Friday, December 19, 2014

6 Panduan Memilih Nutrisi Bagi Ibu Mengandung

assalamualaikum semua..harap2 sihat selalu ye.
2,3 bulan ni dapat berita dari kawan2 yang masing2 nak menambah zuriat sendiri. Alhamdulillah. Ada yang nak menunggu hari, ada yang baru dapat berita. Apa2 pun harap semua sihat dan dipermudahkan. Saya pun insyaAllah dalam perancangan nak menambah ahli baru. Kesian kat Alia main sorang2 je selalu.hihi...InsyaAllah semoga Allah perkenankan.

Hari ni nak share tentang panduan memilih nutrisi lengkap bagi ibu2 mengandung.
Semua ibu yang hamil memang mengahrapkan anak kandungannya sihat dan mendapat nutrisi yang cukup untuk tumbesarannya. Tapi macam mana pulak kalau ibu yang mengalami alahan atau tiada selera untuk makan? Adakah cukup untuk anak dalam kandungan?


Jom kita baca apa yang perlu untuk ibu2 yang hamil...


  • Multivitamin dan zat besi - multivitamin sangant penting untukkeperluan ibu dan bayi dalam kandungan. Manakala zat besi pula membantu meingkatkan paras Hb dalam darah. Kekurangan nutrisi ini boleh menyebabkan tumbesaran bayi terbantut dan kelahiran pramatang. Makanan tinggi zat besi seperti kerang2an, sayuran hijau seperti bayam dan sawi.
  • Vitamin B - pengambilan vitamin b-complex penting untuk pembinaan tulang bayi dan mengelakkan kecacatan pada janin. 
  • Vitamin C -  Ia penting untuk menguatkan sel2 tisu dalam badan, meningkatkan imuniti badan dan penting untuk pertumbuhan gigi dan gusi yang sihat.
  • Protein - Sangat penting untuk membina dan memperbaharui sel2 tisu, hormon dan enzim di dalam tubuh. 
  • Kalsium - Perlu diambil oleh ibu bagi menggantikan kalsium yang diserap oleh bayi. Dipelukan untuk kekuatan menanggung berat bayi secara fizikal. Selain itu, kalsium juga penting untuk pembekuan darah, menstabilkan transmisi impuls saraf dan untuk merehatkan otot sewaktu berlakunya kontraksi.
  • DHA dn EPA - Penting untuk pembentukan mata dan otak bayi yang sihat.

Tengok...banyak sebenarnya nutrisi yang diperlukan oleh seorang ibu yang hamil. Ini kerana nutrisi itu turut diserap oleh bayi dalam kandungan. Nutrisi ini perlu lengkap dan mencukupi bagi memastikan tumbesaran bayi dan keperluan ibu hamil sendiri sehingga selepas melahirkan.

Bagi ibu2 yang mengalami alahan dan tidak lalu untuk makan., mereka boleh mengamalkan Set Kehamilan Shaklee yang disarankan dan lengkap untuk kesemua nutrisi yang diperlukan. 


Ni la Set Hamil Shaklee

Ni salah satu testimoni seorang SID yang mengamalkan Set Hamil Shaklee. Hb dalam darah meningkat, doktor pun puji - Pn Munirah.








* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.


#Untuk konsultasi dan maklumat lanjut, boleh hubungi saya :

Adilah MTauket
Pengedar Shaklee Sepang dan Malaysia - Selangor (Sepang dan sekitarnya, Nilai, Enstek)
Email : adilah_mt at yahoo dot com
Sms/Whatsapp : 019-3513200
Page :Jom Sihat Anggun
FB : Adilah MTauket

Wednesday, December 17, 2014

Akibat Consume Vitamin E Shaklee

assalamualaikum semua..
mai dekat2 nak cerita ni. bulan ni kan promo shaklee ada 3 vitamin best. Vitamin C, Vitamin E dengan Collagen POwder.
saya nak cerita pasal vitamin E ni.


Mula2 amik vitamin E ni sebab nak kulit best. Almaklum, kan vitamin E ni terbaik untuk kulit cantik dan mulus katanya... Rupanya dia ada jugak kesan yang lain. Awalnya tak perasan, tapi dah rasa lain macam je. Patutla orang kata Vitamin E ni VITAMIN CINTA. hihihi

Nak jadi cerita, saya bagi jugak en.Alang vitamin E ni. Gigih hulur sebiji dengan secawan air tiap malam. Kononnya taknakla cantik sorang2.hihi nak jugak en.Alang hensem daripada biasa. Lagi 1, vitamin E ni bagus jugak untuk jantung kita. So memang pakej la kan. Tapi tak sampai seminggu kesan sampingan tu pun ada jugak.

kalau nak tau apa kesan sampingannya, kena la amalkan jugak Vitamin E Shaklee ni sendiri. Barula testimoni daripada pengalaman sendiri,kan. Selain tu vitamin E ni banyak jugak kelebihan2nya.
  • Vitamin E membuatkan si pengamal nampak muda kerana vitamin E melambatkan proses penuaan (vitamin awet muda).
  •  Vitamin E mencegah segala pertumbuhan abnormal sel terutama kanser.
  • Vitamin E sangat membantu dalam aspek kesuburan.
  • Vitamin E membantu mempercepat proses baik luka.
  • Vitamin E membantu pengaliran darah dengan lebih lancar.
  • pengambilan vitamin E yang konsisten membantu kawasan gelap itu mengecil dan warna puting menjadi cerah semula.
  • Vitamin E membantu mengurangkan kesakitan akibat pre-menstrual



Yang bestnya, Vitamin E ni boleh juga dibuat masker untuk kulit. Lagi2 untuk kulit yang kering. Muka boleh, kaki pun boleh. Lagi cepat kesan kulit cantik tu. Caranya, ambil sebiji vitamin E, cucuk kapsul dengan jarum yang bersih dan tajam. Oleskan pada muka atau pada kawasan kulit yang kering. Biarkan lebih kurang setengah jam. Cuci semula sehingga bersih.

