Monday, January 31, 2011

- demam -

dah lama tak merasa demam teruk. badan sgt2 panas.
rasanya last rasa macam tu masa 2008 dulu. masa praktikal kpli.
setakat demam biasa tu adalah.. tapi biasanya kalau nak demam tu, ada tanda2 awal macam sakit tekak dulu, pastu selsema lama barulah badan rasa dedar2...

tapi kali ni, terus badan panas. pagi tadi kat sekolah. masuk kelas bacaaan pagi, terus rasa tak tahan sejuk. kepala terus rasa berat. mata macam juling ditarik2.

lepas kelas tahun 5, terus mintak balik cepat sebab tak tahan. GB pulak suruh amik timesleep je bukan mc. tak kisahla apa pun. drive pun slow je.
sampai rumah tidur kejap. jam 2 baru keluar pegi klinik dgn enAlang.doktor cakap, tekak ok tapi badan sangat panas. kalau esok tak surut, kena datang lagi utk check darah. takut denggi. ngeee....takuuttttt.....

alhamdulillah, petang tadi makan ubat, tidur. panas dah berkurang.

dengan badan lemah macam ni, nak masak pun tak larat. pesan dgn enAlang beli sup je.
sungguh! dugaan....

Saturday, January 29, 2011

- school zone -

dah lama nya tak update..
aduh! macam terlupa sudah...punya blog tapi diabaikan..
kesian inche duamasa ini....
kesian, kesian, kesian....(sila ikut nada upin ipin ye...)

nak2 lagi cerita pasal sekolah...
hai la...bukan bias pd sekolah baru, tapi sedin sebenarnya...
sedih sangat2....
sampai sekarang terasa macam mengajar kat sekolah sebagai guru ganti je. tapi hakikat sebenarnya memang tak boleh nak disangkal...

di kelas baru...

rasanya tak mention lagi nama sekolah baru ni kan..
okla...nak bagitau la ni...
sekarang mengajar di sjk(t) teluk merbau, sungai pelek.
siapa2 yang tak tau kat mana sg pelek tu, sila lah google ye.
nun di ulu bagan lalang nun... yang ada palm tree goldcoast tu. tapi itu di pantai... saya ni di ladang kelapa sawit.. tapi sekolah kat tepi jalan je. takdela kena redah masuk ladang ke apa..

alhamdulillah,
sekolah ok. besar jugak.. cikgu2 pun ok. kelas pun ok, dh cantik..kena tmbh sikit2 je...
cuma....
budak2 je la.. lagi pulak saya ni guru pemulihan khas. faham2 je la kesabarannya tahap mana. langit petala ke berapa ntah. memang kadang2 tu ada la hari2 yang memang sangat2 meninggikan darah. nasib baik takda penyakit darah tinggi ke jantung ke. mintak dijauhkan..

satu lagi sebab tak ter update blog ni...
jari saya cengkam, dah seminggu lebih dah ni.
tak pergi klinik pun lagi. ingat hari ni nak pegi.. petang2 sikit ke...
sakit wooo...tiap kali terkena, tercuit sikit pun, sakitnya boleh menangis la... enAlang tak tau lagi ni. berjaya mengelakkan jariku dari menjadi tatapan beliau. kalau dia tau ni, habis kene bebel la...
nak menaip ni pun amik masa lama. selalu tu laju la sikit.. tak la laju macam typist tu kan... seksa, seksa....
huhu...buruk sudah jari ku...

Tuesday, January 18, 2011

- hati penuh dengan kasih bukanlah satu jenayah -

pejam celik, pejam celik...
dah lebih 7 bulan dah. macma tak percaya je. masih! macam tipu2 je. haha... boleh ke macam tu? tapi hati saya penuh dengan kasih sayang. semakin hari semakin melimpah ruah. itulah hakikatnya.. kamu juga bukan? jadi, biarlah kasih sayang itu tersemai. macma gelas penuh dengan air. sampai tertumpah-tumpah. jangan pula ada yang mendoakan yang bukan2.

macam ayat....
"alah...awal2 je penuh kasih sayang kononnya. tengokla dah masuk tahun ketiga ke keempat nanti..."

janganlah macam tu. sebab itulah rumahtangga banyak yang tak kukuh. bila hati terdetik, mulut terlepas, itu sudah menjadi satu doa, tau.. apalah salahnya doa yang baik2.

macam....
"alhamdulillah.. doanya hingga ke akhir hayat ye.. tumpang hepi untuk kamu.."

kan bagus macam tu. buat apa nak jeles dengan kebahagiaan orang lain? merugikan diri sendiri je. sebab... tak cuba tanam kasih sayang yang penuh untuk suami sendiri. lebih lagi, dengki pulak dengan orang lain. rugiiii....

