Wednesday, March 31, 2010

- menyelam terus minum air terus tenggelam -

huhu...
jadual penuh! bermula semalam. hari ni. sampai selasa depan.
gaya macam engineer je sibuknya. haha.. propa je lebih.. aku kan poyo!!muahaha...
semalam pegi jalan tar dengan kak aisyah. yang konon2 nya kata nak cari bunga tangan tu.
tapi sudahnya takde kata putus. taktau nak beli. sebab bila padan2 kan bunga tu macam tak jadi je.. ke tangan aku memang keras? huhu

konon nak wat macam ni la..tp mcm tak kena je..

tu je la gambar dr ssf. yg lain hampeh je. so takyahla publish..huhu

hari ni pulak. hantar data kat pjbt pelajaran dengan kak za, cikgu cbn1. 5 minit je. tapi balik tu terus melencong ke jln tar jugak. pasal nak tunjuk mcam mana kaler ungu masam yang aku suka sngat tu haha... aiyokkk kak za.. kak za ajar sy buat jahat. haha..

usha2 sekali contoh2 hantaran. macam2. sampai pening jugak la nak decide macam mana. warna apa. sebab bab hantaran memang aku tak decide apa2 lagi. ikutkan mak memang suh hantar kedai je. tapi pengantin bajet macam aku ni, kena pikir 2-3 kali jugak la.
tengok contoh memang cantik je.taktau la bile dah jadi tangan aku yg pembuatnya. huhu...



minat nak buat kaler macam ni. tp kak za kate dull..tak naik.. so...
cari2 lagi. ternampak la 1 design ni. gabungan purple dengan pink lembut. sweet n cantik. makanya... keputusan diambil, aku amik warna 2 tu untuk hantaran kepada pihak lelaki. setel 1 hal. (tu belum hal siapa pembuatnya...)
kak za kate dai leh minta tlg kawan untuk kalau nak sewa apa2. macam boleh dipertimbangkan sebab...harga boleh runding..hehe

balik sekolah dah pukul 1.30 ptg..(punye la lama merendek...)
terus siap2 nak pergi KK Dato' Keramat pulak. aku ada appointment untuk hiv test. ingatkan kejap je la..lama jugak kat sana.
prosedur macam biasa la. cuma macam agak tak sesuai la kaunter2 kat dalam tu. entahla, otak aku yg serabut kot..


inila dokumen yg perlu dihantar seklai dengan borang permohonan nikah ke pejabat agama.


balik sekolah balik.
untuk meeting post mortem dinner pulak.
aduh!
balik rumah jalan jammed. pukul 7 lebih baru sampai. huhu...padahal dekat je.

malam..
report - 2
list untuk kem.
list untuk tunas gemilang.

hoho...
bersabarlah hati.

- anak-anak #3 -

lokasi : Dewan Merah

anak : cikgu..cikgu!
cikgu : ye kenapa?
anak : cikgu penah masuk macam2 aznil ye?
cikgu : alamak! bukan benda tu dah 5 tahun lepas ke?
aa.... bila awak tgk?
anak : ada ulangan jumaat lepas?betul kan, cikgu?
cikgu : gelak je..
anak : yeay!!!betulla itu cikgu...hihihi...

terhenti sekejap.

cikgu : zarith.. kenapa tak record?
anak : ala cikgu..tak sempat. kenapa cikgu?
cikgu : cikgu nak tgk balik la muka cikgu dlm tv.. hahahaha.....






kalau anda tertonton macam2 aznil musim ke-2 dgn zahid dan M.Daud Kilau sebagai tetamu, abaikan je ye...


Tuesday, March 30, 2010

- kelabu tanda sebu -

apa main2 warna je ni?
tanda emosi tengah tak menentu.
sebu.
tau sebu?

ye..
perasaan tengah sebu.
hati rasa sebu.

rasa nak pergi satu bukit nak jerit kuat2.
sampai rasa sebu tu hilang.






update :
maathurat dah beli.
pomander ball still under construction. ha.ha.ha.. (otak pun dah sebu ke??)

tak dapat balik kampung khamis ni!!!!!
huhu...
sedih..
eh sebu!!!



