Monday, September 28, 2009

- 95 ke 97?? -

macam yang semua rasakan, harga minyak dah naik.lagi2 yang ron 97.aku sebenarnya bukannya tau ape mende ron segala ni.yang aku tau, pegi stesen minyak, bayar, isi.hehe...tipikal tak?biase la, kan...

sebenarnya....

RON merupakan ringkasan dari RESEARCH OCTANE NUMBER. Octane number ini ialah ketahanan minyak tersebut sebelum ia meletup atau dengan kata lain dinyalakan.

RON97 bermakna minyak ini lebih tinggi ketahanannya berbanding dengan RON95 atau RON92.

RON yang tinggi dicipta untuk mengelakan berlakunya nyalaan pramatang dan pada asalnya diciptakan untuk kereta yang berkuasa tinggi seperti kereta-kereta lumba dan sport.

Jadi, tidak bermakna menggunakan RON95 tidak bagus untuk kereta anda. Anda boleh periksa balik minimum RON yang diperlukan untuk kereta anda.

tu je la yang aku leh pastekan...banyak lagi info dengan pakcik google...
aku takdela nak cari respon orang pasal penggunaan minyak2 ni..either yg ron 97 or ron 95...aku sendiri dah penah guna dua-dua tu..yang aku tau, ron 95 ni telah diwar2kan dalam iklan, sebagai lebih kilometer dengan harga murah sikit la dari ron 97...

memula tak perasan beza penggunaannya..bila dah balik raya hari tu, abah tanya aku isi minyak apa.sebab abah guna yang ron 95, pick up kereta lambat sikit.tapi nak guna yang ron 97 tu mahalnya la pulak...

bile dah bawak balik kl, barula aku perasan yang betul kate abah..macam lambat sikit nak pick up la kereta tu...yang dikatakan 'lebih kilometer' maybe untuk penggunaan jarak jauh.macam aku yang untuk sekejap2 meredah jam kl ni, 'lem' sikit la kot...nak main clutch lagi...duh!

nak wat cane?tepuk dada, tanya selera...(eh, tepuk kereta tnya kereta..hahah..)

p/s : back to school...kije..kije...


No comments: