Monday, May 31, 2010

- kawin sponsor?? bestnye... -

memandangkan kita di zaman millenium. segala perbelanjaan meningkat. dari sekecik2 benda sampailah ke sebesar2 benda. macam tu jugak hal nikah kawin. sebenarnya apa2 program pun, belanja kosnya adalah tinggi. nak murah? tunggu air hujan je la. huhu..

balik pada nikah kawin ni.
sekarang ni pun paling koman kena 10K. jangan tipu. ok. aku kurang dari itu. tak tipu.
ada yang lain pun, sure org tu dah tak hairan dah sebab pendapatan dia pun dah lebih dari cukup. itu pun masih ada yang dapat sponsor bila nak kawin. untung.

yang tak untung? yang tak cukup duit ni la. takde sponsor. kena lagi buat pinjaman. oh! payah tu. harap2 tak jadilah pada kita ye.

sponsor.
macam2. dari baju sampailah ke barang2 hantaran. best woo... takyah keluar duit langsung. pilih je nak kain apa. design mana. tailor mana. duit orang lain hulur. " takpe, papa belanja" "yang ni mama bayar, ok je" tidak pun. "takpe2..i tanggung semua" weee..... lompat sakan aku kalau dapat macam tu. malu? watpe nak malu? haha.. ok, tipu. aku malu. lompat kecik2 je. itu kalau akula yang dapat sponsor tu.

tapi sponsor kena tengok jugak. kadang2 ada sebabnya orang sponsor. takkan la kosong macam tu je kan. mungkin la sebab nak membalas budi. macam selalu orang kata. hari ni hari aku, esok lusa hari aku. gitulah.

tapi kadang2...(tapi lagi...) sponsor ni selalunya tak seperti yang kita inginkan. yela, kita nak lain, tapi yang disponsor yang lain. nak tolak, orang kata demand la pulak. menolak rezeki. nak terima, tak kena selera pulak. macam mana tu. ada cara? tak kisahla nak tolak ke nak terima. tepuk dada tanya selera.

yang penting sebenarnya, akad itu sendiri. besar kecil nilai majlis tu, biarlah empunya diri saja yang tahu. ye tak. insyaAllah dengan berkat restu mak ayah dan keluarga, semuanya selamat2 saja.
Amin.


Sunday, May 30, 2010

- tinggal seminggu -

hari ini.
genap tinggal seminggu je lagi nak bergelar isteri en.Alang. insyaAllah.
tapi macam takde perasaan je. haha... sampai my fren, Aufa pun cakap macam tu. selamba je budak dila ni. macam takde pape je. tapi betullah. entah ye..

hari ni, pergi 2 kenduri kawen.
pertama, di sungai besar. kawan masa sekolah dulu. pergi awal, penganten pun belum siap di mekap. so, jumpa ucap selamat je la.
then terus berkejar balik, terus ke ampang. untuk kenduri cikgu linda pulak. kawan mengajar satu sekolah. cantik dua2. sampai2 kebetulan sama dengan gpk2 yang lain. ramai jugak budak2 yang datang. because of cikgu linda ni guru kelas 3Mawar.
yang hampehnya aku tertinggal kamera kat kampung. caitt!!! udahla minggu ni kebarangkalian hari guru akan diadakan. huhu....

so,
list down perkara2 menjelang 6 Jun.

1. bilik pengantin. tambah2 sikit sebelum di hias sepenuhnya oleh mak andam.
2. doorgift. menunggu bahan2 dibeli oleh abah. pack sekaligus. remind to buy sweets for additional.
3. barang hantaran. tinggal nak amik dari kedai. kena tambah sendiri untuk buah dan towel.
4. make up, pelamin dan baju sanding. dah confirm dgn mak andam.
5. baju nikah, tudung, kasut. setel.
6. lauk makan beradap. mak minta tolong makcik Timah jiran rumah. insyaAllah setel. kalo tak, meraung ler aku...
7. inai. pakai inai mekah. baki mak beli dulu.
8. khemah dan pa. setel by abah.
9. sarapan untuk rombongan lelaki. masih difikirkan cara2nya.

itu je kot.
ni pulak checklist peringatan untuk en.Alang.

1. flow majlis. dah bagitau sikit2 hari tu. harap dia ingat.
2. songkok dan sampin. dan remind.
3. kasut. dah beli.
4. lafaz akad. dah bagtau. tgh prektis. huhu...

kawan2...
kalau ada tertinggal, tolong remid ye.. tq!!


