Thursday, July 14, 2011

- the worst day -

hari ni diumumkan bahawa the worst day ever sepanjang lepas bergelar isteri. okay.. sebelum ni memang aku bersyukur sangat2 sebab duduk berdua, tak pernah ada salah paham, tinggi suara atau apa2 yang sewaktu dengannya. tapi hari ni.....

mungkin salah aku jugak. entahlah. sejak 2-3 minggu ni, emosi sangat2 rapuh. duduk sorang2 duk teringat TTC. pantang enAlang tersalah nada suara, pantang tengok baby orang lain, macam2 pantang lah.... air mata macam nak banjir rumah ni ha... perasaan tak boleh nak tahan2 lagi dah.

ari tu, dalam kereta dari kl, enAlang bernada suara yg heartless. aku yang terasa hati lebih2. tadi pulak, bengang dengan enAlang yang lupa janji semalam nak bawak gi klinik, aku muncung, mata bertakung. last2 aku yang kena marah. membebel panjang jugak dia. dah geram sangat agaknya tengok aku cengeng tak tentu pasal. lain2 sangat dengan sikap aku sebelum ni yang boleh kata kuat semangatla..

jauh sudut hati, takut plk hati dia ke lain. yelah, mungkin tak boleh nak tunggu ke apa ke...mintak dijauhkan lah, ya Allah... teguhkan lah hati kami. aku tak boleh hidup tanpa dia.


p/s : pasti mengalah. kena minta maaf....

1 comment:

deq noor said...

i dunno wat 2 say... mayb cz dn belum experience hidup berumahtangga. sabar ye dila...
http://deqnoor.blogspot.com/