Saturday, February 6, 2010
- realman bukan xman -
tapi sungguh metafora bagi aku.. apa pe je lah.
semalam baru check2 member kat fb memandangkan fb dah menukar layout home dia.. pening2 aku dibuatnya. rupa2nya encik ex sudah mendelete aku daripada friendlist dia.. entah kenapa.. setahu aku xde lak aku buat hal. (dia penah wat mcm ni gak kat frenster sbb kitorang ada penah bergaduh.. mcm budak2..) ok, apsal la plk aku friend dgn ex ni pulak kan..
actually, aku memang baik dgn dia lepas kitorang break up. pasal dia curang dgn aku. huh! aku tak kisah je. sbb kapel pon mcm main2 jek.. la tu aku anggap dia mcm kawan2 aku yg lain gak la. cerita ceriti makwe / pakwe baru ke, keje ke, apape je la. tp, sejak dia tahu aku bertunang dia delete aku. apasal ek? aku assume dia tak kisah sbb sebelum ni biasa je.
takkan dia terasa kot sebab aku tak bgtau dia masa aku bertunang ari tu. bukan apa, aku ni tak ramai kawan lelaki. dengan dia ni la yang aku boleh open minta pendapat ke apa ke, itu pun lepas kitorang break up. so, aku tak nak la hilang kawan macam tu je.(baik tak aku?haha...)
tapi kalau dia sendiri dah taknak kawan, nak buat macam mana kan.. aku ok je. semoga dia berbahagia lah dgn apa yang dia lakukan sekarang.
my realman, en.Alang. (walaupun saya tau dia taktau saya ada blog, sy nak wat pesanan gak. mana tau kot2...) awak tetap no 1 di hati. itu je.
Friday, February 5, 2010
- kedekut! -
malam tadi tidur lambat. pagi ni pulak rushing buat fresh letters untuk dinner. siap pusing satu sekolah tu mencari orang la, apa la.. peh tu pulak, bawak budak2 hoki training di stadium. kak erin bawak diorang naik lrt tapi aku bawak kereta sebab nak ngangkut barang2 keeper set tu. duk ngekor en.Jasmi je sbb taktau jalan dari sekolah. haha.. (i told u i xtau jalan kl ni...)
balik training, terus join meeting guru ke-2 sampai pukul 2.30.. pastu siap2 setel semua, pegi pulak tengok draf kad. walaupun ada pembetulan here n there tp cantik... tak sabar nak tgk hasilnya. ni yang lagi semangat nak kawin ni. haha.. teruk betul.. ting!ting! en.Alang.....so sekarang, preparation deko hantaran pulak since barang2 nya maybe dapat lambat lagi (bila la pakcik sorang ni nak soping2 barang dia..) dalam pada tu, aku ada wat gak tq tag.. huhu diy je. xtau la cantik ke tak. nak kena tnya qc dulu lulus ke tak? weee..... untuk doorgidt pulak, plan A nak beli bakul mengkuang tu kalau dapat yang murah (baru tgk blog B2B ni, dia leh dapat murah kt nilai, tapi hari tu aku tak jumpe plk...nak tggu respon dia...) plan B, DIY paper box. pun dapat dari sorang B2B ni, missyanz.. dalam next week baru leh decide betul2..
lagi??
esok2 la...
p/s : sumpah tadi kali pertama dan terakhir aku pegi cimb jln raja muda aziz. huh!
Thursday, February 4, 2010
- petua 1 -
Menurunkan Berat Badan
- Masalah berat badan, sering menggangu fikiran wanita.Tetapi kini anda tidak perlu risau kerana ada petua murah dan mudah. Ambil dua biji lobak merah dan sebiji timun.Parut dan perah airnya. Parutan itu dicampur sebiji air limau nipis. Bancuh hingga sebati dan minum dua kali sehari. Amalkan setiap hari hingga berat badan anda turun.
- Ambil 3 sudu besar serbuk teh cina dan rendam dalam air. Tapis dan campurkan dengan air perahan limau nipis. Amalkan selalu meminumnya 2 kali sehari iaitu sebelum sarapan dan sebelum tidur. Menurunkan Berat Badan
- Sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari. Perah airnya ke dalam gelas yg berisi air sejuk. Masukkan ke dalam peti ais. Amalkan minum selepas makan tengahari atau selepas makan malam.
- Dua biji lobak merah dan sebiji timun diparut dan diperah airnya. Campur dgn sebiji air limau nipis dan bancuh hingga sebati. Minum dua kali sehari. Amalkan sehingga mencapai berat badan ideal.
Perut Buncit
Gilingkan kapur sirih bersama daun jambu batu. Sapukan keperut setiap hari sehingga perut menjadi kempis.
Sengal Tulang
Bagi anda yang selalu mengidap sakit sengal tulang, cubalah petua ini. Ambil sedikit getah pohon kemboja dan sapukan pada sendi yang terasa sengal sambil berselawat. Cara ini dipercayai dapat meredakan sakit sengal tulang dengan berkesan.
Keputihan
Mandi dengan air suam rebusan daun sirih selama tujuh hari untuk membersihkan vagina, rasa gatal dan keputihan akan hilang. Amalan memakan daun sirih setiap hari juga boleh mengelakkan dari masalah keputihan.
Menghilangkan Bau Mulut
Tumbuk lumat sepuluh kuntum bunga cengkeh dan tiga ulas bawang putih. Kemudian gosokkan kepada gigi dan berkumur hingga bersih. Lakukannya tiga hari sekali.
Merawat Panau
Ambil sepotong halia, tumbuk lumat dan tempelkan pada tempat berpanau.
Tegangkan Payudara
Amalkan meminum air kanji (air didih nasi)sebelum tidur malam. Insyaallah mujarab.
Menghilangkan Lebam Mata
Teh uncang yg telah digunakan jangan buang. Lekap pada mata dan biarkan semalaman. Lakukan 3 kali seminggu ketika hendak masuk tidur.