Saturday, May 29, 2010

- let me tell you -

dalam hari2 terakhir menjalani kehidupan 'cik' ni..
ada pulak la jari2 patah yang memberi komen yang langsung tidak membina.
apa masalahnya, tak tahu la pulak saya.

ya tuan/puan/encik/cik yang memberi komen itu.
meh sini saya nak cakap. eh, tulis..baca ye.
blog ini adalah kepunyaan saya, penulis. blog ini menceritakan kehidupan saya. bermula dari zaman saya belajar, walau separuh jalan je, sampai saya dapat kerja, sampai saya bakal bergelar isteri. insyaalah sehingga saya bergelar ibu dan sampai bila2..dengan nama blog saya duamasa.blogspot.com.

makanya, adalah menjadi hak saya untuk menulis tidak kira apa yang terlintas di kepala saya selagi ianya boleh dikeluarkan. lagi pula, segala isi blog saya ini tidak mengancam keselamatan sesiapa. kalau ada, silalah laporkan ke suruhanjaya jenayah siber ye.

lagi 1, bila pulak saya letak gambar bilik tidur saya? itu cuma contoh2 dari wedding yg telah dilangsungkan.
salahkah saya berkongsi persiapan itu, sekadar bertukar2 cerita dengan B2B yang lain. oh ye!B2B itu ialah bride-to-be atau bakal pengantin.

jika blog ini mengganggu pemikiran
tuan/puan/encik/cik yang memberi komen itu, sila tinggalkan segera. ia bakal mengancam pemikiran anda, mungkin. tak perlu tinggal jejak atau komen. ada aku kisah? aku nak tulis gak..lalalala...

sekian, terima kasih.


Tuesday, May 25, 2010

- selepas hari itu -

salam semua.
bila dah dekat2 ni kan.
ramai dah yang tanya
"apa perasaan?"
"macam mana persiapan?"
"semua ok?"

jawapan aku cuma satu je sekarang ni.
"takde perasaan sekarang ni,kak.." (memandangkan yang bertanya tu semua lebih tua daripada aku..)

memang!
sekarang ni macam takde perasaan je pasal nak kawen ni.
entahla.
ada sorang member cakap. memang macam tu pun. ada waktu tu, memang kita akan ada perasaan macam tu. so, aku tak risau sgt la. takut aku je pelik sesorang kat sini.huhu...

tapi, semalam.
teringat la pulak...
macam mana life aku lepas kawen nanti.
kena masak ke?
dah hidup berdua. kena pikir yang sorang lagi tu. bukan perut kita sorang je.yang penting, tanggungjawab kamu sebagai isteri.

sediakan keperluan dia. makan minum dia. keadaan rumah. segala benda harian di rumah.
uh!tetiba senak perut. berpeloh! (nape bilik ni panas sangat petang ni, ni?huhu...)

masak?
bukan aku tak pandai.tapi bukanlah bermakna perfect. aku memang suka memasak. cuma kepakaran masak aku hanya pada lauk2. bukan pada kuih2, atau desert2 atau yang ringan2 tu.
huhu...
tapi insyaAllah, dengan kepakaran mencari maklumat di internet, bolehla belajar sikit2 kan. kata nak jadi jadi isteri solehah. kenala belajar jugak kan..
banyak sebenarnya blog2 kerkaitan masakan.
macam blog kak suzi. dulu dia duk aussie, tapi la ni dah balik perak.
macam blog kak hana yang sekarang masih di jepun. tengok blog dua kakak ni pun macam dah lengkap dah pembelajaran memasak aku.heheh... tambah meleleh air liur tengokkan lauk2, desert2 yang best itu.huhu... nak pergi blog2 lain through blog diorang pun boleh. baaaanyak!!! memang recommended la..

so, bakal2 isteri sekalian yang seperti aku yang memerlukan pembelajaran masakan, silalah lawati web yang berkenaan.
haha...macam host rancangan tak..??(berangan la....)

Monday, May 24, 2010

- contest saya dan makanan itu -

dah lama tak oin contest.
kali ni pasal makanan. (
kan aku suka makan. tolak batu kayu je...)

nak tau pasal contest tu, KLIK SINI ye...


nampak khusyuk bebenor aku ngadap segala makanan tuh..huhu




Sunday, May 23, 2010

- berehat, kemudian bekerja semula -

minggu lepas dapat peluang bersenang lenang di salun untuk facial, sauna, mandi lulur dan mandi bunga.
whoaaa....
seronoknya tak dapat dikata.
almaklum baru pertama kali menerima rehat sebegitu.
tapi agak malu2 di awal nya.hihi...

buat di rose beauty facial di pasaraya bintang, ampang. recommended by my fren, cik linda yg juga bakal melangsungkan perkahwinan minggu depan.
malam tu, tido rasa nyenyak sgt.huhu...rasa nak buat hari2 kalau boleh free.haha...