7 bulan belum cukup untuk mengenali enAlang sepenuhnya. yela, kami bukannya sempat nak jumpa tiap hari or tiap minggu keluar sama2 sebelum kawen dulu. tiap 2 minggu mungkin. bersembang di talian? sumpah! 2 minit paling lama kalau nak sembang saja2. itu pun, sebulan sekali kot. (kenal 5 bulan je sebelum bertunang, makanya 5 kali je la call tu.. huhuu sedih..sedih..)

ok, hakikatnya si suami itu bukanlah seorang yang romantik. bukan juga soft spoken. (seperti anganan si isteri dolu2...) malah sekali dengar, permintaan enAlang bagaikan satu arahan bos kepada staf.. sungguh!

tapi, hakikat si isteri ialah memenuhi permintaan si suami. menjaga hati. menjaga maruahnya. melaksanakan segala tanggungjawab di rumah. walaupun masing2 bekerja.

si suami itu bukanlah seorang yang mahu memanjakan isterinya. dia mahu isterinya ini berdikari. tidak terlalu bergantung. dia tidak mahu isterinya ini mengada2. tapi saya buat jugak mengada2. biar dia tahu saya ni manja.. haha

jadi, menerima kelebihan dan kekurangan pasangan masing2 adalah kunci kebahagiaan rumahtangga, InsyaAllah.. kekurangan kita dilengkapkan dengan kelebihan dia. manakala kelebihan kita melengkapkan kekurangan dia.

mari sama2 kita penuhkan hati kita dengan kasih sayang.


saya sayang suami saya!!

Monday, January 17, 2011

- Cameron Highlands -

weeee.....
dapat jalan2 lagi. memang payah nak dapat weekend enAlang yang free.. so, bila dah tau dia off, cepat2 saya booking dia untuk ajak jalan2. dan.....destinasi kali ini ialah Cameron Highlands. sebab tau dia belum penah pegi, so saya ajakla ke sana. sejukk..... *wink~

bertolak agak lambat. memang nak menyuruh enAlang bersiap ngalahkan pakwe yang tunggu makwe make up tau?! terbalik dah... tapi bukan dia lambat sebab bersiap, tapi duk sayang nak tinggalkan laptop dia ni ha...haish!

asik menguap je enAlang. pantang drive kat highway.. tapi insyaAllah takde apa2.

berenti makan jap kat tanah rata...licin!sebab lapo sangat...huhu

check in hotel jam 4 lebih. dengan konpidennye enAlang tanya akak receptionist tu "Memang takde aircond ke semua bilik kak?"

masuk je bilik terus tarik selimut. ha. ha. ha... macam tu demand lagi nak aircond? kih3... baru tau...

tunggu ujan reda, jam 6 lebih kami keluar balik jalan2..tapi tak banyak tempat sebab mostly tempat dah tutup, so kami pegi pasar malam je.

kat sini boleh pulak jumpa Baini aka Ben. classmate kat UTM dulu. tapi sayang, boleh pulak lupa nak amik gambar sama2 dgn baby Ben. semangat!!

esok paginya,
kami check out terus keluar untuk jalan2. lepas sarap, perjalanan diteruskan menyinggah di strawberry farm. dan paling kelakarnya, pegi Cameron, tapi tak beli sebiji hape pun strawberry... ada tak orang buat? kalau takde, kami je la yang buat macam tu ye...huhuhu...



lepas tu, pegi BOH Centre. nyamannnnn.....


abes jalan2, kami turun terus balik...
singgah jap kat gerai orang asli...

sampai kat umah jam 5 lebih...rehat.

seronok!!!