Sunday, March 28, 2010

- merah tanda marah -

hari ni bendera merah.
tak de mood.
takde selera nak makan.
tapi kene makan jugak.
sebab en.Alang selalu marah sebab saya tak jaga makan.
saya suka en.Alang marah saya.
sebab dia marah tak nampak macam marah.
jadi saya anggap dia tak marah saya.

haha..
apape tah. tak berkait langsung.

pagi tadi pegi puncak perdana.hantar kamera kat my brother. dia pinjam bawak pegi bandung.
seronoknya dia. dpt byk pesanan suh shopping baju seluar beg segala. haha padan muka! pegi lagi...heheh...

terus melencong ke shah alam. konon nak cari beg or sandle jenjalan. tapi takde yg berkenan. memang nak kena bawak aufa la. baru ada yang berkenan sebab makcik tu selera tinggi sikit.muahaha... aufa, ni compliment ye.. tapi dapat jugak rembat perfume bodyshop. haih! sekarang ni perangai sgt boros! tolong saya!

sambil2 tu, mencari idea untuk beli kasut utk nikah.
taktau nak beli mcm mana.. mntk tlg pakcik google. mmg byk.. tapi beli utk sekali pakai tu yg sayang tu. huu....
cantik...


cantik juga!!!

simple n sweet...

kalau boleh, aku nak pakai macam ni je.. haha boleh??


memang saje nak cari yg putih. kot2 masa bertandang nanti takde kasut. leh pakai sekali lagi. tapi yg pasti mmg kena pakai sarung kaki. kaki comot. byk sgt bintang huhu....
aufa!!! keluar jom....

- quick post -

baru je wat entry nak balik khamis next week.
pastu dpt msg ada meeting post mortem ptg khamis.
dah tu? pukul bape aku nak bertolak?smpi kul bape pulak aku kt kampung nanti?

huhu...

no mood!!


- menjelang hari itu -

assalamualaikum...
elo semua. macam mana?sihat?
hari minggu ok?
preparation ok?

saya jugak yang sangap ni..hari semkain hampir tapi saya tak dapat balik kampung untuk 3 minggu berturut2. tp next week hari khamis berkejar jugak untuk hantar borang ke pajabat agama. kang tak kawin pulak aku ni... huhu

menjelang hari bahagia, sure ada kenangan2 yang mencuit hati, kan.. tak kisahla suka ke, sedih ke, kelakar ke.. macam2 la.

apa yang saya sangat suka menjelang hari bahagia saya kan...perubahan. semua perubahan.

1. komunikasi saya dengan mak abah saya.
sejujurnya sejak kecik saya dan mak abah kurang berkomunikasi tentang perhubungan. bukan sebab bergaduh ke apa. tapi memang kurang. macam kawan2 lain selalu cerita diorang selalu bercerita dengan mak macam dgn kawan2. tapi bukan saya. yang saya perasan, saya cuma bercerita ttg kerja rumah, assgnment dan benda2 basic semasa belajar. even ms couple pertama kali pun sy tak bercerita.

sebabnya? mak abah memang sgt strict. saya takut.

2. keterujaan.
sya mmgla teruja. tapi paling best bila mak abah sy pun teruja dgn majlis sy ni. mak yg seronok nak tukar2 langsir. nak hias2 bilik. lepas balik kenduri rumah orang, sure mak akan cerita ttg warna, doorgift, hiasan. seronok!!
mak yg bagi idea untuk tmbah pakej deco bilik pengantin, tempah hiasan hantaran. saya yg keluar duit..huwaaa!!!! takpelah. sebab mak menyudikan diri untuk menjahit langsir. sy sebenarnya boleh menjahit tapi saya malas. haha.. tp sy tolong mak gunting kain. takpe kan.. hehe

3. perubahan diri.
sejujurnya dulu sy seorang yg simple. sy belasah je apa sy nak pakai. macam tomboy pun ada tp bertudung. (eh!ada ke??) tapi bila umur semakin menghampiri suku abad, sy ubah sikit2 menjadi sedikit feminin. mak pun selalu nasihat supaya jaga kecantikan, muka. mak yg ajar cara berbedak. mak yg belikan sy brooch yg cantik2. mak yg bagi idea pasal baju dan tudung.
kemudian, sy berkawan dgn en.Alang (beliau seorang yg agak menjaga style..) semakin perubahan itu terlihat dlm diri sy. tak salahkan kalau sy berubah disebabkan orang lain. yela bila dah ada suntikan semangat, mestila kita pun bersemngat. heheh... tapi insyaallah sy masih menjaga adab tatasusila seorang Melayu Islam.


itu antara perkara terbesar menjelang hari bahagia sya. macam mana kamu?


