Wednesday, February 25, 2009

- glory beach resort -

gambar-gambar je dulu...
laporan kursus akan menyusul kemudian....
letih....

ni dah macam gathering PL2 je...

kursus ke chatting ni??

malam motivasi a.k.a persembahan

yeah!!!it's ours...alhamdulillah...

saga's members..

saga pasti boleh!!!


Monday, February 23, 2009

- check jangan tak check -

sekarang ni...handphone sudah menjadi satu keperluan dalam hidup seharian.lagi-lagi bagi orang yang sudah bekerja.sedang budak kecik belum masuk sekolah pun sudah dibelikan handphone, apa lagi orang dewasa.

teringat pulak dulu, aku memiliki gajet ini lewat umurku 18 tahun.semasa aku di matrikulasi.itu pun emak yang belikan.mungkin kerana aku agak homesick ketika itu.hehe...malu la pulak.
aku tak ingat jenama hp pertama aku (sebab aku gunakannya sekejap je) tapi hp tu jenis yang mesejnya di view dalam satu baris je..tak sampai 6 bulan hp tu rosak semasa aku berkelah.hantar kedai pun tak boleh nak dibaiki..lepas tu mak (jugekkk....) belikan nokia 3310..yang sangat kuat.jatuh pun tak pecah..bagus betul..
the rest is history...

nak dijadikan topik...kalau anda membeli handphone, anda boleh check dulu sama ada hp tu berkualiti atau tidak..info ni aku dah dapat lama dah..tapi yang ni aku copy dari forum terjah..

masa nak beli tu, suruh orang kedai tu in dulu hp..pastu....

Masukkan Kod *#06#

Selepas tu anda akan dapat satu nombor kod yang ada 15 angka :-

1 2 3 4 5 6 7 8 9 0 1 2 3 4 5
- Kalau angka no 7 & 8 adalah 02 atau 20 ini bermakna ia dipasang di Emirates yang tidak berkualiti
- Kalau angka no 7 & 8 adalah 08 atau 80 ini bermakna ia dibuat di Germany yang kualiti OK aje
- Kalau angka no 7 & 8 adalah 01 atau 10 ini bermakna ia dipasang di Finland yang kualitinya baik
- Kalau angka no 7 & 8 adalah 00 ini bermakna ia dipasang di kilang asal yang mempunyai kualiti terbaik
- Kalau angka no 7 & 8 adalah 13 ini bermakna ia dipasang di Azerbaijan yang tidak berkualiti dan bahayakan kesihatan.

khas utk nokia tapi Hp lain leh try gak laaa

ya....itu dia caranya....

p/s : hanya berkongsi info...daaa....

- lagi aktiviti di sekolah -

minggu lepas...ada sambutan hari muhibbah di SCBN2...sebenarnya lebih kepada sambutan sempena tahun baru cina..mana tidaknya, tarian singa yang dipersembahkan betul-betul seperti ketika sambutan sebenar diadakan.dengan pakaian murid-muridnya.aduhai...

beberapa minggu sebelum itu,ada sambutan krismas.siap santa claus datang lagi bagi cenderahati.tapi disebabkan ketika itu aku tiada di sekolah..maka,tiadalah gambar..

sebenarnya memang dalam sebulan dua ini, sekolah tak pernah diam.ada saja aktiviti yang diadakan.bermula hari perlantukan pengawas, hari anugerah cemerlang, all this sambutan perayaan, perlawanan2 dan bakal berlangsung...sukan sekolah.itu pasti sibuk,apatah lagi SCBN2 dan SCBN1 berkongsi padang.

semalam,mesyuarat agung PIBG SCBN2 kali ke 36 diadakan di Dewan Putih.dapat pulak berita yang tak best,aku dilantik sebagai naib setiausaha..aduh...!!!pasti banyak kerja yang bakal menimbun.lagi pulak dengar-dengarnya YDP nak buat projek besar tahun ni..bersiap sedialah, cikgu...


hari ini pulak, aku kene pergi ke PD sampai hari rabu untuk kursus asas pemulihan khas.hurmmm...dah 4 minggu berturut-turut,aku pasti ke luar sekolah walau sehari.yang ini pulak 3 hari.seronok memangla seronok, tapi bila dah kembali ke sekolah,sudah pasti kerja banyak bakal menanti..sabar je lah...


3 ekor singa mengadap..cak!!!
testing tiang..tingginya!!aku yang tengok pulak rasa gayat

makan...macam-macam ada...

amboi,cikgu!!!sakan bersembang..hehe..

murid SCBN2 menggayakan pelbagai jenis cheongsam...

p/s : kerinduan melanda diri... ;-P


Tuesday, February 17, 2009

- kali pertama -

semalam...16 februari 2009
untuk kali pertama aku keluar untuk bertentang muka..
alhamdulillah Allah permudahkan pertemuan itu...tapi aku terpaksa juga balik cepat berbeza dengan hari-hari biasa ku...hanya kerana ini..aduhai adilah....sampai begitu sekali..

pertemuan bermula di kampung baru..membawa ke klcc untuk berjalan-jalan...
pusing-pusing sekejap,kami menuju ke tgv..slumdog millionaire menjadi pilihannya.ingatkan filem orang putih..rupanya pelakonnya adalah orang india (tetapi dalam bahasa inggeris,sedikit diselitkan bahasa hindi..)layan sajalah...cerita tentang pemuda kampung yang diragui kerana berjaya memenangi 10000 rupee..yang mana sebenarnya dia menjawab soalan-soalan "who wants to be a millionaire" tu hanya berdasarkan pengalamannya sejak kecil...ermm..quite interesting.tapi kan..ada part yang buat aku boleh termengantuk jugak..heheh..apa punya bahasa la...

eh..patah balik cerita pertemuan itu...
usai menonton wayang kami menuju ke ampang park.jalan...makan...
berita buruk...aku baru teringat aku tertinggal handphone di toilet...arrghhhhh....
hanya kerana sifat lalaiku,aku kerugian...aduhhh...macam mana boleh lalai..itulah..kalau satu benda tu nak jadi,kan..

masa makan,satu soalannya yang aku rasa agak pelik
"bila cuti sekolah akhir tahun?"
ku jawab bulan sebelas...bila ditanya bali kenapa soalan itu..
dijawabnya..."saja nak tahu.."
hurmmm....pelik tu..
habis makan aku menghantarnya di puduraya..dan aku kembali ke kampung baru..
sebelum bas berjalam,dia menelefon...
bertanyakan sesuatu yang penting...
aduhh...terlalu awal rasanya...aku perlukan kak gie!!!!
dan akhirnya...aku hanya berdoa biar Allah yang menentukannya...


p/s : tapi...aku juga bahagia... ;)

Saturday, February 14, 2009

- bila hati terdetik -

tak terdetik apa-apa pun...
cuma...bila kebosanan mula melanda diri, semuanya adi serba tak kena...nak buat entry pun banyak masalah...nak upload gambar tak boleh...nak edit layout pun tak boleh...adeh...apa masalah sebenarnya ni??

apa yang dirancang pun tak terjadi...
masalah...masalah...
harap-harap semuanya kembali seperti biasa esok....dan apa yang dirancang dapat terlaksana dengan baik...insyaAllah...

Monday, February 2, 2009

- cuti panjang vs gerhana -


salam semua..
baru balik dari bercuti panjang...emmm seminggu lebih je.yang pentingnya cuti pertama sejak mula bekerja ni.hehe.macam biasa.duduk rumah.tapi awal-awal cuti tu,ikut parents balik seri menanti.mulanya nak bermalam kat rumah acik,tapi sebab acik sendiri datang seri menanti,so tak jadi ke jempol.

sebelum balik selangor singgah pulak kat rumah paklong..itu je lah cerita cuti panjang..selain tu duduk rumah je la..haha too lame..

tapi kan...masa otw balik selangor...sempat jugak menikmati keindahan ciptaan Yang Maha Esa..gerhana matahari separuh..subhanallah...cantiknya tak terkata...walaupun masa tu berpinar jugak mata sebab direct je tengok gerhana tu...patutnya tak boleh sebab boleh merosakkan mata.

ingatkan tak sempat nak tangok sebab masa tu kat rumah paklong...tapi bila dah exit kat klang tu,dapat juga menikmatinya.Alhamdulillah...sempat.dalam pukul 5-6 macam tu.kecoh betul dalam kereta..hehe biasalah...sementara tu dekat Masjid Negara diadakan solat sunat gerhana matahari.


sedikit maklumat....

Hadis Al-Mughirah bin Syu’bah r.a katanya:
“Matahari telah gerhana pada masa Rasulullah s.a.w di hari kematian Ibrahim iaitu anak lelaki baginda. Lalu Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua tanda dari tanda-tanda kekuasaan Allah. Kedua-duanya tidak gerhana disebabkan kematian seseorang atau kerana dihidupkannya. Oleh itu apabila kamu melihatnya berdoalah kepada Allah dan dirikanlah sembahyang sehinggalah gerhana itu hilang”
(Riwayat Muslim)

Cara Solat Gerhana

Ada beberapa cara mengerjakan solat gerhana pengamalan zaman Nabi Muhammad s.a.w.:

1. Dikerjakan dengan 2 rakaat sebagaimana solat sunnat biasa

2. Dikerjakan 2 rakaat, yang pada setiap rakaat ruku’nya dilakukan dua kali, yaitu sesudah membaca Al Fatihah dan surah, lalu ruku. Bangun i’tidal, lalu membaca Al Fatihah dan surah lalu ruku yang kedua. Kemudian i’tidal lagi dengan tu’maninah barulah melakukan sujud yang pertama, duduk antara dua sujud, lalu sujud yang kedua, kemudian bangkit berdiri untuk rakaat yang kedua. Pada rakaat yang kedua ini, ruku dilakukan dua kali seperti pada rakaat yang pertama. Kemudian diakhiri dengan tahiyat.

Solat gerhana dapat dikerjakan secara berjamaah. Sebaiknya setelah solat dilakukan khutbah seperti pada solat hari raya. Isinya diarahkan kepada hal-hal yang bermanfaat, seperti anjuran taubat, sedekah, persatuan, amar ma’ruf nahi munkar; dan jangan lupakan keterangan tentang gerhana itu sendiri.

“Abdullah bin Amr bin Ash r.a. berkata; “Ketika terjadi gerhana di masa Nabi Muhammad s.a.w maka diserukan: “Ash-shalaatu jaami’ah (tegakkanlah solat berjamaah)”. Kemudian (di dalam solat) Nabi Muhammad s.a.w. ruku dua kali dalam satu rakaat. Pada rakaat kedua Nabi Muhammad s.a.w ruku dua kali pula. Kemudian duduk dan selesai. Matahari sudah terang kembali. Siti Aisyah berkata: “Belum pernah saya sujud lama, seperti lamanya sujud solat gerhana itu”. (Hr Bukhari dan Muslim).

3. Dikerjakan dengan dua rakaat, tetapi pada tipa-tiap rakaat dilakukan 3 kali ruku dan 2 kali sujud.

4. Dikerjakan 2 rakaat, tetapi tiap-tiap rakaatnya dilakukan 4 kali ruku dan 2 kali sujud.

------------------------

ni pulak...
gambar-gambar masa latihan hoki budak-budak sebelum cuti panjang minggu lepas...

cikgu ana memberikan amanat terakhir untuk hari itu..

budak-budak khusyuk mendengar...(tak termasuk yang sibuk buat peace tu..haish!!)