Wednesday, October 28, 2009

- transformasi -

transformasi....
macam-macam dah berlaku sekarang...
dari yang buruk ke yang baik...atau pun yang baik ke yang buruk.

kat sekolah aku sekarang ni pun dah berlaku transformasi.
banyak bilik dah dinaik taraf.

kalau nak tau,cikgu-cikgu pun dah ada transformasi..
mula-mula pasal grooming diri...make-up segala, dan sifunya dah tentulah mrs.erniza.hihihi....

lepas tu, pasal slimming program pulak.tapi takdelah sampai masuk yang macam kat tv tu...cuma jusmate 5 je...tapi aku tak terlibat la..nak aku jadi jerangkung ke pulak la kan...

la nih, celik IT pulak.facebook la, apa lagi.
berderet tengah tunggu turn untuk didaftarkan akaun facebook..hihi...
yela, budak darjah 2 pun dah ada fb, cikgu2 mestilah kena ada jugak...tak boleh tinggal.
tak percaya, pi tengok friendslist aku...

bagus cikgu-cikgu sekolah aku ni. :)


Monday, October 26, 2009

- iklan -

kamu perasan tak...
sejak kebelakangan ni iklan-iklan kat tv malaysia ni macam hyperbola la...tak kisahla iklan kat channel mana-mana pun.iklan syampoo, iklan jajan, iklan bank mahupun iklan syarikat korporat.jadi entah apa-apa entah..mengarut pun ada.

kenapa ya?
dah takde idea ke mereka ni semua..kadang-kadang boleh kata iklan tu ada yang memalukan diri sendiri, ada juga yang mendiskriminasi...hanya semata-mata nak jual produk masing-masing.

tapi masih ada iklan yang mampu memberi mesej yang bagus.yang masih boleh difikirkan untuk memiliki produk mereka.dan boleh disebut-sebut kerana ke'best'annya..bukan kerana mahu mengajuk-ajuk kerana ianya terlalu kelakar.

aku pun sekarang ni suka sangat iklan 'everyone connects'.mulanya suka pada lagu tema dia. 'through my window'. tapi lama-lama tu suka pulak dengan konsep iklan tu. ala yang scene dekat office, orang kertas lelaki tu kesunyian then dia nampak orang kertas perempuan kat bangunan sebelah.pastu office worker tu semua tolong dia melintas bangunan tu pakai tali..haha so cute!and sweet tho...

lagu pun best..by bunkface...here's the lyrics...

Don’t want much, I just want everything
Thought that I could, do almost anything
One step in front of the other
Thought that I could do it alone

In the blink of an eye, it’s just another day
Telling me why, I’ll find another way
Got this feeling, got me reeling
I can almost start believing

Now there’s me and you
And we are not alone
You and me
We are together now
Through my window, I can see there’s
More than you and more than me
Me and you
And we are not alone
Different view
We are together now
Through my window, I can see
Our wildest dreams could be so real

I see a spark, it starts a fire
Is this the one worth waiting for?
Thought that I could do it without you
Can’t exist like this anymore

Now there’s me and you
And we are not alone
You and me
We are together now
Through my window, I can see there’s
More than you and more than me

Now there’s me and you, you and me
We are not alone and we are together
Through my window I can see
Our wildest dreams could be so real

Sunday, October 25, 2009

- mencari -

salam...
hurmmm...dah lama tak berjalan-jalan.so semalam,dengan senang hatinya, aku pergi merayau sampai ke seremban.dah biasa je sebenarnya.cuma since puasa hari tu tak sempat nak merayau...
dapt ugak cari seluar.muahaha...dalam merungut gaji lambat dapat, sempat gak menghabiskannya tu..apa-apa lah...
cari juga something important untuk awal cuti nanti.just simple.tak suka yang nampak vogue sangat..hahah....
tapi bile call mak malam tadi, abah kata kena dua sekaligus..aduh!!!macam mana ini?

abah ooo abah...
1 tak boleh ek...
huhuhu..