Friday, March 26, 2010

- of bunga tangan -

nak cerita pasal bunga tangan.
dari dulu lagi dah berangan nak pegang2 bunga tangan ni. (gataii sungguh nak kawen no...)
sebab cantik2... jeles tgk orang dapa pegang. haha tah pape...

menggoogle gambar..
hasilnya... sungguh2 terpikat...


sangat sweet. pjg kan sikit batang dia, senang bride nk pegang..

bunga lily... juga cantikk....

gabungan beberapa jenis bunga. juga cantikkk...

xtau nama bunga..tp sungguh comel...
next week ajak kak aisyah pegi ssf..
cari bunga artificial utk buat bunga tangan. mmg xnak bunga fresh, sbb nanti boleh simpan utk 3 kali pakai, nikah, sanding dan bertandang.
so kena cari warna yang sesuai utk semua warna baju..
oh!tak sabar tunggu hari selasa... =)



- ciptaan Allah -

tadi pegi taklimat penyelarasan Program Tunas Gemilang 2010 di PKSC.
hanya sekolah terpilih yang menyertai. 8 dr KL dan 8 dr Putrajaya. ni pasal pencarian budak2 untuk atlet negara la. dah nama tunas, kan...

apa yang nak diceritakan ialah (gila skema!!)
ada sorang cekgu dr putrajaya ni. subhanallah... hensem sungguh ciptaan Allah. memang hensem, ala2 pelakon korea wokk... kalau dia cekgu sekolah menengah sure dah kena ngorat tu. tapi aku rasa, gaya budak sekarang, rasenya sekolah rendah pun dah pandai usha2 cekgu.. haha

tapi memangla..
ngee... boleh ke aku? tgh2 taklimat duk usha muka orang. tak patot sungguh. lagi plk status tengah 2 bln lagi nak bergelar isteri ni.. (matilah...)hai la...tp usha je takpe kan.. ( aku setia pada yg satu lah..) sekadar kagum dengan ciptaan Allah. bukan kehandsoman lelaki je yang aku usha. selalu2 pun aku usha jugak kecantikan perempuan. bukan sebab aku ada hati pada perempuan. (tidak!!! aku masih normal..) tapi itulah, ciptaan Allah itu maha sempurna.

takde apa update pasal big day. takleh nak buat apa la kalau takde bahan.
rasa macam nak amik cuti tanpa gaji then siap2 apa yg patut kat kampung. (abes tu mana nak cekau duit beli barang??banyak cantek ko??)
sungguh ni!


Wednesday, March 24, 2010

- of kad kawen -

dah siap.
sebenarnya dari minggu lepas lagi.
ok, saya tau itu awal sangat.
tapi takpela kan..
tak la saya kelam kabut nanti. (kate sibuk sangat kat sekolah.hehe...)

save the date.
6 jun 2010.
sg besar.

kawan2 tinggalkan alamat ye.
semua dijemput. =)

itu je.

- award -

alhamdulillah...
dapat award dari cik ally.
makasih ya...
kena bagi pulak pada 20 bloggers yang lain...

dan bloggers itu adalah....

1. miszdeana
2. cik gee comey
3. cik aty
4. cik yong nana
5. cik asna yg cute
6. cik faratul
7. cik dya runana
8. kakngah
9. cik aisya
10. cik wahyuni
11. cekgu era
12. cekgu rabitah
13. puan mahani
14. cik asleenda
15. kak suzi
16. cik farah fatihah
17. cik zahra asyikin
18. cik rinie
19. cik chipshana
20. cik nahwal

rasenye ada yg dah dapat. takpelah...
apa lagi... silalah terima ye... =)



Tuesday, March 23, 2010

- here -

setelah konon2 memerah otak..(gaya mcm buat programming je...huhu)
ini je hasil yang aku mampu buat.
pilihkan ye...





- tag -

oh! kena tag dengan cik nahwal...
meh dijawab...

1.Siapakah diri anda ri rumah?
anak mak abah. adik. kakak.

2.Siapakah diri anda disamping rakan?
kena tanya rakan2 tu sendiri la kot.. haha...

3.5 benda yang anda idamkan tetapi masih belum tercapai
- nak pergi haji
- nak ada rumah dengan id sendiri
- nak dslr
- nak buka nursery
- nak kawen..haha (sabo tggu bln 6)

4.Siapakah nama pasangan anda?
bukan dah selalu tulis ke? en.Alang.. haha

5.Ceritakan 5 perkara yang anda paling suka tentang pasangan anda
dia tegas.
dia boleh terima aku seadanya aku.
dia cool.
dia unpredictable.
dia sweet.haha...

6.Bila tarikh anda couple?
bile tah... rasa2 sendiri je. tau2 dia dah ajak kawen. haha...

7.Apakah kenangan pahit anda bersama pasangan anda?
alhamdulillah takde...

8.Lagu tema cinta anda?
haha... tak penahlah berlagu2 tema ni wokk...

