sekarang ni...handphone sudah menjadi satu keperluan dalam hidup seharian.lagi-lagi bagi orang yang sudah bekerja.sedang budak kecik belum masuk sekolah pun sudah dibelikan handphone, apa lagi orang dewasa.
teringat pulak dulu, aku memiliki gajet ini lewat umurku 18 tahun.semasa aku di matrikulasi.itu pun emak yang belikan.mungkin kerana aku agak homesick ketika itu.hehe...malu la pulak.
aku tak ingat jenama hp pertama aku (sebab aku gunakannya sekejap je) tapi hp tu jenis yang mesejnya di view dalam satu baris je..tak sampai 6 bulan hp tu rosak semasa aku berkelah.hantar kedai pun tak boleh nak dibaiki..lepas tu mak (jugekkk....) belikan nokia 3310..yang sangat kuat.jatuh pun tak pecah..bagus betul..
the rest is history...
nak dijadikan topik...kalau anda membeli handphone, anda boleh check dulu sama ada hp tu berkualiti atau tidak..info ni aku dah dapat lama dah..tapi yang ni aku copy dari forum terjah..
masa nak beli tu, suruh orang kedai tu in dulu hp..pastu....
Masukkan Kod *#06#
Selepas tu anda akan dapat satu nombor kod yang ada 15 angka :-
1 2 3 4 5 6 7 8 9 0 1 2 3 4 5
- Kalau angka no 7 & 8 adalah 02 atau 20 ini bermakna ia dipasang di Emirates yang tidak berkualiti
- Kalau angka no 7 & 8 adalah 08 atau 80 ini bermakna ia dibuat di Germany yang kualiti OK aje
- Kalau angka no 7 & 8 adalah 01 atau 10 ini bermakna ia dipasang di Finland yang kualitinya baik
- Kalau angka no 7 & 8 adalah 00 ini bermakna ia dipasang di kilang asal yang mempunyai kualiti terbaik
- Kalau angka no 7 & 8 adalah 13 ini bermakna ia dipasang di Azerbaijan yang tidak berkualiti dan bahayakan kesihatan.
khas utk nokia tapi Hp lain leh try gak laaa
ya....itu dia caranya....
p/s : hanya berkongsi info...daaa....
No comments:
Post a Comment