Thursday, December 23, 2010

- belajar : perbezaan -

ok.
oleh kerana kita sekarang berada di kedah, hari ini kita belajar tentang perbezaan antara kedah dan selangor. (mestilah dengan selangor sbb saya orang selangor..derr...)

perbezaan yang jelas tidak akan diceritakan di sini seperti warna bendera ke apa ke..
perbezaan yang dimaksudkan dari segi bahasa, gaya, makanan dan apa jua yang saya baru tahu setelah berkahwin dengan orang kedah.

1. toyu - ayat "ayam masak toyu". mati2 saya ingat toyu tu taucu. rupa2nya kicap. toink!

2. bubur asyura - versi selangor ialah bubur nasi yang dicampur macam2 seperti kekacang, sayuran dan ubi-ubian jadi pekatla.bukan cair macam bubur nasi mcD tu. tapi versi kedah ialah, seakan2 kuih talam sbb ia menggunakan tepung, bukan beras. dan sedikit manis. campurannya ialah segala jenis kacang. errmmmm....




err...dua je dulu boleh tak?
tiba2 idea tersangkut tak sampai.
huhu...
bersambung lah di lain entry yang entah bila ya..
daa....

3 comments:

Hasnah said...

sekali sekala belajar budaya negeri lain syok jugak kan ;)

cik dila said...

kan?tp kalo tgh blur tu, mmg tak terjawab bile org tnye..mcm org bodoh je dok kerut muka tp kepala angguk2..hahaha

Anonymous said...

yup betul...dulu masa pindah sekolah dr kedah mai selangor mampus kena gelak tak paham bahasa banjar + jawa.