9.Apa perubahan yang ingin anda lihat dari pasangan anda?
being by my side and accept me as i am...
waaa... gitu. (gedik!!)

10. Nama anda jika anda diberi peluang untuk tukar nama
nuha..

saje ko nawal ek...main tmbh2 lak.. haha...
hah...aku nak tag pulak pada sesapa yang baca blog ni. kena jawab! heheh...

Monday, March 22, 2010

- tolong saya!! -

dah lama tak cerita pasal preparation big day.
asik2 xtvt seharian jek..

kali ni pasal tq tag..
owh!sudah pasti B2B semua sudah menyiapkan tq tag... even mende tu kecik je. tp agak penting sebagai tanda terima kasih kita pada tetamu kan..

yang jadik problem pada aku ni,
aku adalah dah buat 2 design sikit2. sekadar mengguna teknologi paling cikai. tp ada masalah di situ. jadinya, nak mintak tolong para B2B yang dah siap design/ada tq tag tu. macam mana u all buat ek..? ada template dia ke? or pakai software ke?

aku la... sejak 2 menjak ni blur je pasal benda2 nak kenduri ni. orang tanya boleh lagi buat muka inesen. kepala mamai je. huhu... (tapi ada rase tak sabar jugak tu..tak malu!!)

minta tolong ek korang...
dah dekat sgt dah ni. hiasan2 yang konon nak DIY pun duk kiv lagi dalam beg plastik. adeh!! parah.. parah..

- jalan-jalan after 4 months -

holaa....
aku dah kembali ke sekolah...
haha... gaya macam nak masuk belajar balik je. mengajar la....
tapi semalam sempat lagik berjalan-jalan makan angin dengan en.Alang. (gedik kau!!) mestilah...sebab lama dah tak keluar. gaya duduk jauh bebenor...

memula plan dalam kepala aku sendiri nak jalan2 kat OU. tapi tak luah kt en.Alang. last2 dia cakap ada pesta belon udara panas kat putrajaya. so kitorang pegi sana. awal2 tu panas giler..sampai2 je kat purrajaya dah mendung. awan gelap betul. tapi tetap keluar kereta ni nak tengok belon tu naik. sementara tu tengok peoples there main layang2. ada tu cantik sangat ekor panjang siap bunyik2. kontrol pakai 2 tali. tapi tak sempat nak amik gambar dia dah jatuh...

pastu pergi ke port belon tu. punyela ramai orang beratur nak naik. sempat tengok 3-4 belon tengah dikembangkan. siap ada kumpulan pancaragam ready nak main. rasanya bila belon tu dah naik la kot. sebab diorang dok berdiri tegak macam ready nak masuk pertandingan tu.
bila belon ke 4 tengah nak kembang, angin datang bawak hujan. kitorang apa lagi cepat2 lari la masuk kereta. kesian jugak dekat diorang yang dok tunggu lama beratur nak naik belon tu. sebab lepas kitorang gerak je dari situ, hujan memang lebat gila. kesian jugak kat kami takde rezeki nak naik jugak. or at least tengok belon tu naik..huhu... (selamat jugak tak dapat belanja en.Alang..hik2..)


alang2 dah hujan kat putrajaya, kitorang pegi alamanda je la. cadang nak tengok wayang. tapi semua cerita minggu ni tak mengujakan langsung. sudahnya merayau2 je la. nak cari baju pun tak berkenan. knowing him as cerewet. huhu... (jangan en.Alang baca sudah..haha... tau takut!)

so, kesimpulan jalan-jalan semalam adalah sekadar makan angin dalam erti kata sebenar. haha... apa yang bestnya, masa duduk makan kat kajang (lepas dah takde idea nak buat apa dah..boleh?) sembang2 pasal kenduri dengan dia. after 4 months.. barulah boleh dibawak berbincang pakcik sorang ni. kalo idak, jawapannya nanti la apa la.. alhamdulillah... suka! suka!
boleh tak, aku rasa tak sabar tapi takut pulak. muahahaha... apape tah!

happy spending time with him... my en.Alang...

gambar berdua ngan en.Alang memang takde la. dalam mimpi banyak la.. huhu.... so, aku sesatkan gambar kereta penuh barang ni.. masa shopping dgn mak abah kat nilai 3.. hehe..

p/s : oh! dalam hati ada taman..


Saturday, March 20, 2010

- cuti sekolah, persiapan dan dot dot dot -

salam.
fuh!! lama betul tak update. biasalah adilah kalau dah cuti sekolah, duduk rumah dengan talian internet yang seangkatan dengan kura-kura. tergantunglah entry blog. bersawang sudah..

cuti macam biasa. cuma hari tu balik lambat sikit sebab dinner sekolah. lepas tu jumpa en.Alang kejap sebab nak bagi kad dan barang2 hantaran. hari isnin baru balik kampung. duduk rumah je tak ke mana pun. duk bincang2 dengan mak abah pasal kenduri. (tak sangka aku dah boleh bincang pasal kahwin dengan mak abah..heh..) gedik!

hari rabu ajak mak abah jalan2 ke nilai 3 cari barang2. shopping macam apa je. beli bakul mengkuang yang aku ingin2kan tu. mula2 masuk kedai thankQ.tapi mak aii harga padan dengan besar kedai dia. jalan2 pulak masuk kedai lain. lepas tu singgah kat satu kedai ni. kecik je. tapi harga sangat2 lah berbaloi. murah! apa lagi? sakan la mak abah pilih paper bag. ingat nak cari seklai sarung poket untuk bungkus gula2. tapi macam tergak2 so, kiv dulu..

lepas makan dulu sementara orang kedai tu tampal bunga kecik2 kat bakul2 aku. abis makan masuk pulak kedai langsir. heheh... memang rambang mata la gi nilai 3 nih. cantik2 gilos la langsir dia. cuma pasal rumah kitorang rumah kampung je. tak berapa sesuai dengan pattern langsir yang aku suka tu. kalo tak memang dah suruh orang tu jahit dan2 tu jugak.haha...

habis memborong balik ler kitorang. lebih kurang jam 3.30. penat lorr... pusing2 cari kedai yang aku ngan wan n aufa pegi dulu, tapi tak jumpa. dah tak larat dah.

gambar ada, tapi malas pulak la ni nak transfer ke laptop. heheh... nanti2 la ye..

balik rumah kira2 semua belanja yang aku dah buat untuk kahwin ni. dah cecah 4K weii... gilak! tu belum barang2 masak lagi. ngeee....!!! tidak!!!


Sunday, March 14, 2010

- fokus -

alhamdulillah..
berakhir sudah majlis malam amal cbn 2. dengan kehadiran 500++ tetamu, majlis berjalan lancar. tetapi sedikit terganggu di awal2 persembahan media. (ni yang takut nak hadap post-mortem ni..) ada juga artis2 kecik (or budak2...) yang aku pun tak cam sebab, muka diorg ni lain betul bile dah face-to-face.
persembahan penutup oleh Aizat n band. then kemas2 sampai pukul 1.00 lebih. drive sampai rumah lebih kurang jam 2 pagi. ngantuk campur penat.

syukur segala kesulitan dapat diatasi. kelam kabut sebelum majlis dapat diredakan. tapi untuk melaluinya lagi, aku akan elak. cukup2 lah dengan segala tekanan. sampaikan masa untuk diri sendiri pun terabai.
dengan kena marah nya. kena perlinya. bebel lagi. sakit tau kalau kita penat2 tapi org pandang sebelah mata je. kalau tak sebab nak cari duit untuk sekolah, takdenye aku payah2 nak berkejar sana sini ni. yah..i know!boss always right. but tak perlu la bersikap begitu, kan??

sekarang boleh fokus. fokus pada core business dalam kerjaya aku yang sebelum ini macam melepas batuk ditangga je. (maap ye anak2..) then fokus pada persiapan big day aku. (heee...tak sabar nak soping!!)

tadi.
en.Alang (rindunya sama kamu!!!) singgah kg baru dari selayang, untuk hantar borang dia. aku pulak terus hantar kad dan barang2 hantaran. alhamdulillah settle di situ.
balik cuti sekolah ni, plan nak pegi butik, fitting baju, confirm segala. nak buat blood test. pastu nak pegi nilai 3. shopping!!! insyaAllah.. harap2 menjadi la. malas nak tangguh2 lagi. kang semua kalut.

moga2 persiapan yang ini pulak berjalan lancar. tak mahu ada kalut2. kena marah, kena bebel macam program sekolah tu.

tak sabar!!! =)


Saturday, March 13, 2010

- kamiblogger biggest contest -

STICKY POST

disebabkan seorang blogger
kakngah
saya sudah belajar masuk contest2 blog nih... yaa!!! macam2.
kali ni contest ni pulak..
anjuran FCU COMMUNITY
syarat2 penyertaan seperti berikut. klik link.
jangan ada dengki di antara kita... mari komen yuk!


