Friday, July 22, 2011

- amik darah -

hari rabu hari tu lagi sebenarnya. pagi2 7.45 dah terpacak depan KK. rupanya bila masuk dalam, dah penuh. adeiii...kul bape baru nak masuk jumpa doktor nih? dah siap2 amik nombor semua. jumpa doktor kejap, dia bagi borang then pegi bilik amik darah.. dup dap dup dap jantung aku. tak penah2 amik darah sebelum ni.sekali kakak misi cakap kena cucuk dua kali sebab banyak darah nak kena amik. 7 tiub! abes la aku... pastu dia kate takpe, kita amik terus tiub yg besar so sekali cucuk je. alhamdulillah..

abes cucuk, kebas segala tangan kiri aku. nak tolak tarik gear pun longlai je. next appointment 28Julai. nak dekat puasa dah tu.

sampai sekolah lebih kurang jam 10.00... petang ada ko-ku pulak. abes ko-ku bekejar aku balik. ada dating dgn wani, aufa & ina kat the curve. nasib baik sempat sampai umah wan sebelum jem teruk.. huhu....

aduh...cukupla...letih naip...huhu
nak makan, lapo...

Sunday, July 17, 2011

- semua ok -

alhamdulillah. sudah kembali ke sedia kala.
sehari selepas the worst day, aku dah boleh senyum. dah minta maaf. dah terangkan sebab. lega. semua dah release. itu pun thru sms. hehe.. adoii... tak boleh terluah la kat mulut ni. confirm nanges punya. so, aku amik pendekatan sms masa dah sampai kat sekolah. haha... macam apa je, pendekatan.

baru gelabah bila enAlang dah marah macam tu. tobat dah aku. tapi tak sangka, lama jugak masa enAlang nak reda kalau dia marah. 1 1/2 hari kira lama tau... terseksa batinku.. hhehe.. dah yang paling tak sangka, balik je sembahyang jumaat, dia yang ajak pegi klinik. apa lagi?tak nak jadi sebab lagi, aku terus siap2 hidang lunch. habis lunch terus siap ke klinik.

masuk klinik berdebar je... know me, aku memang tak suka nak jumpa doktor, sebab aku akan menangis. padahal bukan kena injek ke surgeri ke apa. entah apa perangai tah. tapi petang tu, lepas tunggu lebih sejam, ajak enAlang sekali, aku tak nangis dah. tapi berdebar jugak. resultnya, doktor suruh aku datang pagi rabu untuk amik darah untuk test hormon. dah nanti akan ada appointment untuk isi borang. tapi takpasti hari apa. enAlang pulak kena refer ke Hospital Banting, sebab kat KK Salak takde service untuk lelaki bagi masalah macam kami ni.

hmmm berdebar pulak nak tnggu hari rabu depan.

doakan kami ek...

Thursday, July 14, 2011

- the worst day -

hari ni diumumkan bahawa the worst day ever sepanjang lepas bergelar isteri. okay.. sebelum ni memang aku bersyukur sangat2 sebab duduk berdua, tak pernah ada salah paham, tinggi suara atau apa2 yang sewaktu dengannya. tapi hari ni.....

mungkin salah aku jugak. entahlah. sejak 2-3 minggu ni, emosi sangat2 rapuh. duduk sorang2 duk teringat TTC. pantang enAlang tersalah nada suara, pantang tengok baby orang lain, macam2 pantang lah.... air mata macam nak banjir rumah ni ha... perasaan tak boleh nak tahan2 lagi dah.

ari tu, dalam kereta dari kl, enAlang bernada suara yg heartless. aku yang terasa hati lebih2. tadi pulak, bengang dengan enAlang yang lupa janji semalam nak bawak gi klinik, aku muncung, mata bertakung. last2 aku yang kena marah. membebel panjang jugak dia. dah geram sangat agaknya tengok aku cengeng tak tentu pasal. lain2 sangat dengan sikap aku sebelum ni yang boleh kata kuat semangatla..

jauh sudut hati, takut plk hati dia ke lain. yelah, mungkin tak boleh nak tunggu ke apa ke...mintak dijauhkan lah, ya Allah... teguhkan lah hati kami. aku tak boleh hidup tanpa dia.


p/s : pasti mengalah. kena minta maaf....