Monday, March 1, 2010

- food tasting -

entry kali ini tak berkaitan dengan preparation big day ye. memandangkan abah memilih untuk masak secara rewang bersama orang kampung. jadi takde sesi food tasting dengan katerer.

tittle food tasting itu adalah untuk dinner yang bakal berlangsung minggu depan di PGRM Cheras. oleh kerana aku salah seorang committee, aku disuruh (
wajib ke tak taula...)
jumpa dengan yang lain2 di Junction Bistro jam 3ptg. tak ramai pun. sebab masing2 ada hal. malah YDP pun tak dapat hadir, so beliau mewakilkan kami yang lain.
aku pulak follow kak siti untuk ke sana. sebab ingat2 lupa jalan ke sana.

kami memilih chinese course. quite ok. tapi ada beberapa yang perlu ditukar kerana tidak bersesuaian dengan selera kanak-kanak. alhamdulillah dapat makan free hari ni. malam dinner nanti belum tentu dapat makan sebab sibuk menguruskan acara. hehe...

habis makan, kami melawat ke Dewan Wawasan tempat bakal berlangsungnya Glitter Nite 2010. sungguhla besar. sebesar2 nya. memang boleh pengsan guru-guru backdrop. persembahan juga. giler kentang!

siap2 semua, bergerak pulang jam 4.30. terus aku menuju ke D'Anjung untuk melihat perkembangan kad jemputan. (
skema tak ingat!) rupanya belum siap. takpela, sebab aku pun belum keluar duit lagi nak bayar baki tu. hehe... baju nikah pun aku amik hari rabu. berdebar pulak rasenye.. huhu... apalah rupanya ye.. ngeee.....

itu saja.
tido!
daaa~~

2 comments:

farahfatihah said...

make sure makanan sedap tau ekekeke dila nye majlis kat mana?

cik dila said...

hehe...itu sudah mesti la cik farah...
majlis kite kt sg besar..