SYARAT-SYARAT PENYERTAAN
1. Terbuka kepada semua blogger-blogger Malaysia.
2. Peserta wajib mengikuti setiap step penyertaan yang diterangkan di bawah
3. Peserta dilarang menjatuhkan mana-mana pihak lain.
4. Pihak penganjur mempunyai hak untuk membuat sebarang perubahan contest
5. Penaja bertanggungjawab sepenuhnya terhadap hadiah-hadiah yang ditawarkan.
6. Keputusan adalah muktamad. senang jek kan nak turut serta..

hadiah yang ditawarkan adalah bernilai lebih daripada rm3500.
wow!
jom kite tengok hadiah yang lumayan tu..


JOHAN

Rekaan Flash Header esklusif bernilai RM150 tajaan fcubanner Satu set produk fcumiracle bernilai RM75 tajaan fcumiracle Beg tangan wanita bernilai RM92 tajaan PattyBelle New One Drop Perfume esklusif bernilai RM40 tajaan Rizi-Biz 1 pcs Babyland Printed bernilai RM35 tajaan BabykidsLove Cenderamata khas thailand bernilai RM20 tajaan Rizi-Biz

NAIB JOHAN
Rekaan Flash Banner 180x200 bernilai RM55 tajaan fcubanner Satu set produk fcumiracle bernilai RM75 tajaan fcumiracle Beg tangan wanita bernilai RM92 tajaan PattyBelle New One Drop Perfume esklusif bernilai RM40 tajaan Rizi-Biz 1 pcs Coolababy Velcro bernilai RM33 tajaan BabykidsLove Cenderamata khas thailand bernilai RM20 tajaan Rizi-Biz

TEMPAT KE 3

Rekaan Flash Banner 150x150 bernilai RM45 tajaan fcubanner Satu set produk fcumiracle bernilai RM75 tajaan fcumiracle 1 set Cadar bernilai RM75 tajaan DaniaShop New One Drop Perfume esklusif bernilai RM40 tajaan Rizi-Biz 1 pcs Coolababy Snap Button bernilai RM28 tajaan BabykidsLove Cenderamata khas thailand bernilai RM20 tajaan Rizi-Biz

TEMPAT KE 4

1 set Cadar bernilai RM75 tajaan DaniaShop Satu set produk fcumiracle bernilai RM75 tajaan fcumiracleCenderamata khas thailand bernilai RM20 tajaan Rizi-Biz

TEMPAT KE 5

Sepasang Kasut Wanita bernilai RM63 tajaan Shopperlicious Cenderamata khas thailand bernilai RM20 tajaan Rizi-Biz Satu set produk fcumiracle bernilai RM75 tajaan fcumiracle


whoaaaa....!! hadiah meriah tu babe...
banyak lagi hadiah tau...
apa lagi? mari..mari..mari.. mari komen...
tinggalkan link korang jgk oke...

yg belum join, mai join sama...
klik SINI



Monday, March 8, 2010

- 2nd runner up -

alhamdulillah...
setelah menjalani latihan selama lebih kurang 8 bulan.
pasukan hoki CBN 2 berjaya mendapat tempat ketiga dalam kejohanan MSSWP 2010. ingat nak dapat johan. tapi takde rezeki dan takde tuah.

setelah mengharungi segala halangan, cabaran dan kritikan. mereka menunjukkan hasil.
sedikit mengecewakan apabila kami guru-guru kempunan gol. (nasib baik takde yang pregnant..abesla..haha)
betul2 dapat satu gol ketika masa tambahan menentukan tempat ke3 dan ke4 yang bermain secara golden ball..
memang golden ball lah yang mereka dapatkan.
syukurlah...

lepas ni boleh bertumpu fokus kepada Gliter Nite pulak.
stayback lagi.
layankan gambar budak2 ni ye...



Sunday, March 7, 2010

- dalil cinta -

semalam.
cerekarama tv3. korang tengok tak? lakonan fahrin ahmad dan sharifah amani.
aku tengok separuh je. tak larat. badan dah sakit sangat sebab main hoki pagi semalam.
aku taktau apa sinonim nye tajuk dalil cinta tu dengan jalan cerita dia. tapi cerita dia ok la. bagus untuk b2b macam aku ni.

sambil2 tengok tu, sambil merenung kekurangan diri. bersedia ke aku ni. takutnye nak kahwin... diri sendiri tak terjaga lagi, nak jaga anak teruna orang. nak siapkan baju dia. nak masakkan untuk dia. adoii... ketuk kepala sendiri.

dah la aku tak penah jumpa mak ayah dia. family dia. macam mana ni?
macam mana kalau... aaa!!! tak nak.. tak nak... takutttt....
betulla kata orang.. marriage is like a gamble.. oh! boleh ke?

ish! kalaula en.Alang baca blog ni. macam tak je... terima la saya seadanya saya ye,wak...
saya takut ni.. even jauh lagi nak sampai 6 jun itu.
aa... sakit perut!

dah! saya takleh nak pikir lagi dah..

p/s : nape dah takde cerita pasal preparation ni??

