Monday, August 31, 2009

- 52 tahun -

hari ni genap 52 tahun negara Malaysia mencapai kemerdekaan. merdeka yang dulunya memang dinanti-nantikan dan dihayati dengan penuh perasaan.

tapi sekarang...sendiri mengakui yang anak muda sekarang tidak menghayati erti sebenar kemerdekaan. yang mana bagi aku maksudnya membebaskan diri dari segala sifat-sifat yang tak baik.melepaskan pemikiran kita daripada dijajah oleh yang tidak sepatutnya.

aku sendiri kadang-kadang terlupa akan usaha-usaha veteran merdeka yang bersusah payah untuk kemerdekaan malaysia.ya!baru tahun lepas aku menonton filem 1957 hati malaya yang memaparkan liku-liku mereka mendapatkan hadiah yang sangat berharga itu.kita semua memang perlu menontonnya (apatah lagi kalau malas nak membaca bahan-bahan sejarah tu..)syukur aku mendapat peluang itu.

kini,dengan pelbagai kemajuan,peningkatan,kemudahan yang kita kecapi,apakah kita patut lupakan bagaimana kita boleh memperolehinya...tak mungkin...

Ya Allah...
bebaskan pemikiran ini dari dibelenggu penjajahan yang tidak sepatutnya.
izinkan aku terus mengecapi kejayaan kemajuan ini...
hindarkan aku dari terlupa akan asal-usul ku...
aminn....

salam merdeka ke-52...

No comments: