Wednesday, June 30, 2010

- detik bersatu -

lagi cerita pasal kawen...
haha...muntah lagik ye korang..

kali ni cerita masa detik2 nak bergelar isteri pulak..
pagi tu kelam kabut sikit.
pasal terlupa nak inform mak andam waktu nikah tu dicepatkan.
tapi mak andam aku memang superb. dapat siapkan aku dalam masa setengah jam je.
bagus tak?hehe...
aku la punya pasal.

siap2 semua, terus pergi surau.
bertemankan Yani, sepupu.
mak pulak datang dengan sepupu2 yang lain.


berjalan tengah panas.
rasa nak pengsan pun ada.
kelam kabut. kalut. berdebar.
semua adalah..

saat sampai di surau.
berdebar tengaok en.Alang berabat tangan dengan Ustaz Khairuddin.
Ustaz siap bergurau senda lagi.
nak menghilangkan nervous katanya. buatla lawak2 sikit.

alhamdulillah dengan sekali lafaz.
bertautlah cik dila dengan en.Alang dengan gelaran suami isteri.
huhu...
syahdu...syahdu...

upacara penyerahan mas kahwin.
sedikit salah faham tentang membatalkan air sembahyang di situ.
malas nak cakap. uh!
tapi takpelah.
selamat sudah...


esok2 sambung pasal waktu bersanding pulak...
huhuhuhu....
daa...


Monday, June 28, 2010

- sehari sebelum -

sehari sebelum...
memang pack.
even 3 hari sebelum tu pun dah terkejar-kejar.
almaklum, takde pembantu. semua kena buat sendiri.
nasib baik dah sub2 pelamin hantaran segala pada yang pakar. heheh...

pelamin. setelah ditambah rias oleh kakak dan maksu. kalau tak takde bunga belakang tengah tu. pastu karpet pun belasah karpet rumah je. abes la...
bilik. sebelum kena komen abes-abesan oleh mak. ade patut kosong camtu jek.. amik ko mlm sebelum, kelam kabut datang pasang.

aisya datang petang sebelum hantar kek.. sambil gosip2..tak sah la kan...

hari sabtu memang dah macam kenduri sebab kawan2 mak n abah ramai yang tak dapat datang hari ahad. so diorang datang hari sabtu. makan best jugak. sup tulang.
aku jugak yang tak merasa sepuas2nya.
tak lalu nak makan. sebab penat sangat okay...
malam tu, sepupu aku soh tido cepat sebab kesian kat aku duk kulu kilir wat keje jugak.
mana taknya, risaula goodie bag utk tetamu tak siap pack..
ok, nanti sambung balik..

Friday, June 25, 2010

- mula bercerita -

okey... dah lama sangat berehat. bukan sebab apa pun. talian perkhidmatan terputus. campur dengan kelam kabut akibat bercuti lama.

bermula hari ini. muntahlah korang dengan cerita majlis aku ye.
haha... gelak besar sikit.

dengan rasminya, diri ini sudah halal untuk dirinya.
bergelar isteri kepada en Alang. debaran itu sudah hilang ditelan rasa kegembiraan.
tetapi, banyak lagi dugaan dan cubaan yang perlu dihadapi bila memasuki alam baru ini.

ini cuma teaser.
selebihnya bakal disambung pada jangka waktu yang tidak boleh ditetapkan.
hah! skema gitu.




p/s : guna pc orang lain. tak boleh pulak nak upload gambar walau seketul. huhu...