- tag kamiblogger biggest contest -

haha... sejak join contest ni macam2 dah kena jawab. siap buat tugasan lagi. kali tugasan yang perlu dibuat ialah menyediakan soalan untuk ditag kepada peserta contest yang lain. harap2 yang di tag tu dapat la jawab ye. terima kasih in advance.. :)



jadi...
cara menjawab sudah diterangkan di SINI

senang je. soalan pun kacang je...

1. Korang berasal dari negeri mana?
2. Namakan something yang menjadi tarikan orang ramai di tempat asal korang.
3. Bila kali terakhir korang makan ayam goreng?
4. Apa panggilan manja korang kat rumah?
5. Siapa yang sedang kamu bayangkan masa menaip jawapan tag ini?
6. Berapa saiz kasut korang?
7. Mana yang korang lebih suka, rock atau balada?
8. Siapa nama cikgu matematik Tahun 6 korang?
9. Tahun bila korang dilahirkan?
10. Siapa nama penuh korang?

dan.....
saya mahu tag ini dijawab oleh...
:
:
:
:
:
:

shop4islam
malaywifelife
applegreengirl
snowwhitezone
aleeya
mieran87
dahliajournal
kakngah
senyumsimpul
asahara93

harap2 dapat dijawablah ye...
tq again...



Saturday, March 6, 2010

- 3 bulan -


lagi 3 bulan...
ah! macam tipu je. kenapa sekejap sangat? kenapa macam baru semalam je kenal en.Alang? isk... tak sempat nak feeling2 pun. isk... betul ke ni? aduila... tolong!!!

lagi 3 bulan...
have to settle banyak benda.
hiv test. borang nikah (nasib baik dalam masa 2 bulan...)
favor gift. bilik aku. rumah tak kemas. tak cari rumah sewa lagi. nak duduk mana nanti?

lagi 3 bulan...
tapi masih tak terfikir bagaimana kehidupan lepas akad nikah nanti. bersediakah aku? punya 2 keluarga. punya seorang yang perlu diutamakan. punya beberapa orang yang bakal hadir.. (aminnn...)

aaa!!!! tipu! tipu! tipu!


Friday, March 5, 2010

- saya sayang dia....dan dia... -

3 hari kereta problem, tekanan pada diri ini semakin teruk. dengan tak malunya adilah mempamerkan emosinya yang koyak rabak, lintang pukang dan sewaktu dengannya..(belasah je la...)

semalam, sedang menanti game budak2, abah call memberitahu abah dan emak berada di jalan TAR berjalan2 meninjau2.. waaa....aku menangis lagi. kali ni sebab terharu (sebab apa?) aku call abah pagi tu bagitau pasal kereta. tak sangka abah n emak datang ke KL sebab nak tengokkan kereta kecik tu.. huhu saya sayang abah saya!!!!! saya sayang emak saya!!!!!

abes game, sampai2 je kat sekolah aku terus turun ke jalan TAR. abah n emak dah siap2 beli dah. mak beli jugak tudung yang cadangnya nak diberi pada orang2 rewang. terima kasih, mak... aku baru cadang nak tengok2 weekend ni. tapi mak dah beli dulu.

lepas tu terus tengokkan kereta. rupanya wiring problem. hantar pomen, pukul 6 baru siap. abah n emak terus balik sebab malam tu abah ada hal. kesian abah. kesian emak. teruk kan aku ni? menyusahkan je. dah besar tua bangka pun nak menyusahkan mak abah lagi. huhu....

hari ni pulak, dugaan paling besar. berkenaan hal dinner yang selama ni aku uruskan. segala dokumen word dalam pendrive aku hilang begitu saja. punyala kalut. salah aku jugak tak buat backup dalam laptop. dengan kelam kabutnya lepas sekolah balik terus, carik balik dokumen2 tu untuk di emelkan kepda ajk tertentu. Ya Allah ya tuhan. maha berat dugaan tugasan ni.. alhamdulillah dapat diatasi semuanya. itupun lepas jam hampir ke pukul 4. huhu... lega..

p/s : team hoki dapat masuk semifinal. harap2 dapat teruskan ke final.doa2 ye...

p/s 2 : weekend yg tak best. en.Alang balik kampung.(kalau dia tak balik pun,
macamlah dapat jumpa.huhu...)

