Friday, April 29, 2011

- dia balik!!!! -


seronok sgt!!!
hari ini dia pulang... mungkin sampainya malam... lega! harap2 perjalanannya sempurna dan selamat...tak sabar nak jumpa.

tapi......

saya pulak rasa macam nak balik kampung jumpa mak abah... rindu!!!

Tuesday, April 26, 2011

- T_T -

entry hari ni bersulamkan tangisan. maka, mari ikut saya menangis.huhuhu....

saya rindu dia. dia yang jauh di taman negara. lamanya nak tunggu hari jumaat. dia pulang. moga dia selamat bersama kawan2 di sana.

berharap dia pulang nanti, boleh la buat surprised. tapi entahlah. macam tak dapat je. berserah je.



p/s : bersuamikan lelaki yang obses dengan minatnya.

Wednesday, April 20, 2011

- TEGAR: bermasalah dalam pembelajaran @ bermasalah pembelajaran? -

wacchhaaaa!!!
atomen mengganas di dunia blog....
haha


okeh! ni hasil the latest.. order dari kak fara dari kajang. kak fara ni isteri kepada kawan enAlang. mungkin esok sampai ke tangan tuannya...;)

hmmm....berbalik kepada tajuk asal post ini berkenaan dengan LINUS la ni.
baru ni dapat lagi satu tugas guru pemulihan. kana lakukan instrumen ini kepada murid2 LINUS tegar yang dari data saringan 3 oktober lepas. gedebuk!ketuk kepala.. aku dah agak akan bermasalah untuk jalankan benda ni. kekangan bahasa la. apa lagi? aduhai cikdila. bersabarlah... nak minta tolong guru kelas pun tak sempat lagi. so , aku buat yang mana budak2 ni faham bahasa aku la.

rasanya takdela sampai budak2 ni dikategorikan sebagai yang dimaksudkan dalam tajuk di atas. cuma kelembaban menerima ilmu bahasa itu sangatlah kurang. makanya, usaha dari pihak aku lah yang perlu lebih lagi. tapi sejauh mana usaha aku itu dimanfaatkan oleh budak2 ni. yela, kalau kita ajar, dia pulak dok main. tu depan2 kita tu. belum lagi kalau aku berpaling sat. sabo je la...

data nak kena hantar sebelum 27April.. harap2 sempatla buat sampai Jumaat ni. sabtu ni ada sekolah ganti. ahad pulak, ada program khas kat sekolah. huwaaaa!!no weekend for me. apahal la sekolah asik wat mende hari ahad je. tak faham makcik!!


p/s: masih mengharap....

Friday, April 15, 2011

- ratuhati.com -

sudah lama diabaikan ini blog la. kasihan. kasihan pada diri sendiri pun ada juga. macam hangat-hangat tahi ayam pula jadinya. tapi bersyukur juga sebab lahirnya blog ini sekadar mahu mengisi masa lapang, bukan atas tujuan masa-masa tertentu. kalau dengan tujuan itu, haruslah diupdate setiap hari,kan.. so, pada yang rasa aku tak update, mintak maaf bebanyak ya..hehe...

menjelang ulangtahun pertama 2 bulan lagi. fikiran sudah mula menerawang mahukan penyeri rumahtangga. sejak berkahwin lagi sebenarnya. cuma bila sudah menjangkau usia setahun barulah perasaan itu membuak-buak. namun apakan daya, rezeki belum lagi berpihak pada kami. pernah tanda2 itu menghampiri, tetapi akhirnya negatif jua. mungkin kerana bulan itu, keinginan itu melampau2 sampaikan mengganggu hidup hormon. kesian hormon, kerana menghantar isyarat yang salah ke otak untuk diterjemah ke badan. palinh kesian pada tuan empunya badan la. huhu... makanya sekarang, aku perlu mengawal perasaan agar tidak mengganggu hormon lagi. tetapi usaha itu pastinya tidak diabaikan. sekarang ni sampai tak tahu mana satu dah hari subur. sudah pening di situ. kerana tanda2 hari subur itu tidak sama pada setiap bulan. pelik,kan.. jadi masa yang ada dimanfaatkan sepenuhnya. sepenuhnya.

sementara usaha itu, ilmu juga perlu dicari. sekarang sedang seronok berjalan2 sambil bersembang di ruangan Ratuhati.com. banyak info dan pengalaman orang yang boleh dikongsi. lebih2 lagi pada yang seharapan dengan aku. apa yang boleh apa yang tidak boleh. apa yang perlu dibuat. buat sekadar perkara itu, sembang2 kosong pun boleh mengikut thread yang disediakan. mari. mari. mari. haha...promot terlebih ni.

jadi, kamu yang mengenali saya, jangan ditanya soalan biasa2 itu. cuba tanya soalan yang luar biasa. cer tanya.cer tanya... konfirm dijawab. soalan biasa tidak akan dilayan. sila ke kaunter pertanyaan yang lain. sekian.

p/s: mengharap berita gembira itu hadir sebagai hadiah ulang tahun utk enAlang...hmmmm...

Sunday, April 3, 2011

- ting! ting! -

eh..eh...
300 hari sudah....
semoga berterusan ke berjuta2 hari lagi... ;)





tapi....
enAlang on duty pulak hari ni...huuuuu.....