Showing posts with label vitamin. Show all posts
Showing posts with label vitamin. Show all posts

Thursday, July 24, 2014

~Vitamin untuk Kulit~

Jom hari ni kita kenal vitamin-vitamin dan nutrien antioksida untuk kesihatan kulit.
Kbanyakan dari kita memang kenal Vitamin C dan E saja untuk kulit, kan? Sebenarnya ada lagi vitamin lain dan antioksida untuk mendapatkan kulit yang sihat dan cantik.

Cekidauttt...!!!


Vitamin C
Tidak dapat dinafikan Vitamin C mungkin merupakan vitamin paling dikenali dan sememangnya layak untuk dihargai kerana fungsinya yang pelbagai kepada kesejahteraan tubuh, termasuklah pemulihan dan pertumbuhan tisu-tisu, mengekalkan kesihatan gusi, menyokong sistem imun dan membantu penyerapan zink. Ramai yang mengamalkan pengambilan vitamin C setiap hari dalam usaha merendahkan risiko mendapat serangan jangkitan ringan.

Hasil penyelidikan juga mendapati ia berpotensi mengurangkan tempoh demam selesema dengan menguatkan sistem imun. Bagi kebanyakan wanita pula, pengambilan vitamin C sebagai amalan harian begitu popular untuk kecantikan kerana ia merangsang kesihatan dan kecantikan kulit melalui penghasilan kolagen.

Vitamin A
Bagi mereka yang mempunyai masalah jerawat, paras vitamin A juga lebih rendah dalam plasma dan juga kulit. Ujian menunjukkan kaitan antara kekurangan paras vitamin A dalam plasma dengan peningkatan jerawat yang teruk. Mereka yang mengalami masalah jerawat serius mempunyai paras konsentrasi plasma vitamin A dan E lebih rendah. Keadaan ini berbeza berbanding mereka yang kurang berjerawat atau mereka yang sihat.

Vitamin E
Manfaat penting lain hasil daripada pengambilan vitamin E, termasuklah: 
1)  Vitamin E perlu untuk mengekalkan kesihatan dan kekuatan jantung, dinding kapilari yang sihat.
2)  Sebagai anti oksida larut lemak, ia menjaga tisu-tisu pelindung berlemak yang mengelilingi organ-organ utama dan mencegah penyakit degeneratif.
3)  Ia mengandungi bahan anti penuaan yang membantu merangsang kulit yang lembap dan lembut dengan menguatkan lapisan pelindung kulit.

Selain vitamin E, vitamin C juga banyak digabungkan dengan vitamin penting lain seperti Beta karoten (pro-vitamin A) dan beberapa mineral lazim seperti zink dan selenium untuk tindakan anti oksida yang poten.

Beta Karoten
Beta karoten juga dikenali sebagai pro-vitamin A, yang akan ditukarkan kepada vitamin A apabila diperlukan. Beta-karoten merupakan anti oksida berkuasa dan boleh meningkatkan fungsi sistem imun.

Selenium
Selenium dianggap sebagai penemuan baru dalam dunia anti oksida. Ia diperlukan untuk pembentukan enzim gluthathione peroxidase yang berperanan penting untuk melawan radikal bebas. Selenium membantu mengekalkan mata yang sihat, kulit, rambut, jantung dan sistem reproduktif, selain mengekalkan hati agar berfungsi secara optimum.

Zink
Mereka yang mengalami jerawat terutamanya yang serius mungkin juga kekurangan zink. Ia juga bermanfaat kepada kulit bermasalah atau jerawat memandangkan ia diperlukan untuk penyembuhan luka dan mengawal penghasilan minyak melalui kelenjar minyak.

Gabungan vitamin dan nutrien antioksida ini sesuai untuk mereka yang ingin memperolehi kulit sihat, tinggal dalam persekitaran tercemar dan pendedahan berlebihan kepada cahaya matahari atau radiasi UV. Mereka yang mempunyai sistem imun yang lemah juga akan memperolehi manfaat dengan amalan pengambilan formulasi ini. Gabungan beta karoten, vitamin C, E, zink dan selenium yang turut ditambah dengan kumpulan vitamin B seperti vitamin B1, B5 dan B6 bermanfaat untuk melengkapkan tindakan sinergistik anti oksida untuk membantu tubuh melawan radikal bebas.

Sumber : Utusan Malaysia Artikel dimasukkan 18 April 2011




* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.


#Untuk konsultasi dan maklumat lanjut, boleh hubungi saya :

Adilah MTauket
Pengedar Shaklee Sepang dan Malaysia - Selangor (Sepang dan sekitarnya, Nilai, Enstek)
Email : adilah_mt at yahoo dot com
Sms/Whatsapp : 019-3513200
Page :Jom Sihat Anggun
FB : Adilah MTauket

Monday, December 16, 2013

~7 sebab badan perlukan suplemen~




Kesihatan diri merupakan harta yang paling berharga namun ramai yang tidak menyedarinya sehingga ditimpa sesuatu penyakit yang tenat. Ramai juga yang tidak menyedari akan peranan pengambilan makanan yang berkhasiat untuk memastikan kesihatan yang baik. Punca utama serangan penyakit-penyakit tenat seperti kanser dan penyakit jantung ialah kerana tidak memakan makanan yang sempurna dan kurang memakan makanan yang berkhasiat serta kurang bersenam. Corak pengambilan makanan yang teratur sepatutnya dimulakan sejak awal lagi. Pepatah ada mengatakan, “ Diri Anda Ialah Apa Yang Anda Makan ” dan kenyataan ini benar dalam soal kesihatan.

Mengapa Kita Perlukan Supplement?

1. Badan kita memerlukan dos vitamin yang lebih tinggi dari apa yang di perolehi dari makanan. Contohnya vitamin C dan E yang diperolehi daripada makanan sahaja tidak mencukupi untuk memberi kesan pencegahan dan anti penuaan.

2. Buah-buahan dan sayuran yang di tanam di atas tanah yang tidak subur mengandungi bahan dan zat galian yang kurang berbanding dengan buah dan syuran dari tanah yang subur. Racun perosak,racun serangga dan bahan pencemar mempengaruhi kualiti buah dan sayuran tersebut.

3. Zat makanan mudah hilang semasa proses pengangkutan,penyimpanan dan penediaan makanan.Vitamin C dan enzim mudah di musnakan oleh haba semasa proses memasak.

4. Pengambilan pil tahan sakit,ubat-ubatan,alkohol dan antibiotik boleh menggangu penyerapan zat makanan. Amalan diet yang tinggi kafein,lemak,kolestrol,gula dan garam dapat mengurangkan simpanan zat makanan di dalam tubuh.

5. Pengambilan makanan segera dan tidak seimbang serta tidak mengikut piramid makanan yang di cadangkan.

6. Gaya hidup dan trend masa kini dengan kehidupan yang sibuk,jarang memasak di rumah dan lebih gemar makanan segera yan gtinggi kandungan MSG.

7. Bagi mereka yang berkerjaya makanan tengahari sekeluarga di luar dan makan malam memasak seringkas yang mungkin maka pengambilan makanan seimbang tidak di titik beratkan.


Jadi, sebab itu kita tak boleh bergantung semata-mata pada khasiat dari pengambilan makanan kita seharian. Manakala suplemen yang diambil juga perlu diambilkira kualitinya. Shaklee pengasas suplemen semulajadi dan menjadi pilihan nombor satu di US.


#Untuk konsultasi dan maklumat lanjut, boleh hubungi saya : 
Adilah MTauket
Pengedar Shaklee Sepang dan Malaysia - Selangor (Sepang dan sekitarnya, Nilai, Enstek)
Email : adilah_mt at yahoo dot com
Sms/Whatsapp : 019-3513200
Page :Jom Sihat-Pengedar Shaklee Sepang
FB : Adilah MTauket

Sunday, June 9, 2013

~Beza Ubat dan Vitamin~

Dulu..selalu bergantung pada ubat. Memang masa tu dah kenal pun vitamin sebab dari sekolah lagi mak abah dah suruh makan vitamin. tapi tetap jugak percayakan ubat. sebab nakkan kesannya cepat. Tapi tau tak kesan2 kita makan ubat ni. ish3..la ni baru kita tau..huhu better late than never.

so, kita nak share la salah faham, beza vitamin ni dengan ubat.

c&p dari http://alinalan.blogspot.com/2012/04/beza-salah-faham-antara-vitamin-dan.html


Ubat 

 
  1. Ubat adalah bahan yang ganjil dengan tubuh, ia bukan sebahagian daripada tisu-tisu badan kita dan tidak juga menyumbang kepada pembinaan sel badan.
  2. Merupakan ejen-ejen bahan kimia yang kuat yang boleh mengubah fungsi badan dengan mengganggu tindakan biokimia dan proses-proses enzim
  3. Boleh menyebabkan kesan sampingan, kebanyakannya boleh kekal dalam badan. Aspirin contohnya boleh menyebabkan gangguan dalam perut, loya, gangguan penglihatan, telinga berdengung, bintik merah, gangguan penghadaman dan sebagainya.
  4. Bertindak baik secara berasingan. Kesan ubat boleh terganggu dengan penggunaan ubat yang lain dan boleh juga mengakibatkan kesan sampingan yang mudarat.
  5. Baik dimakan biasanya di antara dua waktu makan bagi mengelakkan kesan saling mempengaruhi di antara satu sama lain.
  6. Berkemungkinan mengakibatkan maut jika diguna secara berlebihan.
  7. Menghasilkan kesan kepada setiap orang.
  8. Bertindak cepat, secara agresif dan kita akan nampak kesan tindakan ubat dalam masa beberapa minit atau jam.
  9. Merawat kesan atau tanda-tanda sakit tetapi bukan merawat punca sakit. Ia hanya menutupi kesakitan, bukan memulihkannya
  10. Perlu pengawasan rapi bagi mengelakkan `overdose’.
  11. Orang lebih tua perlukan ubat dalam sukatan lebih rendah kerana mereka mudah mendapat kesan sampingan yang lebih serius berbanding orang muda.
  12. Ubat boleh menyebabkan penyakit