Thursday, October 22, 2009

- warna-warni hujan -

murid1 : air hujan warna apa, cikgu?
murid2 : warna biru, kan cikgu?
cikgu : bukan...
murid1 : warna kuning?
cikgu : cuba tengok air hujan tu betul-betul.
murid2 : warna biru la, cikgu.
cikgu : air hujan tak berwarna. cuba tengok air masak tu, kan takde warna tu.
murid1 : kenapa dalam kartun tu air hujan warna biru? (sambil garu kepala..)
cikgu : ------------ ^_^


p/s : hati lega...

Tuesday, October 20, 2009

- kesian saye -

saya rindu dia...
tapi dia tak rindu pun kat saya...
kesian saya, kan??
huhuhu....


Friday, October 16, 2009

- makan lagi?? -

hurmm...
kali ni kat rumah wan(my ex-schoolmate) pulak..cadangnya nak buat minggu lepas.jumaat malam sabtu.tapi cik puan ina nak postpone, buat minggu ni, khamis malam jumaat.tapi kesudahannya dia yang tak ada sebab terpaksa attend kursus induksi 2 minggu kat pangkor. good luck ye makcik...hihi...

so, kami yang lain meneruskan rancangan yang telah dirancang..(apa punya ayat daa..??)
jam 530 petang aku bertolak dari kg baru.tersesat ke putrajaya pulak sebab aku ikut mex highway..terpaksa aufa ambil aku, kebetulan dia terus dari office dia kat cyberjaya.sorry cik aufa....

sampai kat rumah wan(sampai sudahla gamaknya aku sesat nak pergi rumah wan yang banyak simpang-simpang ni...) dan maghrib..lepak kejap.gosip ringan-ringan dulu sebelum fida dengan fiza sampai.bila dah diorang sampai, apa lagi gosip sakan la...hahah itulah kami.macam-macam...

makan-sambil-gosip time...si kecik kat belakang tengah main sendiri.

aufa tengah disoal siasat.siapakah yang bertakhta di hati...

sara dengan basikalnya.seronok sebab ramai kawan mama datang...

myself dengan sara...dia dah pandai posing la....

wan & wan buat barbeque..sedap....!! (wan, buat lagi ye lain kali..hihi) nasib wan la, sebab dia je yang dah kawin tapi still leh geng dengan yang bujang ni...credits to wan(i mean sang suami la...)
main-main dengan si kecik sara, then kitorang balik jam 10 lebih. itupun sebab sara dah meragam, cara halus nak suruh the aunties balik.hahha....

hmmm...rindu zaman buat nakal kat asrama...

Wednesday, October 14, 2009

- go go power renjers -

renjers?
kenapa bukan rangers?
entah ye..abaikan je lah...sebab nak cerita masuk hutan, panjat bukit nanas...
setelah 10 bulan di bukit nanas, baru inilah aku berpeluang meredah, menjelajahi hutan simpan bukit nanas ni..
baru inilah aku tahu, ada padang, ada tapak khemah, ada tempat senaman riang kat dalam hutan simpan ni...
terima kasih pada kak nora sebab bagi peluang kat aku bawa budak-budak tahun 6 kali ni.

monyet ni nama nora.ibunya ditembak masa ia baru dilahirkan.jadi pak guard hutan simpan ni jaga dia.kecik je lagi..


i just love the nature's photo.so much love.....
masa tengah jalan-jalan meredah denai sambil tengok nama-nama pokok...
dengan antara budak-budak dalam kumpulan aku.layan....
renjers itu kerana kami diiringi oleh 4 orang renjer hutan.terima kasih!!!!

Tuesday, October 13, 2009

- raya yang gila -

raya lagi?
kali ni sambutan peringkat sekolah la pulak..
persiapan bermula semalam.backdrop,pentas segala...
hari ini, majlis bermula jam 9 pagi..

meriah..
tak terkata.. rupanya macam inilah gaya cbn2 beraya..
macam-macam makanan ada.oh ya!kredit to puan veronica atas sumbangan menu utama hari ini. dan kepada parents cbn2 yang sudi menyediakan pelbagai jenis makanan untuk sambutan tahun ini.ada bihun goreng, kek, kuih-muih, macam-macam...sedap-sedap pulak tu..

sambil-sambil makan, ada selingan nyanyian oleh pelajar dan guru-guru.apa lgi? lagu raya la..dah nama pun sambutan hari raya,kan..?

let's the picas tell the story...



meriah tak..?hehe
semua guru bergotong royong untuk majlis ini..
baik sebelum atau pun selepas majlis...

thanks all....


p/s : another picas at facebook...

Saturday, October 10, 2009

- mula2 geram...lepas tu... -

raya tak habis lagi..
jemputan open house,jemputan kenduri..macam-macam jemputan.ye la,masa inilah senang nak buat kenduri.alang-alang beraya sekali,kan...?

rabu lepas, ambil cuti rehat sebab nak ikut mak ke majlis persaraan dia kat sk sg nibong..majlis sekaligus dengan sambutan hari raya.ramai ibu bapa yang join sekali.best je tengok kalau nak dibandingkan dengan penyertaan parents kat sekolah sendiri.
anyway,seronok tengok mak diraikan.terharu pun ada (boleh?aku pulak yang terharu...)aku jadi camera girl..letih jugak kalau tak cukup alatan ni.terlupa pulak bawa tripod.

mak dan abah potong kek masa sesi makan-makan.

khamis pulak..jamuan hari raya BKG kat sekolah.makan besar.macam-macam ada.menu utama satay dan kuetiau goreng.tapi tu la,tengah takde selera,makan pun sikit je.lagi pun open house sendiri hari tu pun buat satay jugak.alhamdulilah kenyang jugak hari tu.

ni je la yang boleh masuk perut..alhamdulillah...

hari ni, sabtu...kat sekolah ada LDP.maybe yang terakhir.tajuk Personaliti Unggul oleh Encik Haris, motivator yang yang buat kem dengan budak2 bulan mac dengan bulan julai hari tu.meriah jugak la LDP hari ni.habis awal, ingat boleh pergi kenduri fateen awal...tapi pakcik pulak ada hal..geram betul.tapi nak marah pun, tak boleh.nak marah pada apa,pada siapa?
sudahnya, pergi pukul 3 lebih..sampai kat rumah fateen dah dekat jam 5.nasib baik jumpa tz and husband dengan rinie.ada jugak la kawan nak ajak sembang.cerita-cerita pasal budak-budak kelas dulu.segan jugak aku dengan diorang ni semua.nasib baik jugak datang lambat,kan?kurangla keseganan aku.ye la....(pikir sendiri...)

sepadan fateen dengan hairil..sama cantik sama handsome.tapi tak boleh lama,pakcik kerja malam.apapun, thanks pakcik sebab temankan pergi kenduri.

mak buyung TZ, hairil & fateen, myself...

congrats fateen & hairil.semoga berbahagia hingga ke akhirnya.. ;)

p/s : hati sudah lega...

Friday, October 9, 2009

- biarkan dia berkata -

cik joyah : dila tu sombong.muka macam tu..huh!sombong!



ish..ish..ish..
adilah ni sombong rupanya.empunya diri tidak pula mengetahui yang dirinya dikatakan sombong.kena cermin balik muka ni.ada muka sombong rupanya.
apakah orang itu melihat ketika aku dalam keadaan tidak punya mood untuk bersedekah senyuman? takpelah,dah orang tak suka.kita senyum pun tetap juga dikata sombong,kan..

tapi mungkin juga aku punya kesalahan yang tidak disedari, namun diungkit sebegitu sekali.apakah dianya punya daulat hingga tidak boleh secubit kesalahan pun dilakukan padanya?walaupun segenggam kesalahan telah dicampak kepada kita?bukan mengungkit, cuma mempersoal...

apakan daya, aku semut merah..dia gajah thailand..(ada tak peribahasa macam tu?haha)

nasihat dari orang yang berpengalaman...