Kalau nak rasa kesan yang sangat best akibat pengambilan vitamin E ni, cepat2 contact saya ye.
Kita rasa kesan dia sama2..:)




* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

#Untuk konsultasi dan maklumat lanjut, boleh hubungi saya :

Adilah MTauket
Pengedar Shaklee Sepang dan Malaysia - Selangor (Sepang dan sekitarnya, Nilai, Enstek)
Email : adilah_mt at yahoo dot com
Sms/Whatsapp : 019-3513200
Page :Jom Sihat Anggun
FB : Adilah MTauket

Sunday, December 7, 2014

Tips Hilangkan Ruam Pada Bayi

"Badan anak saya merah2 lah"

"Anak saya suka garu2, melecet"

"Ini ruam ke allergi?"

Selalu kita dengar ibu2 risau dengan ayat2 di atas,kan. Saya pun dulu mula2 jadi ibu pun macam tu jugak. Kesian tengok Alia merah2, tergaru2.

Tapi...
Jjangan panik. Ruam ni bukan sesuatu yang berkekalan. Ia akan hilang dengan cara rawatan yang betul.

Pertama sekali, kita kenal pasti jenis ruam pada anak. Macam mana nak kenal?

Jenis-jenis ruam 

1) Ruam Panas
Kepanasan yang terlampau boleh buatkan bayi rimas dan kulit terjejas, naik bintik2 merah seakan-akan jerawat.

2) Ruam Susu
Kesan daripada lelehan susu yg dibiarkan dan tidak dilap, bintik-bintik putih di muka, leher dan atas dada bayi. Ruam susu biasa nya terdapat pada kulit si kecil terlihat kemerahan, membengkak, dan bersisik di sekitar pipi.

3) Ruam Lampin
Terlalu lama dibiarkan memakai kain lampin/lampin pakai buang,  kulit jadi merah dan radang sama ada di sekitar punggung bayi atau di celah peha.

4) Ekzema
Rasa gatal dan tak selesa. Tahap lebih teruk sehingga berdarah dan keluar air. Selalunya boleh tengok pada pelipat kelopak mata, leher, siku, lutut, pergelangan tangan, jari tangan dan jari kaki. Ada dermatis - kemerahan, kuping, bengkak.


Kedua.
Kalau rasa gatal2, JANGAN DIGARU. Jika masih bayi, pakaikan sarung tangan bagi mengelakkan dia menggaru2 sekaligus menyebabkan ruam menjadi lebih teruk.
Berhati-hati apabila menggunakan sabun/losyen/krim yang mengandungi bahan kimia. Kulit bayi lebih sensitif terhadap bahan kimia. Pilihla krim yang diuat daripada bahan semulajadi. 
Saya sarankan guna HERBAL BLEND CREAM SHAKLEE.



SHAKLEE HERBAL BLEND CREAM ni adalah krim serbaguna yang mudah meresap. Ibu boleh sapukan pada ruam, eczema mahupun allergy.

Krim yang menenangkan ini telah diuji secara klinikal di mana ia dapat mengatasi masalah gatal-gatal kulit.
Ianya Dingin, bermentol dan tidak berminyak, super-moist cream yang mengikat kelembapan kulit dan diperkaya dengan sari tumbuhan yang sangat bagus untuk kulit. daripada ekstrak herba semulajadi yang menenangkan termasuk sage, horse chestnut yarrow dan rosemary. 
Yang penting dan paling best, ianya adalah ORGANIC and PARABEN Free!


Herbal Blend Cream juga sesuai untuk kegunaan lain, seperti...

  1. Baik untuk kulit yang mengalami gatal-gatal
  2. melembutkan kulit yang kasar dan pecah-pecah pada lutut, siku serta tumit kaki. 
  3. Demam panas (disapu ke seluruh badan). Insya Allah setengah jam kemudian badan akan berpeluh
  4. Baik untuk demam campak. Menghilangkan kesan atau tanda demam campak.



Selain itu, ruam juga boleh dirawat melalui pengambilan suplemen. Bagi bayi yang berumur bawah setahun dan masih menyusu ibu, ibu boleh amalkan MEALSHAKE dan OMEGA GUARD. Kedua2 nya baik untuk mengatasi masalah kulit. Khasiat kedua2nya dapat diserap melalui susu ibu terus kepada bayi.






* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.


#Untuk konsultasi dan maklumat lanjut, boleh hubungi saya :

Adilah MTauket
Pengedar Shaklee Sepang dan Malaysia - Selangor (Sepang dan sekitarnya, Nilai, Enstek)
Email : adilah_mt at yahoo dot com
Sms/Whatsapp : 019-3513200
Page :Jom Sihat Anggun
FB : Adilah MTauket

~Selulit-Masalah yang Sangat Merisaukan Kaum Wanita~

Assalamualaikum.
Haaa..ni nak kongsi 1 masalah yang menghantui kita2 orang perempuan ni kan. Lagi2 yang dah lepas beranak. Apa dia? Haaa SELULIT la.

Apa itu SELULIT?

Selulit adalah kumpulan lemak yang mudah terjadi pada lengan dan perut. Ia juga boleh mengakibatkan garis-garis kulit pecah yang selalu terjadi pada bahagian punggung/peha. (Oh my...terus nak check kat peha masing2..) Ia berlaku disebabkan pengumpulan toksin yang memusnahkan struktur kolagen dan elastin pada lapisan kulit dan juga membuatkan pengaliran darah menjadi kurang efisen.

Selulit juga dikaitkan dengan pertambahan berat badan dan fungsi metabolik seperti, banyak makan, tidak bersenam, hormon tiroid yang tidak aktif dan alahan pada makanan. Memakan makanan berkalori secara berlebihan adalah penyebab utama pembentukan selulit.

Pertambahan berat pada bahagian bawah tubuh disebabkan oleh kelemahan kitaran darah. Masalah kitaran darah sangat biasa di kalangan wanita dan ditandai dengan rasa sejuk tangan dan sejuk kaki. Ia terjadi kerana merokok, keturunan, tekanan dan pengambilan kaffein.
Di sesetengah bahagian selulit terbentuk, ia seakan ‘tersumbat’ (blockage). Misalnya di kawasan pinggul. Senaman memiliki impak kecil untuk menyingkirkan lebihan lemak itu. Diet pula membuat berat badan seseorang susut tetapi tidak untuk bahagian tersumbat itu.

Taburan lemak pada tubuh wanita dan lelaki juga berbeza-beza (sex-specific fat distribution). Secara purata, perempuan lebih banyak lemak dan ia ditunjukkan menerusi “gynoid pattern collection”, iaitu tertumpu di paha, punggung, pinggul dan dada. Lelaki pula, lemak terbentuk di “android pattern collection” yang tertumpu di perut dan dada. Patutla kita tengok kebanyakan wanita makin kembang bahagian peha dan punggung. Lelaki pulak muncet kat perut,kan..hmm...



Kita selalu anggap,selulit timbul bila seseorang tu susit berat badan. Maksudnya dari gemuk ke kurus. Lemak2 yang lama tu melekat . Sebnarnya banyak sebab terjadinya selulit ni tau.

Bagaimana Selulit Boleh Terjadi :

1) Memakan makanan pedas juga berpengaruh terhadap pembentukan selulit kerana toksin yang dihasilkan berkumpul dalam kelenjar lemak.
2) Tekanan dan kurang rehat, menyebabkan kelenjar turut tertekan, lalu menghalang kelancaran pembuangan bahan tidak diperlukan tubuh.
3) Pengambilan lebihan makanan seperti gula, mentega, lemak haiwan dan garam.
4) Terjadinya perubahan hormon seperti estrogen yang merupakan salah satu sebab timbulnya selulit.
5) Pengambilan kafein yang banyak dan duduk lama di kerusi menyebabkan aliran darah tidak lancar dan memudahkan penghasilan selulit.
6) Faktor fizikal ini terjadi apabila adanya perubahan pada lapisan lemak di bawah kulit.
7) Berdiri terlalu lama, berat badan yang bertambah (obesiti) dan tidak melakukan senaman.  


Kebanyakan wanita ada maslah selulit ni. Jangan taktau, orang kuus pun boleh ada selulit ye. Bukan orang yang berlebihan berat badan je. Walaupun selulit sering muncul di bahagian kulit yang tersembunyi, tetap buat kita rasa tak yakin pada diri. 
Oleh itu kita haruslah berhati-hati dengan makanan tertentu yang dapat menyebabkan selulit. Walaupun selulit tidak bahaya dari segi kesihatan tetapi selulit tetap nampak tidak cantik pada kaum wanita yang boleh menyebabkan seseorang itu merasa malu atau rendah diri.



Macam mana nak elakkan terjadinya selulit ni. Jom kita check pemakanan kita.

Jenis Makanan Penyebab SELULIT.

1) Kafein 
Minuman yang berkafein dapat mempengaruhi perjalanan darah dan metabolisme. Jika Anda ingin benar-benar melawan selulit, gantilah kopi/kafein dengan minuman lain, misalnya teh herbal.
2) Gula 
Kelebihan kandungan gula dapat membuat dinding arteri dan pembuluh darah kehilangan elastisitasnya dan membentuk selulit.
3) Gandum dan Produk Yang Mengandung Tepung
Kebanyakan kita semua ketahui bahawa gandum adalah suatu makanan yang sihat. Tapi ternyata tidak sama sekali kerana lektin adalah elemen alam yang dapat menjadi racun bagi tubuh, dan dapat dijumpai pada gandum dan tepung. Bahan tersebut dapat menyebabkan selulit.
4) Karbohidrat Olahan
Cereal, roti, pasta adalah karbohidrat olahan yang dapat meningkatkan gula darah dan kadar glukosa dalam tubuh. Produk tersebut juga dapat mengurangkan sensiviti insulin yang dapat menyebabkan pengumpulan lemak.