Wednesday, March 3, 2010

- debaran -

macam debar menanti ape je kan...
takde apa pun.haha... entry pun sesaje menghilangkan bosan
alhamdulillah, 2 hari ni takde kerja2 menaip, mencetak untuk dinner. so malam2 ku agak free la sikit.
2 hari ni jugak aku patah kaki sebab encik bagak buat hal.. bateri kong pulak. nasib baik bawah flat ni ada pomen. tak payah nak cari jauh2. alhamdulillah petang tadi, dah ok. esok dah boleh naik kereta balik pegi sekolah.(ni la dia!dah biasa sangat senang...)

petang tadi jugak, lepas dapat kereta aku terus ke Medan Mara amik baju nikah. alhamdulillah dah siap. suke!!!! heehhehh... (tak sabar nak kawen...boleh??) yang aku risau sekarang ni, kad. aku minta dalam minggu ni sebab nak bagi en.Alang, dia nak balik kampung weekend ni. tapi, belum siap jugak lagi.huhu... payah ni. dan...cakap pasal en.Alang, malam semalam dia tiba2 tanyakan pasal warna apa yang sesuai untuk pakai kat alor star nanti.. aku terkejut la kan. sebab hari tu dah decide nak pakai baju nikah je. rupa2 nya family dia cadang nak wat tema kaler lain pulak.. yeay!!!! i love my future in-laws...haha.. macam tau2 je sebenarnya niat hatiku.. harap2 en.Alang ikutkan je plan diorang. leh la aku melaram baju kaler lain untuk majlis bertandang. weee....!!! senyum sampai telinga ni...

esok, bawak budak2 tournament hoki MSSWP kat Stadium Tun Razak Jalan Duta. harap2 ada berita baik untuk tahun ni. doakan kami ye...


Tuesday, March 2, 2010

- aku mau...tapi... -

aku teringin.
aku mahu.
aku hendak.

nak DIY sendiri barang hantaran. favor gift. hiasan.
macam2.

tapi...mak dah kata, hantar je barang hantaran tu kat kedai. cantik2 je. harga pun ok. (ok,mak dah kata macam tu.perlukah aku bersudah payah lagi...? perlu!cari duit lebih untuk bayaran itu.)

abah kata, nak beli apa pun kat nilai tu? ketika aku menyuarakan hasrat shopping di nilai 3. isk!!abah ni...orang nak buat favor gift untuk tetamu la...

mak kata, mampu ke nak jahit langsir2 tu semua? ketika aku menyatakan persoalan nak tukar ke langsir rumah. huhu... tu yang aku tak mampu nak jawab. sebab, aku tak sempat. boleh tak beli siap je terus. kuar duit lebih la nampaknya kan...

huhu...
ingatkan nak tulis sebaris dua je. jadi banyak pulak..huhu....


Monday, March 1, 2010

- food tasting -

entry kali ini tak berkaitan dengan preparation big day ye. memandangkan abah memilih untuk masak secara rewang bersama orang kampung. jadi takde sesi food tasting dengan katerer.

tittle food tasting itu adalah untuk dinner yang bakal berlangsung minggu depan di PGRM Cheras. oleh kerana aku salah seorang committee, aku disuruh (
wajib ke tak taula...)
jumpa dengan yang lain2 di Junction Bistro jam 3ptg. tak ramai pun. sebab masing2 ada hal. malah YDP pun tak dapat hadir, so beliau mewakilkan kami yang lain.
aku pulak follow kak siti untuk ke sana. sebab ingat2 lupa jalan ke sana.

kami memilih chinese course. quite ok. tapi ada beberapa yang perlu ditukar kerana tidak bersesuaian dengan selera kanak-kanak. alhamdulillah dapat makan free hari ni. malam dinner nanti belum tentu dapat makan sebab sibuk menguruskan acara. hehe...

habis makan, kami melawat ke Dewan Wawasan tempat bakal berlangsungnya Glitter Nite 2010. sungguhla besar. sebesar2 nya. memang boleh pengsan guru-guru backdrop. persembahan juga. giler kentang!

siap2 semua, bergerak pulang jam 4.30. terus aku menuju ke D'Anjung untuk melihat perkembangan kad jemputan. (
skema tak ingat!) rupanya belum siap. takpela, sebab aku pun belum keluar duit lagi nak bayar baki tu. hehe... baju nikah pun aku amik hari rabu. berdebar pulak rasenye.. huhu... apalah rupanya ye.. ngeee.....

itu saja.
tido!
daaa~~