Monday, February 6, 2012

- ultrasound -

baca pengalaman orang, best je diorang buat scan ultrasound.. aku pun nak jugak.
disebabkan itu, kereta ku pandu ke klinik an-neesa di nilai. memula tanya dulu ada tak buat service scan2 perut ni. then pembantu klinik tu ckp ada. dengan lajunya, aku cakap aku nak buat. so, mendaftar la aku sebagai pesakit di situ. takde orang lagi masa tu, boleh la masuk cepat.

masuk bilik doc, terang sikit2 pasal pregnancy ni. doc tu senyum je. cakap pun lembut je. best. then suh baring. tadaa.... nampak dah kantung. doc tunjuk kelip2 warna putih. puas aku tenung skrin tu tak nampak jugak. takpelah, mata aku kero kot.muahaha...
last2, masa doc nak amik ukuran tu, nampak la kelip2 warna putih tu. itula jantung baby, doc kata.. perasaan? tak tau nak ckp apa. yg penting syukur dalam hati. doc cakap baby ok, ukuran pun ok. selari la dgn umurnya 8minggu. waaa...dah 2 bulan ada penghuni dalam perut ni.
masih rasa tak percaya sebenarnya. (ngeh3...aku kan suka berdrama2 ni...)

then siap2 semua. doc bagi multivit since asid folik aku ada lagi..
alhamdulillah...

p/s : tak sabar nak tgk dia membentuk pulak.. hmmm pejam mata...

2 comments:

tz said...

tahniahhh.....


take care dear...

cikdila said...

thanks tz...
nk kena byk blaja dr tz nih...:)