Lain2 Makanan Penyebab Selulit.

1) Bahan/makanan berunsur coklat
2) Daging olahan
3) Mayonnaise
4) Sos - cili,tomato, tiram dll
5) Garam
6) Gula-gula
7) Lemak Daging
8) Pisang
9) minuman beralkohol
10) Produk tepung



Makanan Yang Menghindarkan Selulit : 

1) Kacang almond
2) Telur rebus
3) Daun seleri
4) Jeruk
5) Nenas
6) Lobak merah (carrot)
7) Susu rendah lemak
8) Ikan
9) Kerang
10) Kubis, sawi bunga, baby kailan
11) Paprika
12) Air mineral

Haa..lepas ni kena check semula pemakanan kita. Mana yang terlebih tu, haruslah dikurang2kan. Kata nak yakin diri, kan. Kena bermula dari dalam. Bukan luaran saja.



Dengan Shaklee,kita juga ada cadangan suplemen untik menghilangkan kesan selulit ni.

ESP (Energizing Soy Protein)-Protein baik untuk penghasilan sel2 kulit baru.
VITAMIN E COMPLEX-Membantu menghilangkan kesan2 parut selulit.



*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
#Untuk konsultasi dan maklumat lanjut, boleh hubungi saya : 
Adilah MTauketPengedar Shaklee Sepang dan Malaysia - Selangor (Sepang dan sekitarnya, Nilai, Enstek)
Email : adilah_mt at yahoo dot com
Sms/Whatsapp : 019-3513200
Page :Jom Sihat Anggun
FB : Adilah MTauket

AdilahMTauket SID 947946 019.351.3200

Thursday, December 4, 2014

~Jom buat Minuman Detoks sendiri~

Minggu ni jadi terlebih rajin. Cari resepi air detox. Cari bahan2. Buat sendiri air detoks.
Then kongsi entry detoks dalam blog.

Dah lama sbenearnya nak buat air detoks ni. Tapi tak terbeli2 bahannya. Tadi pegi shopping barang rumah, terus teringat. Apa lgi, balik rumah terus potong2 la, simpan dalam fridge. Esok slurrrppp terus..

Apa air detoks ni?
Air detoks atau infused water ni ialah campuran air putih dengan buah-buahan dan dinikmati setelah dibiarkan selama 4 hingga 5 jam.Infused water ini bagus sangat untuk kesihatan tubuh badan kita sebab khasiat dari buah-buahan yang kita campurkan ni ada dalam air tersebut.

Antara fungsi terbaik jika kita amalkan minum minuman detox ni ialah ianya dapat :
  • mencuci dalaman perut dan usus
  • menurunkan berat badan
  • mengempiskan perut
  • melegakan sakit tekak
  • mencantikkan kulit kerana kandungan vitamin C yang tinggi
  • membuang toksin dalam badan
  • mengurangkan masalah selsema

Macam mana nak air detoks/infused water ni?
Senang je cara2nya.
1. Sediakan bahan2/buah-buahan mengikut kehendak kita.
2. Potong buah-buahan semuat botol/bekas. Kalau lemon dan limau nipis tu tak payah kupas kulitnya.
3. Masukkan dalam botol/bekas.
4. Tambahkan airsebanyak mana yang kita mahu.

5. Simpan dalam peti sejuk semalaman. Esok, boleh lah minum.

JOm, saya share pulak resepi air detoks mengikut manfaat dan kelebihannya.

1. Air Detox untuk pembakaran lemak, pencernaan dan sakit kepala
dtok2
2. Air Detox untuk sokongan gula dalam darah dan penghadaman
dtok3

3. Air Detox untuk penghidratan, pencernaan & kawalan selera makan
dtok4

4. Air Detox untuk pertahanan imun, pencernaan & pedih ulu hati

dtok5
5. Air Detox untuk kempiskan perut

dtok6





Tak rajin nak buat air detoks?
Boleh telan Alfalfa atau Herblax je.



* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.


#Untuk konsultasi dan maklumat lanjut, boleh hubungi saya :

Adilah MTauket
Pengedar Shaklee Sepang dan Malaysia - Selangor (Sepang dan sekitarnya, Nilai, Enstek)
Email : adilah_mt at yahoo dot com
Sms/Whatsapp : 019-3513200
Page :Jom Sihat Anggun
FB : Adilah MTauket

Wednesday, December 3, 2014

~Bahaya Toksin Kepada Tubuh~


Tahukah anda tentang kandungan toksin yang merbahaya di badan anda sekarang?

Apa itu toksin?

Pencemaran, pemakanan dan cara hidup anda sekarang menyebabkan kandungan toksin yang merbahaya meningkat di dalam badan anda!! 

Fakta daripada pelbagai kes penyakit mendapati bahawa hampir 90% punca penyakit adalah disebabkan oleh toksin. 

Tahu tak sekiranya toksin tidak berjaya disingkirkan dan terkumpul terlalu banyak boleh membawa kepada penyakit Migrain, Tumor dan akhirnya KANSER??

