Friday, July 30, 2010

- orang kata...tp tak semestinya betul.. -


orang kata....
siapa yang senggugut, kawin cepat2. nanti hilangla senggugut tu. huh!karut. semua itu karut. tak hilang pun. ada je lagi ni.

dulu2...
masa sekolah. duduk asrama. tiap kali bendera jepun. confirm aku lari balik dorm. pasal tak daya nak menahan sakit tu. sampai menonggeng2. kalau orang kata frust menonggeng tu, macam tu la aku masa bendera jepun berkibar. ada sekali masa form 2, dah tak tahan sangat ajakla member sorang temankan pegi mintak kebenaran warden nak balik asrama. masa jumpa warden tu, dia yang kalut sebab tengok aku dah pucat tak berdarah. sampai dorm terus tido sampai petang.

ada pulak sekali tu, aku tuang kelas, tido kat bilik BI sebab tak boleh balik dorm. merengkok tahan sakit.

ada yang cakap..
"ko ni, asik senggugut je. lepas ni cepat2 kawin. cepat hilang."

banyak la kamu!! aku dah kawin ni, takde maknanya hilang sakit tu. sama je. mitos sungguh! (eh, takdela pulak aku psang niat kawin sebab nak hilangkan senggugut..haha..)

kadang2 sakitnya memulas2. boleh buat kita masuk keluar tandas berkali2. seksa woo... ada pulak yang sakit biasa2 je. cuma tanda2 macam sakit pinggang. breast membengkak. macam2 sakit perempuan bila bendera jepun berkibar ni.

ada yang sakitnya datang sebelum waktu sebenar. ada pulak yang datang semasa waktu sebenar. bergantung pada empunya body.

jadi, para lelaki. kamu mesti faham ini. ada masanya perempuan akan menjadi begitu emosi. marah. sedih. kuat merajuk bila tak kena waktunya. pandai2 la kamu melayan.




p/s : mahu tenang
.

10 comments:

Unknown said...

hukhukk... kita serupaaaaaa~ zira smp masuk spital, masuk air lg bile time senggugut... pengsan2 nih dh bese dh... hehehee...

bab kawen tu je blom try lagik... sbb blom nk kawen lagik.. hehehe... (^_^)v

cik dila said...

zyra >> yeke dear...siannya lagi dasat.
hoh..tp jgn pecaya mitos tu. tipu je. tp taktaula kalau betul zyra kawin nanti, hilang pulak kan.hehe...

Hasnah said...

alhamdulilah.. asn xde masalah senggugut. =) kamu take care okey. xpun ape kata jumpe doc tanya. mane tau ada pape solution ke kan ;)

Take care~

cik dila said...

asna >> alhamdulillah asna...tp so far, takde la smpai mudarat sgt. boleh di cover lg..
tq dear...

farahfatihah said...

dila, minum air suam byk2....hmm mcm ne ek senggugut tu? fara xpernah rasa plak..cuma sengal2 pinggang je la..

cik dila said...

fara >> tak penah rs?tak payahla...mau meraung melolong2 kang..hehe takdelah..muka herot berot je.sakit woo...

Unknown said...

dear..sy pn byk dgr cm2..tp x smestinya kn??tp ni sy lps nikah 2 bln lbh mcm kurg sket jela,xdela steruk mcm dlu..brguling2..tgk org jgkkn..

Anonymous said...

akak time anak dara mmg tiap2 bulan senggugut..pas kawen pon senggugut jgak..huhu..tp pas bersalinkan haziq, tak penah plak kene lg ( setakat ni)..so pasni, dilah kene ade baby laa plak..ntah2 ilang senggugut tu...hehe

~ k.lien ~

cik dila said...
This comment has been removed by the author.
cik dila said...

deana >> a'ah la.senggugut ni tgk org.takat mn hormon n kesempitan vagina org tu kot...sbb org kate senggugut ni sbb luas sempit lubang vagina tu...

kak lien >> yeke..kene ade baby plk.huhu...insyaAllah.masih mencuba sedaya upaya.hehe....