Sunday, June 29, 2014

~Ramadhan - Tips Latih Anak Berpuasa~

Excited nak menempuh Ramadhan kali ini.
Cabarannya mesti lagi besar, sbb Alia dah setahun 10 bulan. Bangun sahur mesti dia ikut bangun sekali. Fuhhh...

Tapi nak ajak dia berpuasa memang mengarutla kalau time2 umur dia belum 2 tahun ni. InsyaAllah nanti Alia dah 4 atau 5 tahun, dah faham makna puasa, memang nak ajar awal2. 

Ni ku kongsikan tips nak melatih anak2 kecil berpuasa.



Sumber dari http://baihaqi.net/

1. Memberi pemahaman tentang kepentingan Ramadhan. Seeloknya dilakukan sebelum tiba bulan Ramadhan lagi. Gunakan kata-kata yang jelas intonasinya, lambat, dan menggunakan bahasa yang sederhana sesuai dengan umur anak. Jelaskan apa itu puasa, bila waktunya untuk berpuasa, apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan ketika berpuasa. Akan tumbuh niat yang kuat dalam diri si kecil saat tibanya Ramadhan.
2. Sambutlah bulan Ramadan dengan wajah yang berseri-seri dan penuh ceria. Si kecil pasti akan bersemangat untuk berpuasa dan akan dipraktikkan dengan mudah hingga mereka meningkat dewasa.

3. Menetapkan waktu tidur si kecil bagi memudahkan mereka bangun sahur.

4. Tidak meletakkan makanan mahupun minuman secara terbuka di hadapan mereka. Letak jauh daripada perhatian si kecil.

5. Seeloknya jauhkan si kecil daripada bergaul dengan kawan-kawannya yang malas berpuasa sebaliknya galakkan si kecil bergaul dengan kawan-kawannya yang rajin berpuasa.

6. Menjanjikan hadiah sebagai rangsangan. Di samping penghargaan dan pujian sebagai anak yang sabar, hadiah berupa peralatan pembelajaran boleh juga diberikan.

7. Beritahu tentang pahala dan syurga Allah s.w.t. kepada si kecil. Mereka pasti akan merasa senang sekaligus dapat berbakti kepada kedua ibu bapanya.

8. Memberi alternatif pengisian waktu yang tepat dan positif. Contohnya, waktu tidur atau memberi permainan yang mendidik agar si kecil lupa dengan rasa haus dan lapar. Anda juga boleh mengajaknya mengaji Al Quran bersamasama dan membacakan kisah-kisah teladan para Nabi dan Rasul.

9. Mengajak si kecil menyemarakkan syiar Islam seperti solat terawih berjemaah di masjid, mengaji dan mengkaji Al Quran dan sebagainya.

10. Manfaatkan semaksima mungkin pembiasan puasa di bulan Ramadhan bagi anak-anak sejak awal usia mereka. Perhatian yang berterusan dengan pengendalian yang bijak dapat mencambahkan kesedaran serta minat si kecil untuk berpuasa. Mendidik anakanak adalah satu tanggungjawab. Kesedaran anak-anak merupakan tabungan ibadah bagi anda sebagai ibu bapa yang telah mendidik mereka dengan cara yang sewajarnya.



Nak suplemen untuk kekal bertenaga sepanjang berpuasa pun ada.


#Untuk konsultasi dan maklumat lanjut, boleh hubungi saya :
Adilah MTauket
Pengedar Shaklee Sepang dan Malaysia - Selangor (Sepang dan sekitarnya, Nilai, Enstek)
Email : adilah_mt at yahoo dot com
Sms/Whatsapp : 019-3513200
Page :Jom Sihat Anggun
FB : Adilah MTauket

No comments: