raya tak habis lagi..
jemputan open house,jemputan kenduri..macam-macam jemputan.ye la,masa inilah senang nak buat kenduri.alang-alang beraya sekali,kan...?
rabu lepas, ambil cuti rehat sebab nak ikut mak ke majlis persaraan dia kat sk sg nibong..majlis sekaligus dengan sambutan hari raya.ramai ibu bapa yang join sekali.best je tengok kalau nak dibandingkan dengan penyertaan parents kat sekolah sendiri.
anyway,seronok tengok mak diraikan.terharu pun ada (boleh?aku pulak yang terharu...)aku jadi camera girl..letih jugak kalau tak cukup alatan ni.terlupa pulak bawa tripod.
khamis pulak..jamuan hari raya BKG kat sekolah.makan besar.macam-macam ada.menu utama satay dan kuetiau goreng.tapi tu la,tengah takde selera,makan pun sikit je.lagi pun open house sendiri hari tu pun buat satay jugak.alhamdulilah kenyang jugak hari tu.
hari ni, sabtu...kat sekolah ada LDP.maybe yang terakhir.tajuk Personaliti Unggul oleh Encik Haris, motivator yang yang buat kem dengan budak2 bulan mac dengan bulan julai hari tu.meriah jugak la LDP hari ni.habis awal, ingat boleh pergi kenduri fateen awal...tapi pakcik pulak ada hal..geram betul.tapi nak marah pun, tak boleh.nak marah pada apa,pada siapa?
sudahnya, pergi pukul 3 lebih..sampai kat rumah fateen dah dekat jam 5.nasib baik jumpa tz and husband dengan rinie.ada jugak la kawan nak ajak sembang.cerita-cerita pasal budak-budak kelas dulu.segan jugak aku dengan diorang ni semua.nasib baik jugak datang lambat,kan?kurangla keseganan aku.ye la....(pikir sendiri...)
sepadan fateen dengan hairil..sama cantik sama handsome.tapi tak boleh lama,pakcik kerja malam.apapun, thanks pakcik sebab temankan pergi kenduri.
congrats fateen & hairil.semoga berbahagia hingga ke akhirnya.. ;)
p/s : hati sudah lega...
2 comments:
dah reti pakai shawl..tahniah!!;)
ala sya...herot merot lg la....huhuhu
Post a Comment