TAPI.
balik ke kampung perlu bekerja keras.
oleh kerana hujan dengan angin yg sgt kuat.
simen bawah rumah tenggelam.
maka abah berkeputusan untuk menyimen ruang laluan tepi rumah ke dapur.
bekerjasama la h kami 4 beranak membancuh dan menepek laluan itu.
huhu...
laluan asal adalah begini. ada bunga hasil tangan abah.

kerja bancuhan simen dilakukan di bawah pokok mempelam.

kemudian kerja2 meratakan simen.
lepas ni, apa pulak?
minggu depan, projek membersihkan cermin tingkap.
minggu depan lagi?
lagi mau tanya.
panic bell ringing!!!!


Wednesday, May 19, 2010

- i miss them -

tetiba nak mengingat kenangan terlampau. eh! kenangan lampau je.
tadi pagi pegi sekolah, dengar hotfm. ada pasal nenek dengan atok.
terus teringat pasal arwah embah.

dulu agak rapat dengan arwah embah.
kecik2 suka pegi umah embah.
tengok embah berkebun.suka kacau embah dengan cacing.hihi...
tengok embah memasak dengan dapur kayu.embah punye sate THE BEST!!!
makan sup balong ayam..haha...
embah selalu belanja aiskem yang lalu dgn bunyi hon dia tu.
tido dlm kelambu dengan embah(sebab byk sangat nyamuk..)selalu pegi temankan embah sesorang kat umah kalau paman 1 family balik rumah mertua dia.
embah ajar cakap jawa yg saya tak penah pass sampai sekarang.lepas sedara sume marah sebab tak pandai ckp jawa.huhu....

masa mak ngan abah pegi haji, embah yang temankan kami adik beradik kat umah.
embah ajar buat tempe.(tapi sayang, aku tak ingat.sebab duk sibuk dengar embah bercerita.) embah cerita pasal mak n abah.hihi...
dapat makan mee godok original resepi punye..yummmy!!!!air tangan embah yg paling sedap bila buat mee godok..

saya rindu embah.
saya mau embah tengok saya kawen.
tapi Allah lebih menyayangi embah.
embah pergi semasa saya di tingkatan dua.
dah lebih sepuluh tahun dah.
saya masih ingat segala pesan embah.




off!


Monday, May 17, 2010

- jangan tanya!! -

ok.
lepas ni
kamu2 semua...
jangan duk tanya

"lepas kawin nak duduk mana?"
"dia keje mana?"
"dapat rumah kat mana?"

tolong!
jangan tanya.
saya geram.
saya sakit hati.
saya kecewa....
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|

dengan dia!!!!


Sunday, May 16, 2010

- selamat hari guru -

selamat hari guru
diucapkan kepada kawan2 yang bergelar guru
- kawan2 SLISS
- kawan2 PL2 KPLI 08 IPPM
- geng2 KAGUM UB 08


juga ucap selamat kepada
- guru2 SK Simpang 5 (1990 - 1996)
- guru2 SMKA Simpang 5 (1997 - 2001)
- guru2 SRA Sg Nipah (1990 - 1996)
- lecturers (2002 - 2008)

paling istimewa buat mak abah.
Hj Mad Tauket Khusni dan Hajah Zainah Zakaria.


juga untuk diri sendiri!!!!


Friday, May 14, 2010

- kamar beradu -

oleh kerana set bilik sudah pun sampai..
makanya, saya mencari idea untuk deco2 bilik itu.

saya agak berperasaan bila bercakap tentang bilik pengantin.
sebab??
saya tidak punya bilik yang besar.
kedudukan bilik saya juga mengadap matahari, maka...sungguhla panas.

sekadar yang mampu adalah mencari idea2 dari gambar2 yang di google.
dan mengadaptasi seboleh mungkin pada bilik saya.

berminat yang ini..but too simple. hitam putih..
sangat lembut. tapi dinding bilik saya bukan warna putih. hanya plywood kuning cair..
yang ini cantik...
simple. tapi saya suka ;)

kalau dulu2, kebanyakan cadar pengantin pakai jenis satin, kan..
tapi sekarang sudah up to date.
tidak lagi plain. macam gambar ke3 tu. cantik,kan...

masa berjalan. trend berubah.
oh! remind me untuk beli runner katil... :)

p/s : wondering, malam terasa baik pulak..huhu

Thursday, May 13, 2010

- palsu -

selingan..cak!!

anak 1 : cikgu!!!cikgu pakai mata palsu ye?
cikgu : palsu??? (apakah??)
anak 1 : tu mata cikgu kaler coklat.
cikgu : eh, mata cikgu mmg coklat la. (okeh, perasan!!)
anak 1 : eley2 cikgu tipu..
cikgu : senyum je...

ok, enough selingan hari ini.

salam...
helo readers!!!

oh, sedih...
tak dpt nak cengkelat hari sabtu ni...
kena jugak pegi sekolah gotong-royong sebab nak bersihkan gua tempat aku bertapa kat sekolah tu. kalau tak tuannya, siapa lagi??huhu...

just call my mum...
katil almari segala dah sampai kt rumah.
dah masuk bilik pun.
oh tidak!!
balik minggu ni sure berpeloh2 mengemas bilik yang tak seberapa nak besar tu tapi penoh barang itu.
mau tolong saya??
please...please..please...(kamu jgn nakal...tetibe!)

ngeee...
tak sabar!!meroyan kejap...




Tuesday, May 11, 2010

- dugaan -

salam.
it's only 25 days.

huhu...
kejap je tuh. pejam celik pejam celik. poof!!!
ilang dah 2 angka. tinggal 1 angka.
ngeee.....

alhamdulillah.
sepanjang 5 bulan lebih di alam pertunangan ni, tak ada apa2 yang membuatkan aku geram rasa nak ketuk2 kepala kat dinding. haha gila!!nak buat sangat ke??
geram sikit2 je.

bila baca blog2 B2B yang lain.
macam2 dugaan yang diterima. itulah. inilah.
semua ada.
aku juga. tapi syukur sangat, tidaklah sebesar mana.
sekadar tersalah faham sedikit cuma.
walaupun en.Alang dengan sikap endah tak endah nya. walaupun dia seperti air batu. keras. tapi aku tau, lelaki memang kebanyakkannya begitu. tunjuk cool. dalam hal kawen ni, biasanya memang perempuan yang akan lebih banyak berfikir.
tapi itu bukan bermakna dia tiada perasaan. (macam nak amik hati sendiri jek...)
sepanjang alam pertunangan, dapat juga mengenali en.Alang. yang tidak pernah menunjukkan perasaannya. bukan untuk berjiwa2. even dgn kata2 atau pun perlakuan.
tapi sedikit, di waktu yang kita sendiri tak jangka, aku sedar dia macam orang lain juga.

kami masih berusaha untuk mengenali lebih dalam antara satu sama lain.

untuk B2B yang lain,
semoga kita tabah menghadapi segala dugaan ini.
memang, syaitan itu berusaha untuk meleraikan ikatan yang bakal terjalin.
banyakkan bersabar, dan berdoa untuk masing2.
setiap kelebihan pasti melengkapi kekurangan yang ada.

senyum!!!!


Monday, May 10, 2010

- cerita hari minggu -

sabtu.
sukan.
habis lebih kurang pukul 2 ptg.
siap2 kemas jam 3 petang.
alhamdulillah. cuaca baik. dah habis segala barula hujan turun mencurah.

ahad.
jumpa encik buah hati.
kesian dia. selsema. asik2 srettt...srettt....
tapi leh lagi nak kuar jalan2 tu. huhu
siap tgk iron man 2.
aku jugak yang tertido dalam wayang. tak penah2. penat sangat pasal sukan the day before.
cari2 barang. tapi takde yang berkenan.
tapi en.Alang dah bagi permission untuk aku beli je apa2 asalkan ok.
seronok. dapat habiskan masa dengan dia. macam dah lama sangat tak jumpa. huhu...

isnin.
cuti. sempena sports day.
masih berjumpa encik buah hati.
tapi petang ke subang bestari. hantar kain pada adik kak nadiah.
tapi baru dua jam, dah mula angau overboard.
tolong!!!

oh ya!!
cik nawal minta tolong B2B yang bakal majlis on 25 september 2010 tapi belum ada MUA. cik nawal boleh rekemenkan, sebab dia tak jadi, sebab majlis dia malam pulak.
kesian dia. panik dah tu. kalau tak dapat orang ganti, burn saje deposit.
cepat2...

Friday, May 7, 2010

- aku terima nikahnya.. -

esok hari sabtu.
ada sukan.

minggu depan sabtu juga.
ada gotong-royong sekolah semalaysia.

uwwwaaaaa.....!!!
diam2 ye.
sy nak cengkelat.
nak balik kg.

nak setel hal kawen.

tengah bengong2 bangun dari tido tadi.
en.Alang mesej.
tanya pasal cara imam kat kampung aku tu buat akad nikah.
dia nak prektis.siap suh tanya abah. (oohoho sudah pandai bahasakan 'abah' je ye..bukan 'ayah awak' lagi..)
hihi...
comel!
en.Alang ni betulla tak boleh dijangka.