"takpela dila...tak payah pikir orang suka ke tak suka..janji kita bahagia,gaji kita jalan.."

memang sudah dijanjikan pada diri, malas betul fikir...,
tapi tertulis juga di sini...
macam mana tu?

Thursday, October 8, 2009

- primadona?? -

kelas 1

murid : cikgu...!!!cantik..
cikgu : ye...terima kasih....
murid : kenapa mata cikgu bulat?
cikgu : eh, memanglah.habis tu mata macam mana?
murid : mata sepet.
cikgu : macam awak?
murid : hehe...

kelas 2

murid : cikgu...cikgu pakai eyeshadow ye?
cikgu : takdelah..
murid : habis tu kenapa mata cikgu kaler purple..mesti cikgu pakai eyeshadow purple,kan?
cikgu : tak...mata cikgu memang kaler macam ni.
murid : cikgu tipu ni.mata kaler macam ni je..(sambil tunjuk kelopak mata sendiri) mana ada kaler purple.
cikgu : senyum je.


kelas 3

murid : cikgu..kenapa cikgu pakai tudung macam tu?
cikgu : kenapa?
murid : takde apa.
cikgu : hmm...macam-macam.


kelas 4

murid : cikgu..cikgu macam primadona la..
cikgu : erk....
primadona tu apa?
murid : emm...ala yang....(tak terjawab)
cikgu : senyum lagi...


itu la perbualan seorang cikgu dengan beberapa murid dari kelas yang berlainan.
nak tergelak pun ada..macam-macam...

Monday, October 5, 2009

- mari mengira -

aku mengajak semua untuk mengira.ya,mengira apa sahaja asalkan ia aktiviti mengira.
tidaklah.aku cuma mahu mengimbau situasi-situasi yang mana aku boleh ditempatkan di katil hospital atau pun kalau terlebih lagi,mahu dibalut dengan kain putih.insaf!

1989 - Patah riuk
aku semasa kecilnya sentiasa mahu mengikut langkah si abang.kalau dia bermain,aku turut serta.kalau dia makan,aku mahu di sebelah.pendek kata aku mahu sentiasa bersama si abang.(mungkin sebab itu juga sekarang aku berperawakan kasar jika dibandingkan dengan gadis seusia dengan ku).

ada sekali,hari cuti.ahad jika tidak silap.seisi rumah lena dibuai mimpi siang.si abang melangkah terjingkit-jingkit (tetap juga berbunyi kerana rumah usang itu) menuju ke tangga depan.aku yang menyedari cepat-cepat mengejar mahu meyertainya.tanpa melihat ke bawah, aku tersembam lalu tergolek-golek jatuh 7 anak tangga.yang menanti di bawah ialah simen.segera seisi tumah yang dibuai mimpi tadi terjaga.aku sudah meraung kesakitan.

kesannya : aku sakit pinggang sampai sekarang.(ditambah lagi dengan jatuh berkali-kali ketika aktiviti perkhemahan semasa besarnya.)


1994 - Laju-laju kayuh
dulu sekolah aku pagi dan petang.sekolah pagi ialah sekolah kebangsaan. dan sekolah petang ialah sekolah agama.petangnya aku ke sekolah menunggang basikal.tapi sebelum pulang ke rumah, aku gemar sekali mengikut kawan-kawan melencong ke tempat lain.bukan jauh sangat pun.sekadar kampung sebelah mengayuh basikal.

ada seklai aku melencong tetapi sudah lewat mahu pulang.jadi cepat-cepat mengayuh.apatah lagi kawan-kawan sudah meninggalkan aku di belakang.sampai di simpang aku perlu melintas jalan besar.tapi, aku tak berhenti sebab takut ditinggalkan kawan yang sudah jauh ke depan tanpa menyedari aku sedang melintas jalan besar. ketika itu ada sebuah motor.

bayangkan kalau kereta atau lori yang besar sedang lalu ketika aku melintas jalan itu.
bayangkan lagi kalau jalan itu kini sebesar jalan yang sekarang.(4 lane..wassalam)

kesannya : aku takut melintas jalan seorang diri.