Tuesday, January 11, 2011

- tag #1 2011-Dh baca ,wajib buat -

first tag di tahun 2011. kena tag dengan DeqNoor, schoolmate kat Simpang Lima dulu. -tak boleh berjauhan dengan chenta hati?? malu la aiiii....hihi

ok, here...

5 NAMA SAMARANKU
1. Dila - kawan2
2. Kaklang - kat rumah
3. KakDi - sepupu, Yani yang panggil
4. Dil - kak Aisyah rocksss yg gemor panggey saya gini
5. Ila - panggilan baru, dapat lepas kawen. awwww!!!

5 TARIKH PENTING
1. 26 Jun - tanda umur anda meningkat sudah
2. 3 Feb - en.Alang pun sudah tua...haha
3. 6 Jun - hari bersejarah
4. hari2 lahir family, walaupun tak celebrate tapi tetap ingat tau
5. 31 Ogos - merdeka!!!! haha...patriotik tak??

5 PERKARA AKU BUAT SEMALAM
1. mengajar
2. memasak
3. layan internet
4. tido
5. makan - memang takleh tinggal la..haha

5 PERKARA BUAT ANDA GEMBIRA
1. en.Alang - haha gediks!!
2. memasak - dengan penuh kasih sayang. tau!?
3. tengok gelagat budak kecik
4. jalan2
5. tengok wayang

5 SEBAB JAWAB SOALAN
1. dah kena tag, kena la jawab.
2. bolehla nak memeriahkan blog yang tak meriah ni.
3. saja taknak bagi en.Alang konker leptop..heheh
4. Siap ni nak buat kerja sikit. Taknak tengok blog ni dah. Sok baru bukak balik.. - tiru jawapan DN hehe
5. takde idea dah... T_T'

5 KAWAN UNTUK DITAG
1. Puan farhana akak Mrs.Edy
2. Cik Rinie yang tgh bizi prepare hari bahagia tu
3. Mommy-to-be Puan Asna
4. Puan Farah - manten baru HikayatCeriteraTerindah
5. semua yang baca blog ni, boleh??

Ok, siap jugak.
kamu pulak buat.

Monday, January 10, 2011

- saya suka, belum tentu orang lain suka -

AJL 25.
berlangsung malam tadi di Bukit Jalil. saja je nak ulas. tengok pun dalam mata mengantuk. terlepas pulak persembahan FT yang menang persembahan terbaik tu. tak tau gaya apa pulak dia buat. tapi katanya ada sangkar, air segala ye. malas nak refer blog ulasan yg lain. nanti2 lah dulu.

cuma....
terkilan gak bila tekaan kita tak mengena kan.. adalah pilihan saya tu. tapi nak buat macam mana. bukan kita yang jadi juri. macam mak kata, hanya jauhari mengenal manikam. mak... siap masukkan peribahasa lagi untuk AJL ni tau..

mungkin kamu yang membaca suka pada lagu yang menang. tetapi tidak pada saya. entahlah, telinga ni tak boleh nak masuk dengan lagu tu. tambah pulak lagi dengan sebutan yang tak kemas. macam gedik2 je bunyi. ok, saya bias di sini. haha... apa nak buat, ulasan saya sendiri kan. kepuasan saya sendiri la.

apa pun, tahniah kepada semua pemenang.

p/s : nak buat keje yang dirancang dari siang tadi, tapi badan malas sungguh nak bergerak dari sofa..huhuhuhu...

Wednesday, January 5, 2011

- naik -

petrol naik.
minyak masak takde stok.
aduyaiiii...
dh hidup sendiri ni barulah terasa kenaikan semua2 benda ni. yelah, dulu2 mak abah yang beli barang dapur. (hish!anak apa la ni...) masa duduk bujang pun bukannya memasak sangat. sekarang, setiap hari memasak. pergi kerja 30++km. kereta auto. hambekkk!!

alangkah bestnye kalau gaji cikgu pun naik cepat, kan...? tambah bonus lagi. weeehooooo... verangan kau!!


bila boleh sah jawatan ni????

