Tuesday, May 25, 2010

- selepas hari itu -

salam semua.
bila dah dekat2 ni kan.
ramai dah yang tanya
"apa perasaan?"
"macam mana persiapan?"
"semua ok?"

jawapan aku cuma satu je sekarang ni.
"takde perasaan sekarang ni,kak.." (memandangkan yang bertanya tu semua lebih tua daripada aku..)

memang!
sekarang ni macam takde perasaan je pasal nak kawen ni.
entahla.
ada sorang member cakap. memang macam tu pun. ada waktu tu, memang kita akan ada perasaan macam tu. so, aku tak risau sgt la. takut aku je pelik sesorang kat sini.huhu...

tapi, semalam.
teringat la pulak...
macam mana life aku lepas kawen nanti.
kena masak ke?
dah hidup berdua. kena pikir yang sorang lagi tu. bukan perut kita sorang je.yang penting, tanggungjawab kamu sebagai isteri.

sediakan keperluan dia. makan minum dia. keadaan rumah. segala benda harian di rumah.
uh!tetiba senak perut. berpeloh! (nape bilik ni panas sangat petang ni, ni?huhu...)

masak?
bukan aku tak pandai.tapi bukanlah bermakna perfect. aku memang suka memasak. cuma kepakaran masak aku hanya pada lauk2. bukan pada kuih2, atau desert2 atau yang ringan2 tu.
huhu...
tapi insyaAllah, dengan kepakaran mencari maklumat di internet, bolehla belajar sikit2 kan. kata nak jadi jadi isteri solehah. kenala belajar jugak kan..
banyak sebenarnya blog2 kerkaitan masakan.
macam blog kak suzi. dulu dia duk aussie, tapi la ni dah balik perak.
macam blog kak hana yang sekarang masih di jepun. tengok blog dua kakak ni pun macam dah lengkap dah pembelajaran memasak aku.heheh... tambah meleleh air liur tengokkan lauk2, desert2 yang best itu.huhu... nak pergi blog2 lain through blog diorang pun boleh. baaaanyak!!! memang recommended la..

so, bakal2 isteri sekalian yang seperti aku yang memerlukan pembelajaran masakan, silalah lawati web yang berkenaan.
haha...macam host rancangan tak..??(berangan la....)

No comments: