Thursday, November 18, 2010

- pindah : waktu itu sudah tentu akan tiba -

cuti sekolah bermula sudah. berterusan bermula dari Hari Raya Aidiladha. namun, tugas cikgu tidak pernah bercuti. sudah diperingatkan dari awal lagi, kami perlu kembali ke sekolah selepas cuti Aidiladha ini bagi menyelesaikan kerja2 yang belum selesai.

tapi, sebelum berakhir sekolah, kami dapat berita yang aku sendiri tak pasti yang ianya melegakan aku atau tidak. mai aku cerita dulu rentetan peristiwa di sekolah seminggu sebelum berakhir persekolah sesi 2010.

majlis persaraan guru besar.
bermula dengan hi-tea antara guru dan ajk pibg di kelab polis titiwangsa. kemudian sambutannya di sekolah bersama anak2. puan hajah noraini diarak menaiki mercedes yang dipandu agak laju oleh puan saloma..tak dan anak2 nak melambai. tapi kembali semula ke sekolah yang mengundang persoalan di benak fikiran anak2.hahaha...

hari anugerah cemerlang.
yang mana hari aku menjadi superwoman tanpa supermannya...huhu
dari pagi berkejar untuk tayang video aktiviti sekolah. problem pulak nak tayang dengan laptop aku. mentang2 la dah uzur. banyak songeh pulak projektor tu. kemudian, berlari kejap sebab p.a tak ready dengan lagu sekolah. terpaksa menyanyi manual. kemudian berlari pulak ke bahagian hadiah yang kekurangan orang. dan sambil2 mencuri masa untuk mengambil gambar. nasib baik tugas yang itu dapat di sub kepada en.Jasmi yang banyak sangat menolong aku sepanjang aku di cbn 2.

hi-tea guru, pengawas dan tahun 6.
di restoran berputar seri angkasa, kl tower. sekali lagi. dan mungkin buat kali terakhir untuk aku. sebab?
aku dapat berpindah ke selangor. sedih. bukans ebab apa. sebab....aku mungkin tak dapat lagi bekerja dalam suasana seperti di cbn 2. bayangkan..... gpk2 dah macam kakak je. korang boleh bergurau dengan gpk macam korang bergurau dengan cikgu2 biasa jugak. aku rasa tak banyak sekolah macam tu. tapi aku lega sebab, kesusahan aku untuk ke sekolah mungkin dapat dikurangkan. lebih dekat.(insyaAllah..)

hari terakhir di sekolah.
berjaya untuk tidak menangis di depananak2 semasa berucap.tahan....
tapi tidak tahan bila sesi bersalaman antara guru. oh! mana mungkin untuk tidak menangis. walaupun hanya dua tahun di cbn 2.

doakan aku mendapat rakan sekerja seperti di cbn 2 ya. seram sejuk mahu melapor diri di sekolah baru yang masih tidak diketahui di mana.

p/s : selamat hari raya aidiladha.

2 comments:

farahfatihah said...

huhu selamat menempuh sek baru, murid baru, karenah baru heheh u sure will cope it easily dear..dunt worry

cik dila said...

tq farah...;)