuskah Masalah Saya?
Tahap keterukan anemia adalah seperti berikut:


*Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

Jadi macam mana kita nak elakkan anemia ni? Shaklee ada mencadangkan vitamin yang sesuai untuk masalah ini. Iaitu VITALEA. 



Ibu hamil juga boleh mendapatkan set hamil Shaklee yang lengkap untuk keperluan ibu dan bayi dalam kandungan.

Monday, December 16, 2013

~7 sebab badan perlukan suplemen~




Kesihatan diri merupakan harta yang paling berharga namun ramai yang tidak menyedarinya sehingga ditimpa sesuatu penyakit yang tenat. Ramai juga yang tidak menyedari akan peranan pengambilan makanan yang berkhasiat untuk memastikan kesihatan yang baik. Punca utama serangan penyakit-penyakit tenat seperti kanser dan penyakit jantung ialah kerana tidak memakan makanan yang sempurna dan kurang memakan makanan yang berkhasiat serta kurang bersenam. Corak pengambilan makanan yang teratur sepatutnya dimulakan sejak awal lagi. Pepatah ada mengatakan, “ Diri Anda Ialah Apa Yang Anda Makan ” dan kenyataan ini benar dalam soal kesihatan.

Mengapa Kita Perlukan Supplement?

1. Badan kita memerlukan dos vitamin yang lebih tinggi dari apa yang di perolehi dari makanan. Contohnya vitamin C dan E yang diperolehi daripada makanan sahaja tidak mencukupi untuk memberi kesan pencegahan dan anti penuaan.

2. Buah-buahan dan sayuran yang di tanam di atas tanah yang tidak subur mengandungi bahan dan zat galian yang kurang berbanding dengan buah dan syuran dari tanah yang subur. Racun perosak,racun serangga dan bahan pencemar mempengaruhi kualiti buah dan sayuran tersebut.

3. Zat makanan mudah hilang semasa proses pengangkutan,penyimpanan dan penediaan makanan.Vitamin C dan enzim mudah di musnakan oleh haba semasa proses memasak.

4. Pengambilan pil tahan sakit,ubat-ubatan,alkohol dan antibiotik boleh menggangu penyerapan zat makanan. Amalan diet yang tinggi kafein,lemak,kolestrol,gula dan garam dapat mengurangkan simpanan zat makanan di dalam tubuh.

5. Pengambilan makanan segera dan tidak seimbang serta tidak mengikut piramid makanan yang di cadangkan.

6. Gaya hidup dan trend masa kini dengan kehidupan yang sibuk,jarang memasak di rumah dan lebih gemar makanan segera yan gtinggi kandungan MSG.

7. Bagi mereka yang berkerjaya makanan tengahari sekeluarga di luar dan makan malam memasak seringkas yang mungkin maka pengambilan makanan seimbang tidak di titik beratkan.


Jadi, sebab itu kita tak boleh bergantung semata-mata pada khasiat dari pengambilan makanan kita seharian. Manakala suplemen yang diambil juga perlu diambilkira kualitinya. Shaklee pengasas suplemen semulajadi dan menjadi pilihan nombor satu di US.


#Untuk konsultasi dan maklumat lanjut, boleh hubungi saya : 
Adilah MTauket
Pengedar Shaklee Sepang dan Malaysia - Selangor (Sepang dan sekitarnya, Nilai, Enstek)
Email : adilah_mt at yahoo dot com
Sms/Whatsapp : 019-3513200
Page :Jom Sihat-Pengedar Shaklee Sepang
FB Adilah MTauket

Saturday, December 14, 2013

~Kepentingan mencuci usus/DETOX~

TAHUKAH ANDA?

Kebanyakan penyakit adalah berpunca daripada usus.

 

Kita baca dulu fakta tentang usus ye.