Jom saya kongsikan kesan2 bahaya toksin pada tubuh kita.

KULIT
Terjadi apabila toksin dalam darah cuba keluar melalui kulit. Pengumpulan toksin di dalam kulit akan mengakibatkan penyakit seperti jerawat, furunkel & lain2x.

TUMOR
Berpunca daripada bahan buangan bertoksin yang berkumpul di lapisan tisu badan.

DEMAM
Merupakan proses semula jadi badan untuk membersihkan diri. Apabila sel darah putih menentang toksin di dalam darah, kadar metabolisme semakin cepat & mengakibatkan tubuh menjadi demam.

PENYAKIT JANTUNG & TEKANAN DARAH TINGGI
Toksin yang melekat di dalam darah akan menjejaskan kelancaran perjalanan darah sementara tekanan ke atas saluran yang tersumbat akan mengakibatkan tekanan darah tinggi. DI samping itu, buah pinggang & sistem endokrin dalam usaha membersihkan toksin akan merembes pelbagai jenis kimia yang menyebabkan terjadinya tekanan darah tinggi.

LAIN-LAIN
Berlaku masalah kesihatan seperti alergi, asma, pundi hempedu & karang, sakit sendi & sengal2x tulang, sembelit, perut kembung, barah payu dara & kemerosotan daya seksual.



Jadi apa nak buat bila dah banyak toksin dalam badan?


Jom DETOX



Lain entry, saya share pulak cara detoks dengan air yang kita boleh buat sendiri je. Senang sangat!




* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.


#Untuk konsultasi dan maklumat lanjut, boleh hubungi saya : 

Adilah MTauket
Pengedar Shaklee Sepang dan Malaysia - Selangor (Sepang dan sekitarnya, Nilai, Enstek)
Email : adilah_mt at yahoo dot com
Sms/Whatsapp : 019-3513200
Page :Jom Sihat Anggun
FB Adilah MTauket

Tuesday, December 2, 2014

~Magic dengan Hand Dish Wash Shaklee~

Assalamualaikum. Lama tak bersua. Lamaklum hujung-hunjung persekolah agak sibuk dengan segala macam laporan. Bila dah start cuti, luangkan masa dgn keluarga dulu sementara encik suami cuti. Sekarang dah habis cuti, masa untuk kembali beraksi...chewaahhh...

Ni nak cerita pasal satu benda magik ni. Selalu cerita pasal suplemen makanan je kan.. Haa kali ni pasal Hand Dish Wash. Apa benda tu?


Ni la dianya...Sejenis pencuci untuk pinggan mangkuk. Tapi bukan setakat pinggan mangkuk je. Periuk, kuali, cawan, jag semua boleh.

Best sangat sebab dia lembut. Guna setitik je dah boleh buat buih banyak sebab dia pekat.
Haaa...ni part paling best. Saya cuci botol Alia, boleh bulat mata tau, sebab terkejut. Puting botol yang berkerak tu, dah macam puting botol baru. Clear. Guna Dish Wash ni la.
Tengokla gambar kt bawah ni.

Gambar sebelum tu, keruh je puting tu kan? Gambar selepas pulak, clear cantikkk...
Untuk mak2 yang sibuk dengan anak2, kerja rumah memanglah sangat best. Hati senang je buat kerja2 rumah ni, hihihi....



Kenapa kena pilih Get Clean Hand Dish Wash? Sebab...
  • Lembut pada tangan
  • Semulajadi, berasaskan tumbuh-tumbuhan, ramuan diekstrak daripada jagung dan kelapa
  • Formula pekatan yang hanya sedikit diperlukan untuk mencuci pinggan mangkuk yang lebih banyak. Tahan lama kerana kepekatannya
  • Amat berkesan untuk menanggalkan kotoran berminyak. Menjadikan pinggan bersih berkilau.
  • Hanya beberapa titisan dapat mencuci timbunan pingan mangkuk di dalam sinki
  • Tidak bertoksik
  • Hipoalergenik
  • Tanpa klorin
  • pH seimbang
  • Tanpa bahan kimia berbahaya




* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.


#Untuk konsultasi dan maklumat lanjut, boleh hubungi saya :

Adilah MTauket
Pengedar Shaklee Sepang dan Malaysia - Selangor (Sepang dan sekitarnya, Nilai, Enstek)
Email : adilah_mt at yahoo dot com
Sms/Whatsapp : 019-3513200
Page :Jom Sihat Anggun
FB : Adilah MTauket

Wednesday, November 12, 2014

~5 Rahsia Untuk Wajah Awet Muda~

Semua wanita nakkan wajah yang awet muda selalu. Lagi2 bila umur dah mencapai 30an. 
Jadi macam2 cara nak buatkan wajah kita awet muda kan? Jom saya kongsikan tips untuk wajah selalu awet muda.





1. Tidur secukupnya
 Perlu tidur yang secukupnya agar wajah nampak cantik berseri dan segar sentiasa. Jangan paksa diri anda untuk kurang tidur kerana di sebabkan kurangkan tidur kadang-kadang anda akan naik selera makan dan anda mudah terdedah kepada makan di waktu malam.
Kebanyakkan orang suka makan di waktu malam kerana nak siapkan kerja yang perlu di siapkan sebelum esok hari atau sesetengah orang hendak belajar di waktu malam mereka juga makan agar mata boleh bertahan sehingga selesai belajar. Hal ini boleh menjurus kepada masalah kegemukan.