1992 & 1993 - Jejari basikal, bukan jejari ikan.
macam situasi pertama,aku gemar mengikut si abang.kali ini, mengikutnya yang baru belajar bawa motor pusing-pusing kampung.kebetulan ada rumah terbiar.sia abang memulas minyak motor terlalu kuat lalu menghentam tiang rumah terbiar itu.kami terjatuh.kaki kiri tidak dapat aku selamatkan lalu termasuk ke dalam jejari motor.lalu bergema lah suaraku seisi alam.cepat-cepat jiran yang ada di situ (kebetulannya ada kaitan saudara dengan keluarga kami.) menjenguk dan memanggil ayahku di rumah.

itu satu.jejari motor.

kali kedua ialah ketika si abang ditugaskan mengambilku dengan basikal di sekolah agama kerana ayahku tiada.ketika hampir sampai di rumah, kami terserempak dengan ayah yang sedang meyorong motor yang rosak.bila abang kata yang dia nampak ayah, terus aku menjenguk dari tempat duduk belakang dan tanpa sedar kakiku terikut dan termasuk ke dalam jejari basikal.apa lagi, bergema sekali lagi suaraku seisi alam.

kesannya : parut di kaki yang tak mungkin hilang bagi puluhan tahun akan datang.

-------------

sekarang...
syukur aku masih di sini.

Sunday, October 4, 2009

- noname post -

saya lega.
saya lapang.
saya tak percaya.
saya terharu.



saya suka.
(^_^)


Thursday, October 1, 2009

- jerung menjadi jinak?boleh ke? -

semalam, kak nora offer aku, sama ada kilang roti Hi-5 atau Aquaria KLCC? aku apa lagi, terus cakap Aquaria. yeay!!dapat jugak peluang pergi sana.sebelum ni pernah merancang tapi asyik tak jadi je.masa, duit, semua jadi penghalang. tapi kali ni, peluang pasti tak akan dilepaskan.

Alhamdulillah.
Jam 9.30 pagi tadi, beraturlah pelajar Tahun 6 ke LRT Dang Wangi diiringi beberapa orang guru untuk pergi ke Aquaria KLCC.Letih woo...dah lama aku tak berjalan jauh.berpeluh-peluh jugakla.satmina dah kurang la sekarang ni.ketuk kepala sendiri.malas bersenam!

Sampai kat Aquaria lebih kurang jam 10.15.kena menunggu sebab tempat tu buka jam 11.tengah-tengah berjalan tu, tiba-tiba pulak dapat call.dan call itu la yang buat aku berdebar-debar sampai masuk KLCC yang sejuk tu pun aku boleh berpeluh-peluh.eh, tu cerita lain nanti.


menunggu sebelum sesi lunch ikan dan penyu...

Tepat jam 11, rombongan masuk ke Aquaria.mula-mula lagi dah tengok Piranha Feedings. memang cepat la ikan-ikan tu melahap.phew!terus masuk tengok-tengok ikan yang lain.kecil je rupanya Aquaria ni.lepas tu, tengok pula sesi bagi makan ikan.paling suka tengok Divers tu bagi makan kat penyu-penyu. manjanya lah penyu-penyu tu.kuat makan lagi. asyik minta je kat Divers tu.

seronoknya budak-budak ni..

Sesi bergambar memang berlangsung sepanjang dalam Aquaria tu la.macam biasa. dan kami pun pulang lebih jam 1..eh, aku balik awal dengan kak aisyah sebab nak menemankan 3-4 orang budak yang kena balik awal sebab naik bas. Hish!letih..letih..macam mana ni?

star in my hand???


- open blog -



alamak...ada orang nak datang.blog tengah bersepah.sila-silalah layan diri ye.
saya tak buat kuih sempena raya tahun ni.semuanya kuih tunjuk.apa yang ada je ni.

sila.. :)