melihat gelagat kanak-kanak, itu membahagiakan.
melihat kejayaan anak2 murid, itu membahagiakan.
bekerja tanpa tekanan, itu membahagiakan.
mengingat kenangan2 lama terutamanya zaman belajar, itu membahagiakan.
tapi....
lebih membahagiakan bila.....
melihat encik suami tidur nyenyak sampai rasa nak kacau je.
melihat encik suami makan dengan penuh selera.
memegang tangan encik suami.
paling membahagiakan bila menghantar encik suami pergi kerja.
sungguh!
p/s : oke, ini simptom kesedihan bila keseorangan di rumah sementara encik suami on duty..huhu
Friday, November 19, 2010
Thursday, November 18, 2010
- pindah : waktu itu sudah tentu akan tiba -
cuti sekolah bermula sudah. berterusan bermula dari Hari Raya Aidiladha. namun, tugas cikgu tidak pernah bercuti. sudah diperingatkan dari awal lagi, kami perlu kembali ke sekolah selepas cuti Aidiladha ini bagi menyelesaikan kerja2 yang belum selesai.
tapi, sebelum berakhir sekolah, kami dapat berita yang aku sendiri tak pasti yang ianya melegakan aku atau tidak. mai aku cerita dulu rentetan peristiwa di sekolah seminggu sebelum berakhir persekolah sesi 2010.
majlis persaraan guru besar.
bermula dengan hi-tea antara guru dan ajk pibg di kelab polis titiwangsa. kemudian sambutannya di sekolah bersama anak2. puan hajah noraini diarak menaiki mercedes yang dipandu agak laju oleh puan saloma..tak dan anak2 nak melambai. tapi kembali semula ke sekolah yang mengundang persoalan di benak fikiran anak2.hahaha...
hari anugerah cemerlang.
yang mana hari aku menjadi superwoman tanpa supermannya...huhu
dari pagi berkejar untuk tayang video aktiviti sekolah. problem pulak nak tayang dengan laptop aku. mentang2 la dah uzur. banyak songeh pulak projektor tu. kemudian, berlari kejap sebab p.a tak ready dengan lagu sekolah. terpaksa menyanyi manual. kemudian berlari pulak ke bahagian hadiah yang kekurangan orang. dan sambil2 mencuri masa untuk mengambil gambar. nasib baik tugas yang itu dapat di sub kepada en.Jasmi yang banyak sangat menolong aku sepanjang aku di cbn 2.
hi-tea guru, pengawas dan tahun 6.
di restoran berputar seri angkasa, kl tower. sekali lagi. dan mungkin buat kali terakhir untuk aku. sebab?
aku dapat berpindah ke selangor. sedih. bukans ebab apa. sebab....aku mungkin tak dapat lagi bekerja dalam suasana seperti di cbn 2. bayangkan..... gpk2 dah macam kakak je. korang boleh bergurau dengan gpk macam korang bergurau dengan cikgu2 biasa jugak. aku rasa tak banyak sekolah macam tu. tapi aku lega sebab, kesusahan aku untuk ke sekolah mungkin dapat dikurangkan. lebih dekat.(insyaAllah..)
hari terakhir di sekolah.
berjaya untuk tidak menangis di depananak2 semasa berucap.tahan....
tapi tidak tahan bila sesi bersalaman antara guru. oh! mana mungkin untuk tidak menangis. walaupun hanya dua tahun di cbn 2.
doakan aku mendapat rakan sekerja seperti di cbn 2 ya. seram sejuk mahu melapor diri di sekolah baru yang masih tidak diketahui di mana.
p/s : selamat hari raya aidiladha.

Thursday, November 11, 2010
- upsr 2010 -
assalamualaikum semua...
uish...lama betul tak update blog..berhabuk sungguh.segala sawang melekat.huhu...
hari ni nak update pasal keputusan UPSR.
ya!!mana2 cikgu sekolah rendah confirm berdebar2 pagi tadi nak terima result. kalah la budak2 nya..
samalah di CBN 2.
tapi...alhamdulillah syukur sebab peratusan meningkat.
congratulation, girls!!
bravo CBN 2....

BM PEMAHAMAN 100%, BM PENULISAN 97%, BI 99.2%, MATH 99.2%, SN 100%...
paling best bila bilangan yang 5A tu meningkat berbanding tahun lepas. 28 orang!! cikgu2 tahun 6 confirm la seronok. Guru Besar apatah lagi. hadiah sempena persaraan katanya...
so, enjoy gambar je la...
the 5A's girls....
congratulation, girls!!
bravo CBN 2....
Wednesday, November 3, 2010
- mee rebus -
mula bercuti sempena perayaan Deepavali hari ini. sampai hari ahad..5 hari cuti..whoaaa.....
tp keja masih berlambak.. nak2 bila dah masuk sekolah balik nanti. sebab next week ada Hari Anugerah Cemerlang. dan saya dapat kerja yang paling banyak dan penting. pengsan boleh?
bila cuti ni mulalah tekak nak makan macam2. so, hari ni try buat mee rebus yang dari hari tu lagi teringin nak buat. alhamdulillah dapat jugak buat. rasanya? ok kot..haha sapa lagi nak ambil hati sendiri..
resepi kopipes dari blog kak hana..
problem pulak nak kopipes...
so, jemput makan...
Tuesday, November 2, 2010
- langkawi n perlis -
lama betul tak menjenguk ke sini.
kesian blog saya ini...huhu kesibukan melanda. campur dengan tugasan luar. tak menang tangan dibuatnya. itupun mencuri masa utk menjenguk laman sosial yang satu itu.
weekend lepas, bertemankan kawan2 dan anak2 ke perlis dan langkawi untuk lawatan akhir tahun. letih tak terkata. sebab? bertolak ke sana dengan keretapi. pertama kali dalam seumur hidup ni naik keretapi. tapi semangat itu kurang disebabkan faktor kesihatan dan cuaca yang kurenggg....
bertolak malam jumaat dari kl sentral jam 9.30. samapai di arau jam 8 lebih.
terus bertolak pusing2 perlis.
pagi sabtu, bertolak pula ke pulau langkawi.
berjalan2 dan bershopping2..kepenatan.
anak2 kecewa kerana tak dapat menaiki kereta kabel disebabkan cuaca. kasihan mereka. tapi diseleamatkan dengan bershopping segala jenis coklat di pekan kuah.
jam 7 di arau , kami bertolak pulang ke kl.
sampai di kl pagi isnin jam 6.
terus ke sekolah.
bersambung dengan kisah yang malang di petang isnin..

Subscribe to:
Posts (Atom)