Thursday, August 2, 2012

- mee kicap -

oleh kerana kebosanan makan nasi di bulan posa ni... gigih la aku mencari resepi hidangan alternatif selain nasi... maka, terserempaklah dengan resepi mee kicap ni... mula2 resepinya macam mee hailam je. surfing lagi, dpt pulak resepi yang orang kata macam Ipoh Style.. chinese food yang glemer di Ipoh. aku tak penah la makan. tapi nampak macam best je.

maka, inilah dia...nyum3... dah selamat masuk perut pun. resepi dapat dari cikIza@myResipi.. tapi macam biasa la, aku tambah2 sikit. tak sah kalau tak derhaka resepi orang kan...
Sumber Gambar dari cikIza@myResipi

enAlang jenis yang tak biasa makan nasi. tapi dia kata ok je masa aku nak start masak  petang tu. tengok2 balik dari surau, dia yang ngadap dulu.. macam makan Indo mee katanya.. haha... aku pun taktau apa rasa sebenar mee kicap ni.. agak2 menjadi la tu kot kan.. enAlang pun menambah je. hihi...

so, ni aku kopiket resipinya...

Mee Kicap

Bahan-bahan ( 2 org )
250 gm mee kuning
lbh kurang 40-50 gm taugeh

*KUAH*
2 biji bawang putih diracik halus
1 sb minyak masak
1cm halia ditumbuk
3 sb kicap manis
3 sb sos tiram
1 sk kicap pekat
1 sk pati ikan bilis (saya guna brand tumix)
sedikit lada sulah
1 cwn air
garam n sedikit gula kalau perlu......

*SUP*
1 biji bawang merah
1 ulas bwg putih
3 cwn air
1 sk pati ikan bilis
fish cake n fish ball
sedikit lada sulah n garam

Cara-cara
1.Panaskan minyak... tumis bawang putih hingga kekuningan n garing... Kuarkan bawang putih. (Jgn buang akan tabur kat mee nanti.....). Kita akan dpt minyak bawang putih....
2.Dgn minyak tadi tumis halia hingga naik bau masukkkan kicap manis, sos tiram, air n kicap pekat. Biar mendidih...
3.Masukkan lada sulah, pati ikan bilis n garam n gula kalau sos tiram tak masin. Biar hingga kuah pekat.... 4.Siap, matikan api.

*UTK SUP*
1.Tumis bawang merah n bawang putih hingga naik bau masukkan air... biar mendidih, letak pati ikan bilis lada sulah, fishball, fish cake n sikit garam... biar mendidih n siap...
2.Celur mee n taugeh... tapis...letak kat pinggan n tuang kuah kicap..... tabur ngan daun bawang, bawang putih goreng... Siap tuk dihidang......
3.Hidang bersama sup n lada kicap..... Biasanya saya suka mkn ngan ayam hainan


so, lelain...boleh la mencuba...:)

Monday, July 30, 2012

- ramadhan -

kesian cik blog...lama kena tinggal.
tuan empunya ni malas betul sekarang ni. asikla kehilangan mood. mood nak menaip, nak amik gambar. semua hilanglah.. terbang melayang tah ke mana...huhu sedih...

ramadhan pun dah masuk hari ke-11.. alhamdulillah setakat ni ibu masih berupaya untuk meneruskan. cuma biasalah, dah lepas pukul 3 atau 4 ptg tu, dah melepek la..kul 6 bangun gagahkan diri jugak untuk masak. kang tak berbuka pulak..

si kecik pulak dah masuk minggu 32. aktif waktu malam la pulak. asik mengaduh je la ibu.. kuat jugak anak ni menendang menumbuk segala. macam buat konsert rock la pulak. alhamdulillah, check up latest ari tu, baby sihat. semoga selamat sampai waktunya nanti, ye baby ye...

selamat berpuasa semua.



p/s : thinking of...nak wat give away la.. tp kena pikirkan dulu apa yang perlu dibuat. hadiahnya sudah dalam pikiran...what say u??

Monday, July 2, 2012

- she's a girl -

alhamdulillah....dah tau dah gender baby. ramai gak yang salah teka. termasukla ibu sendiri..hehe

sabtu.
pegi pangsoon di hulu langat. join picnic2 geng tempat kerja enAlang. act, ni dah kali kedua. program utama, bbq malam dan mandi sungai.. tapi tahun ni xdpt la nak join mandi sungai. kang ada yang timbul perut bulat je. aahahaha...

dapat jugak merasa durian kampung fresh. tp xleh banyak2..kang panas. ingat nasihat mak kt kampung. huhu...

ahad pulak. hari yang ditunggu2.. nak intai baby kat dalam. aku dan enAlang bertolak pulang awal, sebab ada appointment dengan klinik jameaton di seri kembangan. tapi sampai2 kat klinik tu, rupanya lunch hour. terpaksa menunggu kejap.

sampai masanya...jeng..jeng..jeng..
baby menunduk je la pulak. sabo je la baby ni tau. dlam kereta bukan main lagi dia menendang2. siap sonografer tu pujuk2 lagi. tp takmo jugak dia memusing. ( aku scan bukan dgn doc jameaton sendiri. snografer maybe...hehe main agak je).. nampakla muka baby sipi2. malu2 lak dia. macam ayah la ni. tak suka bergambo..huhu... puas hati jugak sebab aku buat 4D. dpat gambar print 4 keping dan 1 cd dgn harga rm100. ok la tu kan..? kalau survey tempat lain, ada yang sampai rm180. huhu.. tak dayo den..

ok, pasni kita boleh shopping la ye baby ye...
tak sabarnya..hehe...