Tuesday, January 4, 2011

- nak tengok saya senyap? jom pegi sekolah -

saya sejujurnya seorang yang banyak cakap, suka ketawa - kalau dah betul2 kenallah.
tetapi....
saya rasa,
tahun ni saya jadi pendiam, penyenyap(apa tu?)
haha...
mana taknya?
kat sekolah tu ada 3 orang je cikgu Melayu.
yang aku pulak, duduk terperap kat bilik pemulihan.
bukan lah jauh pun bilik tu, selang 1 bilik je dengan bilik guru,
tapi....
itulah.
mungkin inilah masanya untuk saya diam sebentar.
yelah, banyak cakap pun tak elokkan.

tapi.... (berapa banyak tapi daaaa...)
penat jugak jadi senyap ni.
cepat bosan.
cepat mengantuk.
aduhaiiii....

hari pertama semalam, dah ada nazir datang.
kat sekolah lama tak penah pulak aku kena cerap, even dengan GPK pun. bernasib baik.weeee....
tapi semalam, berdebar jugak. cuma kena tegur sebab tak ada jadual kelas lagi walaupun telah diterangkan yang saya orang baru di situ dan jadual belum arrange dari guru2 kelas lain lagi.
sedang guru kelas pun masih lagi ada yang ubah2 jadual.
macam mana tu?
takpelah.
alhamdulillah hari ni, siap jadual.
esok boleh mula ambil budak.
harap2 oklah.

kamu pulak?
ok?

Saturday, January 1, 2011

- aktiviti menjelang tahun 2011 -

uhuk3...
sudah pun masuk tahun 2011.
cepat betul masa berlalu. makin bertambahlah usia.

dah lama tak bercerita pasal aktiviti harian, kan?
itulah. malas je rasanya.
tapi kali ni, tak malas dah. semangat nak menaip.
haha.. macam la best sangat. perasan je lebih.

aktiviti agak penuh di bulan 12.
bermula awal bulan, kami berjalan ke rumah kakak en.Alang di Manjong, Perak. sanggup en.Alang amik MC (syhhhh.....diam2 jek..) sebab mak ada di sana. 3 hari di Manjong. ingatkan dapatla sampai ke Pangkor, tapi tak sempat jugak.

lepas tu, balik kampung Kedah pulak. sebab ayah masuk hospital untuk operate laser mata. ni en.Alang amik cuti emergency pulak. yang bestnya, ini kali pertama bagi saya untuk naik kapal terbang. haha... dah masuk umur 27 baru la nak merasa naik kapal terbang. itu pun sebab berjodoh dengan staff MAS kan. kalau tak, taktaula bila nak merasanya. huhuuhu...

sambil2 usha tempat kerja en.Alang sebelum masuk flight.

lepas tu, konon2nya bercadangla nak honeymoon sekali lagi ke Sabah. tapi apakan daya, tiket FOC status standby. payah betul nak dapat seat. ramai sangat yang standby. tunggu punya tunggu, tak dapat jugak.
huhu.... sedih je.
mula lah bising2 -kalau amik tiket ke terengganu pun ok. ni amik ke sabah. akhir tahun memang la penuh, sebab orang dah mula kembali untuk kerja or sekolah. padan muka kami....

hanya dapat menjenguk dari anjung tinjau...huhuhu melepas...

sebelum tu, shift en.Alang ada buat makan BBQ kat Bagan Lalang.
tapi kami sampai lewat sedikit. dah malam baru sampai sebab ada hal pulak dengan BSN.
datang dengan custom t-shirt yang aku jahit.
hehehe... seronok tengok en.Alang sudi pakai baju tu.
dia layan je karenah bini dia yang mengada2 konon2 nak comel2 ni..hahaha...

tara!!! comel tak?hihihi....

macam ni la gayanya bila dipakai....sedondon kan?hahah...

en.Alang and the gang....


tahun baru??
hari pertama lagi en.Alang dah kena shift malam..
sorang2 la duduk rumah sekarang ni...

malam tadi pun..
detik 12 malam, ada di Shah Alam sebab ada hal. intai bunga api dari dalam kereta je la...

Semoga lebih banyak aktiviti yang menggembirakan di tahun baru ini.
Amin....