Saturday, January 1, 2011

- aktiviti menjelang tahun 2011 -

uhuk3...
sudah pun masuk tahun 2011.
cepat betul masa berlalu. makin bertambahlah usia.

dah lama tak bercerita pasal aktiviti harian, kan?
itulah. malas je rasanya.
tapi kali ni, tak malas dah. semangat nak menaip.
haha.. macam la best sangat. perasan je lebih.

aktiviti agak penuh di bulan 12.
bermula awal bulan, kami berjalan ke rumah kakak en.Alang di Manjong, Perak. sanggup en.Alang amik MC (syhhhh.....diam2 jek..) sebab mak ada di sana. 3 hari di Manjong. ingatkan dapatla sampai ke Pangkor, tapi tak sempat jugak.

lepas tu, balik kampung Kedah pulak. sebab ayah masuk hospital untuk operate laser mata. ni en.Alang amik cuti emergency pulak. yang bestnya, ini kali pertama bagi saya untuk naik kapal terbang. haha... dah masuk umur 27 baru la nak merasa naik kapal terbang. itu pun sebab berjodoh dengan staff MAS kan. kalau tak, taktaula bila nak merasanya. huhuuhu...

sambil2 usha tempat kerja en.Alang sebelum masuk flight.

lepas tu, konon2nya bercadangla nak honeymoon sekali lagi ke Sabah. tapi apakan daya, tiket FOC status standby. payah betul nak dapat seat. ramai sangat yang standby. tunggu punya tunggu, tak dapat jugak.
huhu.... sedih je.
mula lah bising2 -kalau amik tiket ke terengganu pun ok. ni amik ke sabah. akhir tahun memang la penuh, sebab orang dah mula kembali untuk kerja or sekolah. padan muka kami....

hanya dapat menjenguk dari anjung tinjau...huhuhu melepas...

sebelum tu, shift en.Alang ada buat makan BBQ kat Bagan Lalang.
tapi kami sampai lewat sedikit. dah malam baru sampai sebab ada hal pulak dengan BSN.
datang dengan custom t-shirt yang aku jahit.
hehehe... seronok tengok en.Alang sudi pakai baju tu.
dia layan je karenah bini dia yang mengada2 konon2 nak comel2 ni..hahaha...

tara!!! comel tak?hihihi....

macam ni la gayanya bila dipakai....sedondon kan?hahah...

en.Alang and the gang....


tahun baru??
hari pertama lagi en.Alang dah kena shift malam..
sorang2 la duduk rumah sekarang ni...

malam tadi pun..
detik 12 malam, ada di Shah Alam sebab ada hal. intai bunga api dari dalam kereta je la...

Semoga lebih banyak aktiviti yang menggembirakan di tahun baru ini.
Amin....

No comments: