Monday, October 5, 2009

- mari mengira -

aku mengajak semua untuk mengira.ya,mengira apa sahaja asalkan ia aktiviti mengira.
tidaklah.aku cuma mahu mengimbau situasi-situasi yang mana aku boleh ditempatkan di katil hospital atau pun kalau terlebih lagi,mahu dibalut dengan kain putih.insaf!

1989 - Patah riuk
aku semasa kecilnya sentiasa mahu mengikut langkah si abang.kalau dia bermain,aku turut serta.kalau dia makan,aku mahu di sebelah.pendek kata aku mahu sentiasa bersama si abang.(mungkin sebab itu juga sekarang aku berperawakan kasar jika dibandingkan dengan gadis seusia dengan ku).

ada sekali,hari cuti.ahad jika tidak silap.seisi rumah lena dibuai mimpi siang.si abang melangkah terjingkit-jingkit (tetap juga berbunyi kerana rumah usang itu) menuju ke tangga depan.aku yang menyedari cepat-cepat mengejar mahu meyertainya.tanpa melihat ke bawah, aku tersembam lalu tergolek-golek jatuh 7 anak tangga.yang menanti di bawah ialah simen.segera seisi tumah yang dibuai mimpi tadi terjaga.aku sudah meraung kesakitan.

kesannya : aku sakit pinggang sampai sekarang.(ditambah lagi dengan jatuh berkali-kali ketika aktiviti perkhemahan semasa besarnya.)


1994 - Laju-laju kayuh
dulu sekolah aku pagi dan petang.sekolah pagi ialah sekolah kebangsaan. dan sekolah petang ialah sekolah agama.petangnya aku ke sekolah menunggang basikal.tapi sebelum pulang ke rumah, aku gemar sekali mengikut kawan-kawan melencong ke tempat lain.bukan jauh sangat pun.sekadar kampung sebelah mengayuh basikal.

ada seklai aku melencong tetapi sudah lewat mahu pulang.jadi cepat-cepat mengayuh.apatah lagi kawan-kawan sudah meninggalkan aku di belakang.sampai di simpang aku perlu melintas jalan besar.tapi, aku tak berhenti sebab takut ditinggalkan kawan yang sudah jauh ke depan tanpa menyedari aku sedang melintas jalan besar. ketika itu ada sebuah motor.

bayangkan kalau kereta atau lori yang besar sedang lalu ketika aku melintas jalan itu.
bayangkan lagi kalau jalan itu kini sebesar jalan yang sekarang.(4 lane..wassalam)

kesannya : aku takut melintas jalan seorang diri.


1992 & 1993 - Jejari basikal, bukan jejari ikan.
macam situasi pertama,aku gemar mengikut si abang.kali ini, mengikutnya yang baru belajar bawa motor pusing-pusing kampung.kebetulan ada rumah terbiar.sia abang memulas minyak motor terlalu kuat lalu menghentam tiang rumah terbiar itu.kami terjatuh.kaki kiri tidak dapat aku selamatkan lalu termasuk ke dalam jejari motor.lalu bergema lah suaraku seisi alam.cepat-cepat jiran yang ada di situ (kebetulannya ada kaitan saudara dengan keluarga kami.) menjenguk dan memanggil ayahku di rumah.

itu satu.jejari motor.

kali kedua ialah ketika si abang ditugaskan mengambilku dengan basikal di sekolah agama kerana ayahku tiada.ketika hampir sampai di rumah, kami terserempak dengan ayah yang sedang meyorong motor yang rosak.bila abang kata yang dia nampak ayah, terus aku menjenguk dari tempat duduk belakang dan tanpa sedar kakiku terikut dan termasuk ke dalam jejari basikal.apa lagi, bergema sekali lagi suaraku seisi alam.

kesannya : parut di kaki yang tak mungkin hilang bagi puluhan tahun akan datang.

-------------

sekarang...
syukur aku masih di sini.

No comments: