Thursday, December 31, 2009

- tahun baru 2010 -

assalam...
lagi beberapa jam je lagi kita nak meninggalkan 2009. maka hadirlah tahun baru 2010. alhamdulillah tahun 2009 banyak memberi kenangan dan pengalaman yang akan tersimpan di kotak memori ini seumur hidup.
dan semoga tahun 2010 bakal memberi 1001 pengalaman yang baik dan menjadi panduan untuk kita meneruskan perjalanan hidup kita sehari-hari.

azam?
hehe...aku tak penah nak tanam azam.kenapa ye?teruk betul takde benda nak dicapai kan?bukan apa, aku menanam azam seumur hidup.maksudnya macam long term punye tekad la.haha..
alhamdulillah ada juga yang dah tercapai dan masih banyak lagi yang akan dicapai, insyaAllah.

kenangan 2009?
(wah!!entry ada byk subtopic nih...)
baaaanyak sangat!!
tahun pertama posting. (terus dapat kl lak tu.alhamdulillah..)
dapat anak buah hero.hehe...hensem gitu!
jumpa lelaki yang bakal menjadi teman hidup.syukur..segalanya berjalan baik buat masa ni.
ermmm...banyak lagi lah.malas pulak nak dah.

banyak cerita minggu ni.bermula dengan segala mesyuarat pengurusan sampailah ke pendaftaran tahun 1 dan pembayaran yuran.macam2. letih setelah begitu lama memanjakan diri kat rumah.tu lah,ari tu kata bosan sangat duduk rumah.amik kau!!
harap2 dapat bertahan.tak mo keluh kesah.semoga tugas2 baru ini dapat diselesaikan dengan baik dan cemerlang dan tiada halangan untuk melaksanakannnya.
caiyok adilah!!!

last but not least...

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2010.
SEMOGA PERKARA YANG BAIK2 AKAN MELINGKARI PERJALANAN HIDUP KITA SEMUA.

No comments: