Sunday, December 7, 2014

~Selulit-Masalah yang Sangat Merisaukan Kaum Wanita~

Assalamualaikum.
Haaa..ni nak kongsi 1 masalah yang menghantui kita2 orang perempuan ni kan. Lagi2 yang dah lepas beranak. Apa dia? Haaa SELULIT la.

Apa itu SELULIT?

Selulit adalah kumpulan lemak yang mudah terjadi pada lengan dan perut. Ia juga boleh mengakibatkan garis-garis kulit pecah yang selalu terjadi pada bahagian punggung/peha. (Oh my...terus nak check kat peha masing2..) Ia berlaku disebabkan pengumpulan toksin yang memusnahkan struktur kolagen dan elastin pada lapisan kulit dan juga membuatkan pengaliran darah menjadi kurang efisen.

Selulit juga dikaitkan dengan pertambahan berat badan dan fungsi metabolik seperti, banyak makan, tidak bersenam, hormon tiroid yang tidak aktif dan alahan pada makanan. Memakan makanan berkalori secara berlebihan adalah penyebab utama pembentukan selulit.

Pertambahan berat pada bahagian bawah tubuh disebabkan oleh kelemahan kitaran darah. Masalah kitaran darah sangat biasa di kalangan wanita dan ditandai dengan rasa sejuk tangan dan sejuk kaki. Ia terjadi kerana merokok, keturunan, tekanan dan pengambilan kaffein.
Di sesetengah bahagian selulit terbentuk, ia seakan ‘tersumbat’ (blockage). Misalnya di kawasan pinggul. Senaman memiliki impak kecil untuk menyingkirkan lebihan lemak itu. Diet pula membuat berat badan seseorang susut tetapi tidak untuk bahagian tersumbat itu.

Taburan lemak pada tubuh wanita dan lelaki juga berbeza-beza (sex-specific fat distribution). Secara purata, perempuan lebih banyak lemak dan ia ditunjukkan menerusi “gynoid pattern collection”, iaitu tertumpu di paha, punggung, pinggul dan dada. Lelaki pula, lemak terbentuk di “android pattern collection” yang tertumpu di perut dan dada. Patutla kita tengok kebanyakan wanita makin kembang bahagian peha dan punggung. Lelaki pulak muncet kat perut,kan..hmm...



Kita selalu anggap,selulit timbul bila seseorang tu susit berat badan. Maksudnya dari gemuk ke kurus. Lemak2 yang lama tu melekat . Sebnarnya banyak sebab terjadinya selulit ni tau.

Bagaimana Selulit Boleh Terjadi :

1) Memakan makanan pedas juga berpengaruh terhadap pembentukan selulit kerana toksin yang dihasilkan berkumpul dalam kelenjar lemak.
2) Tekanan dan kurang rehat, menyebabkan kelenjar turut tertekan, lalu menghalang kelancaran pembuangan bahan tidak diperlukan tubuh.
3) Pengambilan lebihan makanan seperti gula, mentega, lemak haiwan dan garam.
4) Terjadinya perubahan hormon seperti estrogen yang merupakan salah satu sebab timbulnya selulit.
5) Pengambilan kafein yang banyak dan duduk lama di kerusi menyebabkan aliran darah tidak lancar dan memudahkan penghasilan selulit.
6) Faktor fizikal ini terjadi apabila adanya perubahan pada lapisan lemak di bawah kulit.
7) Berdiri terlalu lama, berat badan yang bertambah (obesiti) dan tidak melakukan senaman.  


Kebanyakan wanita ada maslah selulit ni. Jangan taktau, orang kuus pun boleh ada selulit ye. Bukan orang yang berlebihan berat badan je. Walaupun selulit sering muncul di bahagian kulit yang tersembunyi, tetap buat kita rasa tak yakin pada diri. 
Oleh itu kita haruslah berhati-hati dengan makanan tertentu yang dapat menyebabkan selulit. Walaupun selulit tidak bahaya dari segi kesihatan tetapi selulit tetap nampak tidak cantik pada kaum wanita yang boleh menyebabkan seseorang itu merasa malu atau rendah diri.



Macam mana nak elakkan terjadinya selulit ni. Jom kita check pemakanan kita.

Jenis Makanan Penyebab SELULIT.

1) Kafein 
Minuman yang berkafein dapat mempengaruhi perjalanan darah dan metabolisme. Jika Anda ingin benar-benar melawan selulit, gantilah kopi/kafein dengan minuman lain, misalnya teh herbal.
2) Gula 
Kelebihan kandungan gula dapat membuat dinding arteri dan pembuluh darah kehilangan elastisitasnya dan membentuk selulit.
3) Gandum dan Produk Yang Mengandung Tepung
Kebanyakan kita semua ketahui bahawa gandum adalah suatu makanan yang sihat. Tapi ternyata tidak sama sekali kerana lektin adalah elemen alam yang dapat menjadi racun bagi tubuh, dan dapat dijumpai pada gandum dan tepung. Bahan tersebut dapat menyebabkan selulit.
4) Karbohidrat Olahan
Cereal, roti, pasta adalah karbohidrat olahan yang dapat meningkatkan gula darah dan kadar glukosa dalam tubuh. Produk tersebut juga dapat mengurangkan sensiviti insulin yang dapat menyebabkan pengumpulan lemak.

Lain2 Makanan Penyebab Selulit.

1) Bahan/makanan berunsur coklat
2) Daging olahan
3) Mayonnaise
4) Sos - cili,tomato, tiram dll
5) Garam
6) Gula-gula
7) Lemak Daging
8) Pisang
9) minuman beralkohol
10) Produk tepung



Makanan Yang Menghindarkan Selulit : 

1) Kacang almond
2) Telur rebus
3) Daun seleri
4) Jeruk
5) Nenas
6) Lobak merah (carrot)
7) Susu rendah lemak
8) Ikan
9) Kerang
10) Kubis, sawi bunga, baby kailan
11) Paprika
12) Air mineral

Haa..lepas ni kena check semula pemakanan kita. Mana yang terlebih tu, haruslah dikurang2kan. Kata nak yakin diri, kan. Kena bermula dari dalam. Bukan luaran saja.



Dengan Shaklee,kita juga ada cadangan suplemen untik menghilangkan kesan selulit ni.

ESP (Energizing Soy Protein)-Protein baik untuk penghasilan sel2 kulit baru.
VITAMIN E COMPLEX-Membantu menghilangkan kesan2 parut selulit.



*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
#Untuk konsultasi dan maklumat lanjut, boleh hubungi saya : 
Adilah MTauketPengedar Shaklee Sepang dan Malaysia - Selangor (Sepang dan sekitarnya, Nilai, Enstek)
Email : adilah_mt at yahoo dot com
Sms/Whatsapp : 019-3513200
Page :Jom Sihat Anggun
FB : Adilah MTauket

AdilahMTauket SID 947946 019.351.3200

No comments: