Wednesday, September 30, 2009

- terapi pernafasan untuk sihat -

sebelum cuti raya hari tu, aku ada dapat satu artikel ni daripada kak bushra.pasal tajuk kat atas tu la...dan,oleh kerana sekarang ni aku asikla sakit kepala..yang mana serangannya datang tak menentu(banyak beno penyakitnya...) aku nak kongsikanla artikel tu kat sini.mana tau korang2 yang baca leh dapat manfaaat jugak kan...tapi, tak sepenuhnya sebab aku tak ingat letak kat mana artikel tu.ni yang mana aku ingat sebab ada kaitan sikit dengan aku kan...

i just sharing knowledge...

hidung kita berlubang sebelah kanan dan sebelah kiri.yang kanan tu mewakili matahari (mengeluarkan panas) dan yang kiri mewakili bulan (mengeluarkan dingin)..

kalau kita sakit kepala, try tutup lubang yang kanan dan bernafas ikut hidung sebelah kiri..buat lebih kurang 5 minit..kalau lelah,tukar pulak.tutup lubang sebelah kiri,dan bernafas ikut sebelah kanan..tak lama,kita akan rasa segar balik..

masa bangun, cuba rasa lubang sebelah mana bernafas lebih cepat,kiri atau kanan?
kalau kiri lebih cepat, maksudnya ada lelah..so, tutup lubang kiri, bernafas ikut lubang kanan.kita akan kembali segar dengan cepat.

Orang yang tulis artikel, tulis based on pengalaman dia. dia kata, dia selalu sakit kepala masa study dulu, so dia buat ikut cara ni. tak sampai seminggu, sakit kepala dia sembuh.dia buat lagi sampai sebulan, sakit kepala dia terus hilang.

aku tak pernah try lagi.nak cuba malam ni la..hehe..(sebab dari siang tadi sakit sampai rasa nak hantuk kepala ke dinding.boleh??)


INFO:
1. perempuan bernafas lebih dengan hidung sebelah kiri, sehingga hatinya tenang.
2. lelaki bernafas lebih denngan hidung sebelah kanan, selalu mudah marah..(ye ke??)

Tuesday, September 29, 2009

- mahu atau tidak -

merujuk kepada interview yang aku hadiri bulan julai lepas...dah dapat dah keputusannya.through online,aku lulus untuk perlantikan tetap DG41.alhamdulillah syukurr...cuma belum dapat surat lagi..

dan oleh kerana keputusan itu, mak dah mencadangkan aku untuk sambung belajar ke peringkat seterusnya..sebenarnya awal tahun lagi mak abah dah suruh dah.cuma aku yang dalih-dalih..masa kat rumah hari tu pun mak dah cakap balik.disokong pulak dek paksu...paksu lagi la,suruh aku futher kat oversea...especially australia.sebab katenye suasana kat oz lebih tenang..

ngeee.....ape aku nak buat ni..??ramai dah yang mencadangkan itu,tapi......


to be continued...


Monday, September 28, 2009

- 95 ke 97?? -

macam yang semua rasakan, harga minyak dah naik.lagi2 yang ron 97.aku sebenarnya bukannya tau ape mende ron segala ni.yang aku tau, pegi stesen minyak, bayar, isi.hehe...tipikal tak?biase la, kan...

sebenarnya....

RON merupakan ringkasan dari RESEARCH OCTANE NUMBER. Octane number ini ialah ketahanan minyak tersebut sebelum ia meletup atau dengan kata lain dinyalakan.

RON97 bermakna minyak ini lebih tinggi ketahanannya berbanding dengan RON95 atau RON92.

RON yang tinggi dicipta untuk mengelakan berlakunya nyalaan pramatang dan pada asalnya diciptakan untuk kereta yang berkuasa tinggi seperti kereta-kereta lumba dan sport.

Jadi, tidak bermakna menggunakan RON95 tidak bagus untuk kereta anda. Anda boleh periksa balik minimum RON yang diperlukan untuk kereta anda.

tu je la yang aku leh pastekan...banyak lagi info dengan pakcik google...
aku takdela nak cari respon orang pasal penggunaan minyak2 ni..either yg ron 97 or ron 95...aku sendiri dah penah guna dua-dua tu..yang aku tau, ron 95 ni telah diwar2kan dalam iklan, sebagai lebih kilometer dengan harga murah sikit la dari ron 97...

memula tak perasan beza penggunaannya..bila dah balik raya hari tu, abah tanya aku isi minyak apa.sebab abah guna yang ron 95, pick up kereta lambat sikit.tapi nak guna yang ron 97 tu mahalnya la pulak...

bile dah bawak balik kl, barula aku perasan yang betul kate abah..macam lambat sikit nak pick up la kereta tu...yang dikatakan 'lebih kilometer' maybe untuk penggunaan jarak jauh.macam aku yang untuk sekejap2 meredah jam kl ni, 'lem' sikit la kot...nak main clutch lagi...duh!

nak wat cane?tepuk dada, tanya selera...(eh, tepuk kereta tnya kereta..hahah..)

p/s : back to school...kije..kije...