pejam celik, pejam celik...
dah lebih 7 bulan dah. macma tak percaya je. masih! macam tipu2 je. haha... boleh ke macam tu? tapi hati saya penuh dengan kasih sayang. semakin hari semakin melimpah ruah. itulah hakikatnya.. kamu juga bukan? jadi, biarlah kasih sayang itu tersemai. macma gelas penuh dengan air. sampai tertumpah-tumpah. jangan pula ada yang mendoakan yang bukan2.
macam ayat....
"alah...awal2 je penuh kasih sayang kononnya. tengokla dah masuk tahun ketiga ke keempat nanti..."
janganlah macam tu. sebab itulah rumahtangga banyak yang tak kukuh. bila hati terdetik, mulut terlepas, itu sudah menjadi satu doa, tau.. apalah salahnya doa yang baik2.
macam....
"alhamdulillah.. doanya hingga ke akhir hayat ye.. tumpang hepi untuk kamu.."
kan bagus macam tu. buat apa nak jeles dengan kebahagiaan orang lain? merugikan diri sendiri je. sebab... tak cuba tanam kasih sayang yang penuh untuk suami sendiri. lebih lagi, dengki pulak dengan orang lain. rugiiii....
7 bulan belum cukup untuk mengenali enAlang sepenuhnya. yela, kami bukannya sempat nak jumpa tiap hari or tiap minggu keluar sama2 sebelum kawen dulu. tiap 2 minggu mungkin. bersembang di talian? sumpah! 2 minit paling lama kalau nak sembang saja2. itu pun, sebulan sekali kot. (kenal 5 bulan je sebelum bertunang, makanya 5 kali je la call tu.. huhuu sedih..sedih..)
ok, hakikatnya si suami itu bukanlah seorang yang romantik. bukan juga soft spoken. (seperti anganan si isteri dolu2...) malah sekali dengar, permintaan enAlang bagaikan satu arahan bos kepada staf.. sungguh!
tapi, hakikat si isteri ialah memenuhi permintaan si suami. menjaga hati. menjaga maruahnya. melaksanakan segala tanggungjawab di rumah. walaupun masing2 bekerja.
si suami itu bukanlah seorang yang mahu memanjakan isterinya. dia mahu isterinya ini berdikari. tidak terlalu bergantung. dia tidak mahu isterinya ini mengada2. tapi saya buat jugak mengada2. biar dia tahu saya ni manja.. haha
jadi, menerima kelebihan dan kekurangan pasangan masing2 adalah kunci kebahagiaan rumahtangga, InsyaAllah.. kekurangan kita dilengkapkan dengan kelebihan dia. manakala kelebihan kita melengkapkan kekurangan dia.
mari sama2 kita penuhkan hati kita dengan kasih sayang.
saya sayang suami saya!!
2 comments:
sangat suka membacanya. moga bahagia bersama hingga ke dunia sana.
wah! selamat menghadapi hidup berumahtangga.. kita happy..pasangan pon happy rite.
so kalo ada apa2 tersimpan dalam hati..jangan simpan.. slow talk dengan pasangan..insyaAllah..bahagia ke akhir hayat..
Post a Comment