2. Bilas wajah dengan air bersih setiap habis melakukan aktiviti luar.
Muka kita sentiasa terdedah kepada panas matahari dan juga habuk . Maka penting membersihkan wajah anda bagi mengelakkan pertumbuhan jerawat di wajah dan bagi mengelakkan wajah berminyak.

3.Gunakan kosmetik yang sesuai dengan jenis kulit wajah anda 
Jika muka anda merasai kegatalan atau alergi . Jangan teruskan menggunakan produk itu kerana ianya mungkin ada kandungan kimia terlarang. Kami sarankan anda membeli produk berkualiti dari penjual kosmetik yang sah dan membeli barangan yang original dan di sahkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

4. Berhati – hatilah dalam melakukan rawatan wajah
Kami sarankan anda cari dahulu  makluamat  mengenai perkhidmatan atau produk  jika ada sebelum anda menggunakannya. Rujuk testimonial pelanggan jika ada. Jangan bazirkan terlalu banyak duit kepada produk yang tidak mendatangkan faedah kepada anda. Cuba mencari produk yang boleh memberi kesan yang baik dan berkualiti

5.  Selalu minum air kosong
- Sangat penting untuk badan kita , kerana badan kita perlukan air yang banyak sekurang-kurangnya 2 liter sehari. Kerana badan kita perlukan banyak air untuk melakukan proses dalam badan. Kekurangan air salah satunya  boleh menyebabkan kekeringan kulit.


Selain tips kat atas ni, suplemen pun penting. Lagi2 zaman sekarang ni, makanan kita dah macam2. Zat2 makanan belum tentu terserap sepenuhnya oleh tubuh. Jadi untuk nutrisi kulit yang cantik, kita cadangkan VIVIX dan Collagen Shaklee yang sangat ohsemmm...



Tuesday, November 11, 2014

~Cadangan : Set Bersalin/Berpantang Shaklee~

Assalamualaikum.
Hari ni saya nak kongsi pulak set bersalin dan berpantang Shaklee. Set yang menjadi pilihan kebanyakan ibu-ibu di Malaysia. Kenapa? Haa..jom rapat2..


KENAPA BERPANTANG DENGAN SUPPLEMENT

1) Selamat dan boleh diambil seawal 2 jam selepas melahirkan bayi.
2) Selamat kerana boleh dimakan oleh ibu walaupun anak sakit kuning dan jaundis
3) Selamat kerana ibu yang bersalin normal atau secara pembedahan boleh ambil suplemen 

  



Berikut adalah fungsi setiap vitamin yang terkandung:


CADANGAN BERPANTANG LENGKAP


BCOMPLEX
  • Bertindak sebagai penenang dan mengelakkan stress atau meroyan di kalangan Ibu yang sedang berpantang.
  • Meningkatkan pembentukkan sel darah merah dan 
  • Sangat penting untuk menukarkan makanan yang kita ambil menjadi tenaga.
  • Memelihara kulit dari dalam dan penting untuk kecantikkan , sesuai dengan namanya B for Beauty 
  •  Membantu menstabilkan hormon
  • Kekurangan B complex, boleh menyebabkan ibu dalam pantang mengalami gangguan emosi.. 
  • Membantu kita lebih bertenaga dan emosi lebih seimbang. 

VITA C PLUS
  • Sangat penting bagi penyembuhan luka jahitan serta membaik pulih tisu yang rosak selepas bersalin
  • Penting untuk meningkatkan sistem pertahanan badan kerana sebiji vitamin C Shaklee bersamaan 7 biji setengah buah oren
  •  Membantu mencantikkan kulit dan memudarkan stretch marks
  • Penting dalam membentuk kolagen dan penting dalam kecantikan kulit.

VITALEA
  • Sangat penting kerana membekalkan 24 jenis vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh, tetapi sukar diperolehi sewaktu berpantang kerana kebanyakan makanan perlu dielakkan semasa berpantang.
  • Zat Besi sangat diperlukan oleh tubuh bagi menghasilkan sel darah merah, bagi menggantikan kehilangan darah semasa proses kelahiran
  • Ibu-ibu yang kekurangan vitamin ini akan kelihatan pucat, letih dan tidak bermaya.
  • Pengambilan zat besi adalah sangat penting untuk penyusuan bayi. 
  • Vita lea tidak boleh diambil bersama minuman bersusu kerana ia akan mengurangkan kadar penyerapan zat besi oleh badan.
 
ZINC COMPLEX
  • Fungsinya seperti ikan haruan yang bertindak membantu proses baikpulih luka luaran dan dalaman dengan cepat
  • Mengelakkan rambut gugur
  • Membantu mengelakkan post-natal depression. 
  • Membantu mengatasi masalah "kedinginan" selepas bersalin
  • Menjamin bayi membesar dengan optimum bagi ibu yang menyusukan bayi 
  • Galian yg sangat penting dalam membantu proses pemulihan luka terutama luka dalaman (rahim).

OSTEMATRIX
  • Membantu mengelakkan sembelit
  •  Menggalakkan penghasilan susu ibu
  • Membantu ibu kekal cergas dan bertenaga
  • Membantu menghilangkan kebas, sakit belakang, sakit pinggang dan keletihan melampau 

ESP
  • Menggalakkan dan melancarkan penghasilan susu ibu
  • Membantu mencantikkan kulit ibu dan bayi kerana menghasilkan sel kulit baru yang sihat
  • Memberi tenaga kepada ibu agar kekal cergas. 
  • Membantu melancarkan penghasilan susu 
  • Penting untuk kelenjar dan tumbesaran, 
  • Membantu kawal paras kolesterol 
  • Memberikan rasa kenyang kepada ibu ibu
  • Sangat bagus untuk perkembangan dan tumbesaran bayi kerana khasiat ESP ini dapat mengalir kepada bayi melalui susu ibu.  



* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.


#Untuk konsultasi dan maklumat lanjut, boleh hubungi saya :

Adilah MTauket
Pengedar Shaklee Sepang dan Malaysia - Selangor (Sepang dan sekitarnya, Nilai, Enstek)
Email : adilah_mt at yahoo dot com
Sms/Whatsapp : 019-3513200
Page :Jom Sihat Anggun
FB : Adilah MTauket

Saturday, November 8, 2014

Thursday, November 6, 2014

~10 Kesalahan Menyebabkan Kulit Muka Berminyak~

Kebanyakan daripada kita mengalami masalah muka berminyak. Kadang2 belum pun jam pukul 10 pagi, muka dah berkilat-kilat. Bila ambil gambar ke,confirm bersinar. Hehe.. saya la tu. Dan ini juga berlaku kepada yang berkerja bukan dalam bilik beraircond kan.
Jom..saya kongsikan antara perkara yang kita perlukan elakkan supaya kulit muka tidak berminyak.


1-Membersihkan muka terlalu kerap
Ramai yang lakukan ni! Dengan harapan kulit akan sentiasa kering dan jerawat cepat mati. Cara yang salah yang akan menjadikan kulit semakin berminyak/berjerawat. *Cuci muka (dengan cleanser) 2 kali sudah mencukupi ; pagi dan sebelum tidur.

2-Menyental kulit dengan scrub
Berskrub dengan produk scrub yang terlalu kasar akan menyebabkan keadaan kulit semakin teruk keranaskin irritation. Sebetulnya ialah berscrub dilakukan 1-3kali seminggu, menggunakan scrub yang halus tekstur nya, diurut lembut ke muka, dan bilas dengan air suam.

3-Tidak membersihkan peluh
Penat bekerja atau membuat aktiviti berat menjadikan badan (termasuk muka) berpeluh2. Ingat, jangan biarkan peluh itu kering dan menyerap ke dalam kulit. Bersihkan muka dan mandi terus.

4-Picit jerawat
Ini sangat normal bila ada jerawat, tangan mula merayap nak memicit. Tabiat picit jerawat dengan kuku akan memburukkan keadaan kulit dan tinggalkan parut. Elakkan picit jerawat  dengan kuku, gunakan lotion jerawat, untuk kecutkan jerawat . 

5-Shampoo rambut yang meleleh ke muka
Bershampoo  tidak salah. Tetapi apabila shampoo rambut terkena muka, ia boleh membuatkan kulit berjerawat. Sebab shampoo mengandungi bahan pelembab/ minyak untuk melembutkan rambut. So,pastikan buih shampoo tidak terkena bahagian dahi dan muka.

6-Produk rambut hanya untuk rambut
Spray rambut, gel, mousse dan apa saja produk penjagaan rambut tidak seharusnya digunakan untuk kawasan muka. Ini bagi mengelakkan pori2 tersumbat oleh bahan yang terdapat dalam produk penjagaan rambut. Elakkan gel, spray, conditioner etc2 terkena kawasan muka.

7-Makan makanan berminyak
Greasy food boleh sebabkan kulit berjerawat dan berminyak semakin menjadi, muka semakin berminyak. Jom amalkan makanan diet yang sihat, kurangkan makanan berminyak.

8-Penggunaan kosmetik yang mengandungi minyak
Produk yang mengandungi minyak akan sebabkan kulit sukar sembuh dari jerawat dan semakin berminyak. Bila nak beli mekap, make sure beli yang oil-free dengan label non-acnegenic atau non-comedogenic utk mengelakkan jerawat.

9-Berhenti mengambil treatment untuk jerawat
Mengambil ubat dari pakar kulit untuk jerawat, itu 1 tindakan yang bagus. Tapi jangan sewenang2nya berhenti apabila jerawat dah sembuh. Untuk elakkan jerawat muncul semula, habiskan ubat mengikut prescription doctor atau amalkan supplement untuk dapatkan kulit yang sihat, bebas jerawat dan bebas minyak.

10-Menggunakan Whitening Skin Care
Ramai yang  kulit putih, tapi set pencerahan kulit adalah sangat tidak bersesuaian untuk kulit berjerawat. Dari segi bahan dan kandungannya membolehkan jerawat tidak sembuh, muka semakin berminyak dan berpotensi meninggalkan pigmentasi. So. kena guna set penjagaan kulit khas untuk kulit berminyak dan berjerawat. Before cerahkan kulit, atasi masalah kulit anda dahulu.


Mahukan kesihatan kulit secara semulajadi dan sihat? 
Amalkan pengambilan makanan yang sihat dan suplemen yang terbaik. Tentu dari Shaklee :)



#Untuk konsultasi dan maklumat lanjut, boleh hubungi saya :
Adilah MTauket
Pengedar Shaklee Sepang dan Malaysia - Selangor (Sepang dan sekitarnya, Nilai, Enstek)
Email : adilah_mt at yahoo dot com
Sms/Whatsapp : 019 351 3200
Page :Jom Sihat Anggun
FB Adilah MTauket

Wednesday, November 5, 2014

~Sakit Tulang Belakang dan Cara Atasi~



Tahukah anda diantara 8 daripada 10 orang pernah mengalami sakit belakang dalam hidupnya. Khususnya wanita, yang seringkali membawa beg besar dengan beban cukup berat, ditambah lagi memakai kasut tumit tinggi. Kehamilan lalu menggendong anak selama berjam-jam juga jadi punca sakit belakang pada wanita. Demi mengurangkan risiko sakit pinggang yang menyeksa, lakukan saja empat langkah berikut yang dilaporkan dari Health.com


♥Kurangkan kandungan beg
Hati-hati jika berat beg anda, melebihi 10 peratus daripada berat badan. Ini petanda beg anda terlalu berat dan boleh menyebabkan sakit belakang. Untuk mengurangkan kandungan beg, bawalah barang yang anda benar-benar penting. Bawa juga tas dengan betul. Jika talinya cukup panjang, bawalah beg menyamping dengan tali menyilang di dada. Pilih juga beg yang talinya agak lebar.



♥Tilam yang sesuai
Tidur di tempat tidur yang empuk memang terasa selesa, namun ini juga tak terlalu baik untuk kesihatan tulang belakang. Jadi, pastikan tempat tidur yang anda tiduri,tidak terlalu empuk atau terlalu keras. Tilam yang baik adalah yang mampu menyokong tubuh secara stabil saat tidur.

♥Ketatkan otot perut
Memiliki otot perut yang kuat boleh membantu melindungi pinggang dari kecederaan. Lakukan saja latihan pelvis sebanyak 2 hingga 3 kali tiap minggu. Caranya, berbaring telentang dengan lutut ditekuk dan kaki menempel di tingkat. Lalu, secara perlahan-lahan tarik lutut mendekati perut, rasakan kontraksi pada perut dan pinggul harus diangkat sedikit dari lantai.


♥Pengambilan sayur-sayuran hijau
Anda pasti sudah tahu bahawa kalsium adalah kunci untuk tulang yang kuat. Namun, para penyelidik Jepun mendapati ada satu pengambilan lagi yang sangat diperlukan untuk menguatkan tulang iaitu vitamin K.
Vitamin ini banyak ditemui pada brokoli, bayam, dan sayur-sayuran berdaun hijau.Vitamin K, berfungsi membantu simpanan kalsium dalam tulang, sehingga membuatnya lebih padat. Ketika tulang anda kuat, maka tubuh semakin fit dan risiko mengalami kecederaan yang menyebabkan sakit belakang pun berkurang.


Cadangan suplemen dari Shaklee ialah


♥Ostematrix
bertindak untuk mengekalkan tulang yang sihat dan kuat. Setiap hidangan OsteMatrix mengandungi 1000 mg Kalsium berasaskan semulajadi yang mudah diserap dan disertai dengan 400mg Magnesium bagi mengasimilasikan kalsium ke dalam tulang dan menguatkannya. OsteMatrix turut diperkaya dengan 400 IU Vitamin D yang merangsang penyerapan kalsium dan mineral-mineral lain seperti Boron, Mangan, Tembaga dan Zinc bagi membantu metabolisme tulang dan mengaktifkan enzim yang membantu dalam kepadatan tulang. Ternyata OsteMatrix Shaklee lebih dari sekadar Kalsium biasa!


♥Omega Guard
Asid lemak Omega-3 pula dapat diperolehi melalui OmegaGuard Shaklee. Pengambilan Omega Guard akan melambatkan degradasi tulang rawan dan mengurangkan reaksi keradangan dalam sendi-sendi. Ia adalah anti-radang semulajadi yang bertindak sebagai pelincir bagi membantu pesakit sendi bergerak dengan mudah.


♥AJHT
membekalkan glukosamina daripada ekstrak jagung bagi membina tulang rawan dan lendir bagi melincirkan sendi. Ia turut diperkaya dengan Vitamin C yang diperlukan bagi sintesis kolagen yang merupakan satu komponen bagi tulang rawan dan juga tisu-tisu penghubung yang lain di dalam tubuh. Ekstrak Boswellia di dalam Advanced Joint Health Tablet ini pula berfungsi sebagai anti-radang semulajadi.
#Untuk konsultasi dan maklumat lanjut, boleh hubungi saya : 
Adilah MTauket
Pengedar Shaklee Sepang dan Malaysia - Selangor (Sepang dan sekitarnya, Nilai, Enstek)
Email : adilah_mt at yahoo dot com
Sms/Whatsapp : 019 351 3200
Page :Jom Sihat Anggun
FB Adilah MTauket