 


  • Usus adalah bahagian terakhir dalam rantaian pemprosesan makanan, di mana SEMUA makanan yang kita makan akan diproses untuk mendapatkan nutrisi yang amat diperlukan tubuh badan kita.
  • Kekurangan serat dan air dalam makanan adalah punca utama terjadinya intestinal disorders (gangguan dalam sistem pencernaan - usus).
  • Usus kecil mudah untuk menyerap nutrisi.
  • Tekanan boleh memberi kesan kepada penyerapan nutrisi dan akan menyebabkan iritasi kepada usus kecil.
  • Usus besar boleh menyerap mineral dan air.
  • Apabila membran (lapisan dinding) usus besar tidak sihat, ia tidak boleh berasimilasi (melakukan proses pertukaran zat) dan menyerap mineral dan vitamin yang boleh mengundang pelbagai penyakit (tidak kira berapa banyak makanan tambahan yang kita ambil)
  • Kesihatan tubuh badan kita terpelihara jika sistem usus kita berfungsi dengan baik.


Apakah maksud mencuci usus?
Sebelum tu, kita kenal dulu maksud mencuci usus atau DETOX
 
Detox adalah proses membersihkan usus di mana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar. Selepas dinding usus kita bersih, barulah badan kita dapat menyerap nutrien pada tahap optimum. Kerana itulah detox sangat penting sebeum mengambil apa-apa vitamin atau supplement supaya tahap penyerapan nutrien pada kadar paling optimum.

Mengapa Perlu Cuci Usus ???

  • Program pencucian yang bagus dan berkesan haruslah bermula dengan menanggalkan segala kekotoran yang terdapat dalam usus kita terlebih dahulu. Jika anda ingin mencuci sistem hati, darah atau limpa tanpa terlebih dahulu mencuci usus, bahan kumbahan toksid akan kembali semula ke dalam sistem badan anda. Salah satu masalah yang sering dihadapi adalah sembelit. Sembelit terjadi kerana kurangnya fibre (serat makanan) dan kekurangan air yang menjadi punca sistem pembuangan najis menjadi tidak teratur dan terganggu.

  • Sembelit sebenarnya adalah satu mekanisma tubuh yang memberikan suatu "masa peralihan" yang diperlukan oleh tubuh untuk membuang toksid yang terkumpul dalam badan melalui pemakanan dan sistem usus yang tidak dapat berfungsi dengan sempurna. Walau bagaimanapun, jika "masa peralihan" ini terlalu perlahan serta berterusan, ianya boleh menyebabkan hemorrhoids, varicos veins, hiatal hernia atau lain-lain penyakit. "Masa peralihan" yang mengambil tempoh terlalu lama juga akan menyebabkan pembuangan najis dan toksid menjadi busuk dan tidak menyelesakan. Ini seterusnya akan menyebabkan keseluruhan tubuh badan tidak dapat menerima tenaga dan nutrisi yang diperlukan kerana usus gagal menyerap zat-zat tersebut. 
 Jadi, suplemen yang sesuai untuk proses DETOX ini ialah HERBLAX

  

Manfaat Herblax
  • Pembersihan najis tersekat 
  • Meransang usus untuk percepatkan proses pembersihan secara lembut kepada najis yang tersekat atau tersimpan lama dalam tubuh badan kita. 
  •   Membantu masalah sembelit 
  • Tindakan pembersihannya yang lembut boleh menggembalikan semula proses semulajadi pergerakkan usus (natural bowel movement) dan secara langsungnya membantu masalah sembelit.  
  • Mengempiskan perut 
  • Ia membantu dalam mengurangkan atau memberi kepejalan pada perut. Sesuai di ambil seperti biasa atau dicampurkan dalam air panas, sebagai minuman teh herba.



 Cadangan pengambilan
  • Untuk kesihatan berpanjangan : 2 kali seminggu ( 4 biji setiap kali sebelum tidur)
  • Untuk pembersihan usus / detoksifikasi, melawan kanser , mengawal berat badan : 2 kali sehari - 3 biji setiap kali (selepas makan dan sebelum tidur)


Credit SINI dan SINI



#Untuk konsultasi dan maklumat lanjut, boleh hubungi saya :
Adilah MTauket
Pengedar Shaklee Sepang dan Malaysia - Selangor (Sepang dan sekitarnya, Nilai, Enstek)
Email : adilah_mt at yahoo dot com
Sms/Whatsapp : 019-3513200
Page :Jom Sihat-Pengedar Shaklee Sepang
FB : Adilah MTauket