so, kita nak share la salah faham, beza vitamin ni dengan ubat.
c&p dari http://alinalan.blogspot.com/2012/04/beza-salah-faham-antara-vitamin-dan.html
Ubat
- Ubat adalah bahan yang ganjil dengan tubuh, ia bukan sebahagian daripada tisu-tisu badan kita dan tidak juga menyumbang kepada pembinaan sel badan.
- Merupakan ejen-ejen bahan kimia yang kuat yang boleh mengubah fungsi badan dengan mengganggu tindakan biokimia dan proses-proses enzim
- Boleh menyebabkan kesan sampingan, kebanyakannya boleh kekal dalam badan. Aspirin contohnya boleh menyebabkan gangguan dalam perut, loya, gangguan penglihatan, telinga berdengung, bintik merah, gangguan penghadaman dan sebagainya.
- Bertindak baik secara berasingan. Kesan ubat boleh terganggu dengan penggunaan ubat yang lain dan boleh juga mengakibatkan kesan sampingan yang mudarat.
- Baik dimakan biasanya di antara dua waktu makan bagi mengelakkan kesan saling mempengaruhi di antara satu sama lain.
- Berkemungkinan mengakibatkan maut jika diguna secara berlebihan.
- Menghasilkan kesan kepada setiap orang.
- Bertindak cepat, secara agresif dan kita akan nampak kesan tindakan ubat dalam masa beberapa minit atau jam.
- Merawat kesan atau tanda-tanda sakit tetapi bukan merawat punca sakit. Ia hanya menutupi kesakitan, bukan memulihkannya
- Perlu pengawasan rapi bagi mengelakkan `overdose’.
- Orang lebih tua perlukan ubat dalam sukatan lebih rendah kerana mereka mudah mendapat kesan sampingan yang lebih serius berbanding orang muda.
- Ubat boleh menyebabkan penyakit
Vitamin (Food supplement)
- Bahan berkhasiat, semulajadi dan penting kepada tubh badan. Jika kita kurang mengambilnya, kita akan alami beberapa kelemahan dan kegagalan fungsi organ.
- Bahan berkhasiat ini membantu tindakan biokimia dan proses enzim dalam tubuh kita.
- Tidak menimbulkan kesan sampingan. Jika terlebih dos hanya menyebabkan gangguan sementara sahaja. Oleh kerana badan membina sistem enzim untuk menghadapi bahan berkhasiat, ia juga bersedia menghadapi keadaan terlebih dos.
- Ia bertindak lebih baik secara bersatu di antara satu sama lain ibarat rantaian. Malah kesemuanya harus bergabung untuk menghasilkan kesan yang lebih baik.
- Boleh diambil bersama makanan. Ia lebih berkesan menyerap bersama makanan dan meningkatkan kesan penghadaman makanan.
- Selamat diambil, tiada risiko maut.
- Tidak menghasilkan kesan kepada tubuh, kecuali jika tubuh kita mengalami kekurangan vitamin tersebut.
- Bertindak secara perlahan, mengambil masa yang lama untuk memberi kesan baik kepada tubuh.
- Merawat terhadap punca penyakit.
- Tidak perlu pengawasan rapi. Badan boleh menerima bekalan vitamin secara terhad, jika bekalan mencukupi maka ia tidak akan menerimanya lagi.
- Orang tua perlukan lebih banyak sukatan vitamin kerana faktor kekurangan yang berlarutan serta sistem penghadaman yang semakin lemah.
- Vitamin mengawal badan dari terkena penyakit dengan menguatkan sel-sel dari serangan kuman bakteria dan virus serta melambatkan proses kemerosotan fungsi organ badan.
Jadi, buatlah pilihan tepat ek...
No comments:
Post a Comment