Sunday, June 29, 2014

~Ramadhan - Tips Latih Anak Berpuasa~

Excited nak menempuh Ramadhan kali ini.
Cabarannya mesti lagi besar, sbb Alia dah setahun 10 bulan. Bangun sahur mesti dia ikut bangun sekali. Fuhhh...

Tapi nak ajak dia berpuasa memang mengarutla kalau time2 umur dia belum 2 tahun ni. InsyaAllah nanti Alia dah 4 atau 5 tahun, dah faham makna puasa, memang nak ajar awal2. 

Ni ku kongsikan tips nak melatih anak2 kecil berpuasa.



Sumber dari http://baihaqi.net/

1. Memberi pemahaman tentang kepentingan Ramadhan. Seeloknya dilakukan sebelum tiba bulan Ramadhan lagi. Gunakan kata-kata yang jelas intonasinya, lambat, dan menggunakan bahasa yang sederhana sesuai dengan umur anak. Jelaskan apa itu puasa, bila waktunya untuk berpuasa, apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan ketika berpuasa. Akan tumbuh niat yang kuat dalam diri si kecil saat tibanya Ramadhan.
2. Sambutlah bulan Ramadan dengan wajah yang berseri-seri dan penuh ceria. Si kecil pasti akan bersemangat untuk berpuasa dan akan dipraktikkan dengan mudah hingga mereka meningkat dewasa.

3. Menetapkan waktu tidur si kecil bagi memudahkan mereka bangun sahur.

4. Tidak meletakkan makanan mahupun minuman secara terbuka di hadapan mereka. Letak jauh daripada perhatian si kecil.

5. Seeloknya jauhkan si kecil daripada bergaul dengan kawan-kawannya yang malas berpuasa sebaliknya galakkan si kecil bergaul dengan kawan-kawannya yang rajin berpuasa.

6. Menjanjikan hadiah sebagai rangsangan. Di samping penghargaan dan pujian sebagai anak yang sabar, hadiah berupa peralatan pembelajaran boleh juga diberikan.

7. Beritahu tentang pahala dan syurga Allah s.w.t. kepada si kecil. Mereka pasti akan merasa senang sekaligus dapat berbakti kepada kedua ibu bapanya.

8. Memberi alternatif pengisian waktu yang tepat dan positif. Contohnya, waktu tidur atau memberi permainan yang mendidik agar si kecil lupa dengan rasa haus dan lapar. Anda juga boleh mengajaknya mengaji Al Quran bersamasama dan membacakan kisah-kisah teladan para Nabi dan Rasul.

9. Mengajak si kecil menyemarakkan syiar Islam seperti solat terawih berjemaah di masjid, mengaji dan mengkaji Al Quran dan sebagainya.

10. Manfaatkan semaksima mungkin pembiasan puasa di bulan Ramadhan bagi anak-anak sejak awal usia mereka. Perhatian yang berterusan dengan pengendalian yang bijak dapat mencambahkan kesedaran serta minat si kecil untuk berpuasa. Mendidik anakanak adalah satu tanggungjawab. Kesedaran anak-anak merupakan tabungan ibadah bagi anda sebagai ibu bapa yang telah mendidik mereka dengan cara yang sewajarnya.



Nak suplemen untuk kekal bertenaga sepanjang berpuasa pun ada.


#Untuk konsultasi dan maklumat lanjut, boleh hubungi saya :
Adilah MTauket
Pengedar Shaklee Sepang dan Malaysia - Selangor (Sepang dan sekitarnya, Nilai, Enstek)
Email : adilah_mt at yahoo dot com
Sms/Whatsapp : 019-3513200
Page :Jom Sihat Anggun
FB : Adilah MTauket

Thursday, June 26, 2014

~Persediaan Berpuasa dengan Shaklee~

Ramadhan dah dekat. Lagi berapa hari je. Seronoknya nak menempuh Ramadhan lagi.

Baca status kat laman2 sosial, ramai jugak yang risau.. 
* takut tak ada tenaga nak berpuasa musim panas2 ni
* risau susu berkurang time berpuasa
* risau gastrik yang jadi teman setia setiap kali berpuasa

Haa... sempena nak berpuasa ni, nak heboh2 sikit pasal suplemen untuk hilangkan semua kerisauan kat atas tu. Iaitu Mighty Triple Gems. 
Set ni ada ESP (Energy Soy Protein), PD (Performance Drink) dan Meal Shakes

Mai nak cerita satu2 pasal 3 ni.


Energizing SoyProtein -  sumber protein tinggi yang akan membuatkan anda rasa kenyang yang lebih tahan lama dan kekal bertenaga sepanjang hari.

Meal Shakes - sumber multivitamin yang terbaik. Bila kita berpuasa, badan kita sebenarnya melalui proses detoksifikasi. Sementara detoksifikasi itu berlaku, Meal Shakes dapat memastikan badan kita mendapat bekalan nutrien baru yang mencukupi. 


Performance Drinks - minuman seperti isotonik tetapi tanpa gas. Ianya bagus dalam mengelakkan dehidrasi kulit sebab ia mengurangkan kehilangan bendalir dan menyokong tahap hidrasi lebih baik berbanding air. Ia akan seimbangkan proses kehilangan air dalam badan, dan justeru badan kekal rasa segar.  Dengan itu, anda tidak akan rasa mudah dahaga. Digalakkan juga diambil masa berbuka supaya cepat menyegarkan badan dari keletihan.


SET INI SESUAI UTK 

  • Ibu menyusu yg risau susu merudum
  • Ibu hamil yg risau kurang nutrisi utk dia dan bayi
  • Kanak2 yg baru belajar berpuasa
  • Penghidap gastrik
  • Orang tua

Ni testimonial set ni.


Kalau nak order terus pun senang je. Boleh klik button ni.




#Untuk konsultasi dan maklumat lanjut, boleh hubungi saya :
Adilah MTauket
Pengedar Shaklee Sepang dan Malaysia - Selangor (Sepang dan sekitarnya, Nilai, Enstek)
Email : adilah_mt at yahoo dot com
Sms/Whatsapp : 019-3513200
Page :Jom Sihat Anggun
FB : Adilah MTauket

Sunday, June 22, 2014

~Tips-Rawat Demam Cara Mudah~

Sekarang ni musim demam kan. Lagi dah hampir musim panas el nino ni..
Alia pun demam minggu lepas. Lemah sungguh dia. Sebab dia taknak makan. Ibu yang sedih.

So, hari ni nak share pasal tips rawat demam cara mudah. Sebelum jadi lebih teruk kan. 
ok ni steps dia.

1) MULAKAN DARI KAKI
Teknik mulakan dari kaki ini adalah dengan jirus air  bermula dari kaki baru ke kepala...Teknik ini bukan sahaja untuk bayi, kanak-kanak, malah orang dewasa pun boleh mengamalkannya setiap hari.

2) TEKNIK WET SOCKS
Mungkin kedengaran pelik, namun untuk pengetahuan kawan-kawan , teknik ini mampu merawat demam yang kawan-kawan hidapi mahupun si kecil..Caranya, ambil sepasang stokin dari material kapas, basahkan dan pakaikan kepada mereka..Pastikan ia cukup panjang bagi menutup bahagian buku lali.  Ulangi sehingga suhu badan turun.

3) TIDAK PERLU ELAK AIR BATU 
Kebiasaannya ibu bapa akan melarang anak-anak mereka mengambil ais semasa diserang demam.  Namun hakikatnya, tiada sebarang kajian menunjukkan bahawa air batu dilarang semasa demam sebaliknya digalakkan terutama untuk mereka yang mengalami masalah tonsil.
Ada pernah sekali masa saya jumpa doktor, dia kata elakkan minum air panas waktu demam tu untuk elakkan tonsil membengkak.

4) MENGELUH MELAMBATKAN PENYEMBUHAN
Berdasarkan satu kajian di Australia, dikatakan semasa dalam tekanan sel-sel darah putih akan mengeluarkan satu neurotransmiter iaitu neuropeptidey, satu bahan kimia yang merencat sistem pertahanan tubuh.  Oleh itu penyakit akan lambat sembuh jika anda mengeluh dan merasa tertekan.Anda dinasihatkan untuk mengamalkan pemikiran psikologi berbalik (reverse psychology) bagi merawat demam.  Sebagai contoh katakan demam yang dialami hanya beberapa hari dan selebihnya anda sihat.Anda juga dicadangkan bertenang, menarik nafas dan melepaskannya perlahan-lahan bagi membantu meningkatkan kapasiti oksigen yang masuk ke dalam paru-paru untuk dihantar ke kawasan tubuh dan sendi yang terasa sakit.  Pendek kata, anda perlu bersikap positif.

5) PROBIOTIK PULIHKAN DEMAM
Secara umumnya probiotik adalah bakteria baik yang melekat pada dinding usus manusia untuk menjadikan manusia kekal sihat dan kuat.  Ia menggalakkan kesihatan yang baik, menghasilkan keseimbangan dan membantu sistem penghadaman berfungsi dengan baik.  Menurut Profesor Patricia Conway dari Pusat Inovasi Biomarin Sains Bioteknologi dan Biomolekul , Universiti New South Wales, Sydney probiotik mampu memulihkan demam dan mempertingkatkan pertahanan badan.

6) HINDARI KAFEIN KETIKA DEMAM
Hindari penggunaan kafein ketika demam kerana ia membuatkan tubuh menajadi kering.

7) JANGAN SELIMUT
Dikala demam ramai yang suka selimutkan tubuh dengan selimut dan pakai pakaian yang tebal.  Sebenarnya tanggapan ini ternyata silap besar kerana udara panas dari tubuh tidak boleh keluar dan mengakibatkan suhu naik dengan mudah dan mendorong kekejangan. 
Berselimut ni selalu saya elakkan kalau Alia ada tanda2 naik suhu badan. Lebih elok, selalu jelum kepala dan badannya untuk turunkan suhu.

8) AMBIL SUHU BADAN
Ukur suhu ketiak dengan termometer empat kali sehari setiap empat hingga lima jam. Senangnya, beli termometer digital kat farmasi. Saya guna guardian punya.

9) TIDUR DAN REHAT
Tidur dan rehat merupakan kunci utama agar demam yang dialami segera sembuh.  Ia memberikan kesempatan kepada tubuh untuk menghasilkan antibodi dan melawan virus dengan efektif.  Kurangkan aktiviti dan kalau boleh ambil cuti rehat.  Walaupun olahraga dikatakan baik untuk melawan demam, namun di saat anda mengalami demam panas, ia bukanlah pilihan yang baik.

10) BANYAK MAKAN BUAH
Buah-buahan juga salah satu cara untuk melawan demam. Pilihlah buah yang mengandungi air seperti oren, epal, belimbing. Ia kaya dengan vitamin yang meningkatkan daya tahan tubuh sehingga membantu mempercepatkan proses penyembuhan.  Jika anda sukar menelan dan tekak terasa pahit, jadikan jus buah sebagai alternatif.

11) MADU MEMBERI TENAGA SEGERA
Madu mengandungi kalori yang tinggi dengan penghasilan gula dalam bentuk monosakarida yang terus diserap ke dalam darah tanpa perlu pencernaan di dalam tubuh manusia.  Satu sudu besar madu menghasilkan 64 kcal tenaga, berbanding satu sudu besar gula pasir menghasilkan 46 kcal tenaga.  Madu memberikan kesan antimikrob iaitu menghalang kuman-kuman yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar.  Madu asli juga memiliki daya antiseptik serta kandungan vitamin C yang tinggi.

12) MAKAN UBAT PENURUNAN PANAS
Pemberian ubat penurun panas tujuannya bukan menurunkan panas atau menyembuhkan penyakit melainkan memberi rasa selesa dan mengurangi rasa sakit.  Para peneliti di Hospital Great Ormond Street menyatakan ubat demam hanya melambatkan waktu pemulihan.

13) MAKAN MAKANAN BERNUTRISI
Makan makanan bernutrisi pada saat demam akan membantu meningkatkan daya tahan tubuh dan demam akan cepat turun.  Pilihlah makanan yang mudah dicerna seperti bubur. 

Okay, itu antaranya tips2nya.Harap info ini dapat membantu kawan-kawan ye.

PERLU MANDI ATAU TIDAK?
Ada pendapat yang mengatakan elakkan mandi saat tubuh diserang demam..Ketahuilah, ia hanya mitos sahaja.Bahkan mandi dengan air suam mampu membuatkan pori-pori dan pembuluh darah membesar sehingga mampu mempercepatkan proses panas tersebut keluar dari tubuh.  Mandi juga mampu menimbulkan rasa nyaman dan membunuh segala kuman di permukaan kulit.

SUP AYAM SEMBUHKAN DEMAM?
Sup panas dikatakan penawar mujarab untuk individu  yang diserang demam.  Sebenarnya panas sup tersebut yang memberi kelegaan kerana ia mampu mencairkan hingus dan sekaligus memastikan peredaran udara dalam hidung berjalan sempurna. Malah bahan-bahan yang digunakan seperti halia yang membantu dalam proses penyembuhan.  Bawang putih dan bawang merah dikatakan bersifat anti viral.  Halia pula telah digunakan beribu-ribu tahun sebagai rawatan semulajadi untuk demam dan selesema di seluruh Asia...Kajian penyelidik Universiti Maryland, Amerika Syarikat mendapati, untuk merawat selesema dan demam di kalangan orang dewasa, rendam dua sudu besar halia segar yang dicincang di dalam air panas dan diminum dua hingga tiga kali sehari.Halia mengandungi beberapa bahan-bahan anti radang yang paling mujarab dan merupakan ubat penahan sakit semulajadi yang kuat. Selain itu, zat protein daripada ayam merupakan zat penting untuk tubuh kita melawan virus.  Penyediaan sup biasanya tanpa minyak juga dilihat sebagai kaedah masak yang sihat.


Lagi satu yang saya amalkan sejak jadi pengguna tegar Shaklee ni, saya ambil Nutriferon Shaklee.
Untuk imun badan kita. Anak pun boleh ambil, setengah peket je sehari.



#Untuk konsultasi dan maklumat lanjut, boleh hubungi saya : 
Adilah MTauket
Pengedar Shaklee Sepang dan Malaysia - Selangor (Sepang dan sekitarnya, Nilai, Enstek)
Email : adilahmtauket@yahoo.com
Sms/Whatsapp : 019-3513200
Page :Jom Sihat Anggun
FB Adilah MTauket