Wednesday, May 5, 2010

- of wedding cake -

dah jadi trend bila majlis perkahwinan, wajib ada kek kahwin.
lepas bersanding mesti ada masa untuk potong kek. then boleh bagi tetamu n sedara mara makan. ops! lupa. sesi suap menyuap kek, pastu amik gambar.

rasa2 wedding aku nanti ada sesi macam tu tak. haha...
kek tu ada la. tapi suap menyuap tu macam takde jek..ngee.... or else kena paksa, ada la nanti.hihi... (nak tunggu kena paksa pulak...)

of course kek kahwin tu cantik2...
warna ikut tema.
corak bunga2.
2 tingkat.
3 tingkat.
lebih dari itu pun ada.

kalau macam bawah ni. simple.. aku suka.ada riben2 lagi. tapi kalau nak dipotong2 taktau gayanye macam mana..

yang ni pulak patent love. ada jugak yang buat patent square. terpulang la pada minat masing2 kan..

ni pun cantik.lain dari yang lain.
ada yang lagi kreatif, kadang2 bentuk kereta pun jadik.huhu...harga taktau la kan..owh! ni sungguh elegan. i heart this..sangat2...

but...
for my wedding cake, aku mntak akak tu buat macam yg bawah ni. simple jek..tak suka crowded dengan bunga2 segala.
ala2 ada riben2 gitu..
tapi tak pasti la pulak, design yg sebenarnya macam mana.
cumanya, aku pilih kek cream topping. bukan fondant cake.
kalau fondant cake boleh la buat design lawa2 macam2...
kalau cream, rasenye takdela lawa macam tu kot. akak tu la yg cakap..
tak kisahla... asal ada.
kang takde kang, ada pulak yg tanya "takde sesi potong2 kek ke?"
haru ko nak menjawab...

semua gambar sumber dr pakcik google image.

p/s : tetiba berdebar lak...haha


- kasihan... -

kesian kt blog. macam terabai.
dah dua tiga hari ni kan...aku log in, siap bukak page new post..
tp bila nak menaip, idea takde. kesian blog ni...sungguh!

kat sekolah kan tengah busy dengan sukan tahunan sabtu ni.
nak dijadikan cerita , aku jadi AJK alatan dengan beberapa cikgu lain. paling teruk la kiranya bidang ni. mana taknya, sudahlah latihan bermula minggu lepas. sekarang ni pulak cuaca belum pukul 9, matahari dah terik. kau bayangkan la. duk menganngkut alatan2 untuk acara sukaneka tahun 1-6. setiap tahun ada 2 acara. cepat bayangkan!

tadi GPK aku cakap,
"nasib baik sukan 8 mei. kalau dibuatnya 30 mei??"

aku jawab,
"saya tarik diri, kak. cuti sakit. haha..."

gila kau! kalau 30 mei, lagi seminggu je nak big day tu.
mau macam orang balik dari offshore je.

ini pun dah macam ape je.
nak tak nak memang kena jugak memanjakan diri lepas sabtu nanti. kang ada nampak mata je bersanding atas pelamin nanti. habis segantang pulak foundation mak andam aku nanti. huhu...
|
|
|
|
tengah pening2 nak sukan ni. mak call cakap hantaran kena tambah sebab family en.Alang nak hantar 7. aduh!! apa lagi aku nak tambah ni. yg asal 7 pn aku dah sakit kepala memikir. ni nak tambah lagi 2..
adoiyaiii....

tolong en.Alang oii...awat la tak bagi tau awal2. dah la awak tu cerewet sungguh!
ada nak kena bebel ni nanti ni.
tu banyak komen lagi lak pasal baju bersanding. awal2 dulu taknak bagi idea.
orang tanya, wat taktau je.
wat sakit hati je tau! tau??
huh!!




p/s : tak pasal2 membebel kat sini. terpaksa la layan je ye...


Sunday, May 2, 2010

- dalam hati ada taman -

selamat pengantin baru buat kak hajar dan suami.
kak hajar ni kira sedara aku.taktau nak kaitkan macam mana.sebab taliannya dari ayah2 kitorang.hehe... yang bestnya bila kenduri belah abah aku ni, boleh jumpa sedara2 yang aku kira rapat la compared to sedara belah mak.huhu...

jugak best sebab dapat gigit pipi budak tecik..aiman syah.
ngeh ngeh ngeh..

hari makin dekat.
debar makin kuat.

dalam hati ada taman.
:)