Monday, February 2, 2009

- cuti panjang vs gerhana -


salam semua..
baru balik dari bercuti panjang...emmm seminggu lebih je.yang pentingnya cuti pertama sejak mula bekerja ni.hehe.macam biasa.duduk rumah.tapi awal-awal cuti tu,ikut parents balik seri menanti.mulanya nak bermalam kat rumah acik,tapi sebab acik sendiri datang seri menanti,so tak jadi ke jempol.

sebelum balik selangor singgah pulak kat rumah paklong..itu je lah cerita cuti panjang..selain tu duduk rumah je la..haha too lame..

tapi kan...masa otw balik selangor...sempat jugak menikmati keindahan ciptaan Yang Maha Esa..gerhana matahari separuh..subhanallah...cantiknya tak terkata...walaupun masa tu berpinar jugak mata sebab direct je tengok gerhana tu...patutnya tak boleh sebab boleh merosakkan mata.

ingatkan tak sempat nak tangok sebab masa tu kat rumah paklong...tapi bila dah exit kat klang tu,dapat juga menikmatinya.Alhamdulillah...sempat.dalam pukul 5-6 macam tu.kecoh betul dalam kereta..hehe biasalah...sementara tu dekat Masjid Negara diadakan solat sunat gerhana matahari.


sedikit maklumat....

Hadis Al-Mughirah bin Syu’bah r.a katanya:
“Matahari telah gerhana pada masa Rasulullah s.a.w di hari kematian Ibrahim iaitu anak lelaki baginda. Lalu Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua tanda dari tanda-tanda kekuasaan Allah. Kedua-duanya tidak gerhana disebabkan kematian seseorang atau kerana dihidupkannya. Oleh itu apabila kamu melihatnya berdoalah kepada Allah dan dirikanlah sembahyang sehinggalah gerhana itu hilang”
(Riwayat Muslim)

Cara Solat Gerhana

Ada beberapa cara mengerjakan solat gerhana pengamalan zaman Nabi Muhammad s.a.w.:

1. Dikerjakan dengan 2 rakaat sebagaimana solat sunnat biasa

2. Dikerjakan 2 rakaat, yang pada setiap rakaat ruku’nya dilakukan dua kali, yaitu sesudah membaca Al Fatihah dan surah, lalu ruku. Bangun i’tidal, lalu membaca Al Fatihah dan surah lalu ruku yang kedua. Kemudian i’tidal lagi dengan tu’maninah barulah melakukan sujud yang pertama, duduk antara dua sujud, lalu sujud yang kedua, kemudian bangkit berdiri untuk rakaat yang kedua. Pada rakaat yang kedua ini, ruku dilakukan dua kali seperti pada rakaat yang pertama. Kemudian diakhiri dengan tahiyat.

Solat gerhana dapat dikerjakan secara berjamaah. Sebaiknya setelah solat dilakukan khutbah seperti pada solat hari raya. Isinya diarahkan kepada hal-hal yang bermanfaat, seperti anjuran taubat, sedekah, persatuan, amar ma’ruf nahi munkar; dan jangan lupakan keterangan tentang gerhana itu sendiri.

“Abdullah bin Amr bin Ash r.a. berkata; “Ketika terjadi gerhana di masa Nabi Muhammad s.a.w maka diserukan: “Ash-shalaatu jaami’ah (tegakkanlah solat berjamaah)”. Kemudian (di dalam solat) Nabi Muhammad s.a.w. ruku dua kali dalam satu rakaat. Pada rakaat kedua Nabi Muhammad s.a.w ruku dua kali pula. Kemudian duduk dan selesai. Matahari sudah terang kembali. Siti Aisyah berkata: “Belum pernah saya sujud lama, seperti lamanya sujud solat gerhana itu”. (Hr Bukhari dan Muslim).

3. Dikerjakan dengan dua rakaat, tetapi pada tipa-tiap rakaat dilakukan 3 kali ruku dan 2 kali sujud.

4. Dikerjakan 2 rakaat, tetapi tiap-tiap rakaatnya dilakukan 4 kali ruku dan 2 kali sujud.

------------------------

ni pulak...
gambar-gambar masa latihan hoki budak-budak sebelum cuti panjang minggu lepas...

cikgu ana memberikan amanat terakhir untuk hari itu..

budak-budak khusyuk mendengar...(tak termasuk yang sibuk buat peace tu..haish!!)



No comments: