Semalam baru sorang kawan cakap anaknya ada ulser mulut. Pedih woo ulser mulut ni. Kita yang dewasa pun tak tertahan. Inikan budak2.. Kesian sampai taknak makan, minum semua. Yelah, pedih mulut. Mana lalu nak telah apa2.
Dulu masa sekolah, ada jugak sorang kawan ni, tiap kali datang bulan mesti ada ulser. Banyak pulak tu. Seram jgk tengoknya. Orang kata ulser mulut ni sebab panas dalam dengan kurang air. Jom kita tengok sikit2 pasal ulser mulut ni.
Gambar Sumber Google
Apakah itu ulser mulut?
Ulser mulut adalah luka di dalam kawasan lembut mulut anda. Ulser ini
nampak seperti tompokan warna putih/krim yang bersaiz kurang dr 5mm
biasanya. Ulser mulut boleh terjadi berulang kali,ia mungkin dalam satu
tompok atau berkumpulan,2 hingga 5 tompok. Ulser akan sembuh tanpa
meninggalkan parut. Penyakit ulser ini kerap berlaku di bahagian dalam
bibir, pipi dan ada kalanya di bahagian lidah dan gusi. Malah ia juga
boleh menyerang ke kawasan anak tekak dan lelangit mulut.Simptom-simptom ulser mulut
Tompokan warna putih dan terasa sakit apabila bersentuhan dengan makanan. Tompokan ini boleh berlarutan 7 hingga 14 hari. Ulser mulut menyebabkan anda hilang selera untuk makan dan minum kerana sakit mulut. Kadangkala anda berasa malas untuk bertutur. Bersaiz antara 2mm-5mm dan boleh jadi lebih besar apabila beberapa tompokan ulser mulut bergabung.
Sebab-sebab terjadinya ulser mulut:
- Ulser boleh dialami oleh sesiapa sahaja tanpa mengenal umur.
- Jangkitan bakteria, virus atau fungus akibat mengabaikan kesihatan dan kebersihan mulut.
- Ulser juga boleh disebabkan kerana kecederaan fizikal/trauma fizikal seperti tergigit bibir atau lidah, bentuk gigi yang tajam dgn kedudukan gigi kurang sesuai dan terkena dawai alat ortodontik.
- Pengambilan zat besi, asid folik dan vitamin B 12 yang tidak mencukupi.
- Stress
- Sistem imuniti badan yang lemah
- Alahan
- Radioterapi
- Kimioterapi
- Sebab-sebab yang tidak diketahui.
Jika anak atau anda kerap mengalami ulser,amalkan:
- Pemeriksaan gigi berkala setiap 6 bulan (mulut yang sihat juga berkait dgn gigi yang sihat)
- Gunakan pencuci antiseptik mulut / berkumur dengan air garam
- Amalkan makan secara sihat
- Cukupkan pengambilan nutrien melalui suplemen jika perlu
- Elakkan pengambilan jus yang terlampau masam dan makanan pedas/berempah.
- Minum air kosong dengan mencukupi (sekurangnya 2-3L sehari)
- Elakkan stress yang melampau
Dengan Shaklee, kita boleh rawat ulser mulut ni. Jom tengok vitamin apa yang sesuai.
Vitamin-vitamin Yang Membantu Atasi Ulser Mulut
B-Complex => Mencegah ulser mulut
Vita-C => Membantu pemulihan membran mukosa mulut
ESP Shaklee => Melengkapkan keperluan Lysine dalam tubuh
Alfalfa Complex => Menyahtoksin di seluruh tubuh
Herblax => Membersihkan dan menyahtoksin dalam perut tempat berkumpulnya segala jenis toksin
Untuk konsultasi dan maklumat lanjut, boleh hubungi saya :
Adilah MTauket
Pengedar Shaklee Sepang dan Malaysia - Selangor (Sepang dan sekitarnya, Nilai, Enstek)
Email : adilah_mt at yahoo dot com
Sms/Whatsapp : 019-3513200
Page :Jom Sihat-Pengedar Shaklee Sepang
FB : Adilah MTauket
No comments:
Post a Comment