Vitamin (Food supplement)

  1. Bahan berkhasiat, semulajadi dan penting kepada tubh badan. Jika kita kurang mengambilnya, kita akan alami beberapa kelemahan dan kegagalan fungsi organ.
  2. Bahan berkhasiat ini membantu tindakan biokimia dan proses enzim dalam tubuh kita.
  3. Tidak menimbulkan kesan sampingan. Jika terlebih dos hanya menyebabkan gangguan sementara sahaja. Oleh kerana badan membina sistem enzim untuk menghadapi bahan berkhasiat, ia juga bersedia menghadapi keadaan terlebih dos.
  4.  Ia bertindak lebih baik secara bersatu di antara satu sama lain ibarat rantaian. Malah kesemuanya harus bergabung untuk menghasilkan kesan yang lebih baik.
  5. Boleh diambil bersama makanan. Ia lebih berkesan menyerap bersama makanan dan meningkatkan kesan penghadaman makanan.
  6. Selamat diambil, tiada risiko maut.
  7. Tidak menghasilkan kesan kepada tubuh, kecuali jika tubuh kita mengalami kekurangan vitamin tersebut. 
  8. Bertindak secara perlahan, mengambil masa yang lama untuk memberi kesan baik kepada tubuh.
  9. Merawat terhadap punca penyakit.
  10. Tidak perlu pengawasan rapi. Badan boleh menerima bekalan vitamin secara terhad, jika bekalan mencukupi maka ia tidak akan menerimanya lagi.
  11. Orang tua perlukan lebih banyak sukatan vitamin kerana faktor kekurangan yang berlarutan serta sistem penghadaman yang semakin lemah.
  12. Vitamin mengawal badan dari terkena penyakit dengan menguatkan sel-sel dari serangan kuman bakteria dan virus serta melambatkan proses kemerosotan fungsi organ badan.

Jadi, buatlah pilihan tepat ek...

Monday, June 3, 2013

~vitamin~




Apa yang dimaksudkan dengan vitamin? Ok, kalau mengikut Wikipedia vitamin maksudnya bahan organik yang sangat diperlukan oleh badan dengan jumlah kecil. Ia berperanan dalam pertumbuhan normal, pengawalan kesihatan, dan pencegahan penyakit. Vitamin biasanya disebut sebagai mikronutrien. Ia membantu pertumbuhan proses protein, karbohidrat, dan lemak dalam badan anda.
Sesetengah vitamin pula membantu tubuh menghasilkan sel-sel darah dan hormon. Biasanya, tubuh kita tidak dapat menghasilkan banyak mikronutrien.
Oleh sebab itu, kita perlu mendapatkannya, sama ada daripada makanan atau suplemen(makanan tambahan seperti vitamin) yang lain.
Meskipun kandungan vitamin tidak selengkap pengambilan makanan biasa, tapi bukan bererti suplemen vitamin tidak diambil.
Cuma, kita perlu faham bahawa vitamin bukan pengganti kepada makanan harian kita. Terutama, makanan yang kaya dengan nutrien.

Secara umum, suplemen multivitamin dapat membantu dari segi:
  • Menjaga kesihatan jantung.
  • Meningkatkan tahap tenaga
  • Meningkatkan sistem imun tubuh
  • Menguatkan tulang
  • Kesihatan mata dan penglihatan
  • Menjaga kualiti kulit sihat
  Siapa yang memerlukan vitamin?  

Antara indivitu yang digalakkan mengambil multivitamin ialah
•Wanita hamil dan menyusu anak
•Pengamal diet yoyo
•Perokok
•Pengamal vegetarian
•Pemnium alkohol yang kerap
•Pesakit yang perlu mengikuti jadual pemakanan yang khusus.
•Warga tua yang tidak boleh menyerap vitamin B12.
•Golongan yang kerap memakan makanan yang dimasak panas. Hal ini kerana vitamin hilang dalam proses memasak.
   
Makanya.... Bagus kan vitamin ni? Kalau takut nak makan vitamin, kita boleh menggantikannya dengan mengambil makanan atau minuman seperti susu atau buah-buahan. Ini kerana, makanan tersebut membekalkan vitamin yang tinggi. Tapi sejauh mana kita berjaya melengkapkan pemakanan harian kita dengan susu atau buah-buahan?



berminat untuk mendapatkan vitamin semulajadi?hubungi:

adilah mtauket 019-3513200
shaklee id 947946
emel: adilah_mt@yahoo.com
https://www.facebook.com/adilah.mtauket