Sunday, July 17, 2011

- semua ok -

alhamdulillah. sudah kembali ke sedia kala.
sehari selepas the worst day, aku dah boleh senyum. dah minta maaf. dah terangkan sebab. lega. semua dah release. itu pun thru sms. hehe.. adoii... tak boleh terluah la kat mulut ni. confirm nanges punya. so, aku amik pendekatan sms masa dah sampai kat sekolah. haha... macam apa je, pendekatan.

baru gelabah bila enAlang dah marah macam tu. tobat dah aku. tapi tak sangka, lama jugak masa enAlang nak reda kalau dia marah. 1 1/2 hari kira lama tau... terseksa batinku.. hhehe.. dah yang paling tak sangka, balik je sembahyang jumaat, dia yang ajak pegi klinik. apa lagi?tak nak jadi sebab lagi, aku terus siap2 hidang lunch. habis lunch terus siap ke klinik.

masuk klinik berdebar je... know me, aku memang tak suka nak jumpa doktor, sebab aku akan menangis. padahal bukan kena injek ke surgeri ke apa. entah apa perangai tah. tapi petang tu, lepas tunggu lebih sejam, ajak enAlang sekali, aku tak nangis dah. tapi berdebar jugak. resultnya, doktor suruh aku datang pagi rabu untuk amik darah untuk test hormon. dah nanti akan ada appointment untuk isi borang. tapi takpasti hari apa. enAlang pulak kena refer ke Hospital Banting, sebab kat KK Salak takde service untuk lelaki bagi masalah macam kami ni.

hmmm berdebar pulak nak tnggu hari rabu depan.

doakan kami ek...

2 comments:

wida said...

assalamualaikum dila..
time sy dulu pon, ada amik darah utk test hormon samada kita subur ke tak.
tp bila time lelaki..eh dia mengelat lah pulak!

cik dila said...

waalaikumussalam achik...;)
hehe..lepas mengadap sy beremosi dgn sgt parah mggu lepas, enAlang dah janji utk usaha sama2...so takde nak mengelat lah...harap2 dia tak ubah fikiran... ;)