Friday, April 15, 2011

- ratuhati.com -

sudah lama diabaikan ini blog la. kasihan. kasihan pada diri sendiri pun ada juga. macam hangat-hangat tahi ayam pula jadinya. tapi bersyukur juga sebab lahirnya blog ini sekadar mahu mengisi masa lapang, bukan atas tujuan masa-masa tertentu. kalau dengan tujuan itu, haruslah diupdate setiap hari,kan.. so, pada yang rasa aku tak update, mintak maaf bebanyak ya..hehe...

menjelang ulangtahun pertama 2 bulan lagi. fikiran sudah mula menerawang mahukan penyeri rumahtangga. sejak berkahwin lagi sebenarnya. cuma bila sudah menjangkau usia setahun barulah perasaan itu membuak-buak. namun apakan daya, rezeki belum lagi berpihak pada kami. pernah tanda2 itu menghampiri, tetapi akhirnya negatif jua. mungkin kerana bulan itu, keinginan itu melampau2 sampaikan mengganggu hidup hormon. kesian hormon, kerana menghantar isyarat yang salah ke otak untuk diterjemah ke badan. palinh kesian pada tuan empunya badan la. huhu... makanya sekarang, aku perlu mengawal perasaan agar tidak mengganggu hormon lagi. tetapi usaha itu pastinya tidak diabaikan. sekarang ni sampai tak tahu mana satu dah hari subur. sudah pening di situ. kerana tanda2 hari subur itu tidak sama pada setiap bulan. pelik,kan.. jadi masa yang ada dimanfaatkan sepenuhnya. sepenuhnya.

sementara usaha itu, ilmu juga perlu dicari. sekarang sedang seronok berjalan2 sambil bersembang di ruangan Ratuhati.com. banyak info dan pengalaman orang yang boleh dikongsi. lebih2 lagi pada yang seharapan dengan aku. apa yang boleh apa yang tidak boleh. apa yang perlu dibuat. buat sekadar perkara itu, sembang2 kosong pun boleh mengikut thread yang disediakan. mari. mari. mari. haha...promot terlebih ni.

jadi, kamu yang mengenali saya, jangan ditanya soalan biasa2 itu. cuba tanya soalan yang luar biasa. cer tanya.cer tanya... konfirm dijawab. soalan biasa tidak akan dilayan. sila ke kaunter pertanyaan yang lain. sekian.

p/s: mengharap berita gembira itu hadir sebagai hadiah ulang tahun utk enAlang...hmmmm...

1 comment:

chinta... said...

salam kenal cik dilla:singgah cni..dan terus follow belog awak ye...