Saturday, August 27, 2011

- salam idulfitri -

update from manjung...my SIL house.

sebenonya nak amik baju raya yang dia tolong jahitkan. umah mak sendiri pun tak balik lagi.huhu.... nak raya dah upenye. pasni balik sg besar. enAlang keje malam raya.huhu sedih. raya tanpa enAlang pulak tahun ni. raya ke3 baru la balik kedah. InsyaAllah...

okla...kesempatan ni nak ucap Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri. maaf atas segala khilaf yang tercipta. semoga lebaran kali ini memberi lebih makna yang mendalam buat kita semua.

jemputla datang ke rumah ye. tapi lepas raya ke6 la ye...hihi i balik kampung sampai abes cuti...daa...

Wednesday, August 17, 2011

- kelam -

sesuai dgn tajuk, blog ni dah kelam dah...sekali skala je updatenya..pemaleh punya tuan tanah...
haii...entahla sejak dua menjak ni, malas betul nak update blog. sejak tahun ni la..sapa yg tau perasaan hatiku ini?huhu...

ok ni update secara total.

1. sekolah
semua ok je. cuma lately banyak plk program.. agak bebizian di situ. tak menyempat nak siapkan projek hobi baru. bersalah..bersalah.. kelas pun makin bertambah dgn kelas LINUS tahun 1. letih la sikit mengadap budak2 tak paham bahasa aku ni..huhu

2. TTC
sekarang buat secara natural je.go with the flow.BBT pun dah tak buat.tawakal je la.

3. personal life
macam biasa. balik kerja, masak dgn riang rianya. serve. makan dgn seronoknya. haha...membolat la kau.. sebelum puasa pun sempat bercuti kt Hulu Langat. plan bebudak shift EnAlang sebenarnya. tapi best la.dah lama tak mandi sungai...sejuuukkkkk....

4. Ramadhan
macam biasa. terus terang aku rasa macam berpuasa hari biasa. mungkin sebab kami ni bukannya nak makan sangat kuih muih, desert2 segala. (tapi suka no nak membuatnya..) so, berbuka macam dinner hari2 biasa..sahur pun, panaskan lauk berbuka je.simple.

oh ye...semalam baru la sekali berbuka kat luar. in the meaning of dating berdua berbuka kat luar.haha...lama dah tak dating tau... ajak enAlang, dan dia memilih nak makan kat Bagan Lalang. haiii...hari cuti pun aku lalu jalan ni nak gi keje..uhuk3...tapi sebelum tu kami pegi seremban dulu. gi pakar kulit nak tgk problem aku ni haa...tak sudah2...

sampai awal di Bagan Lalang, so kami pusing2 pantai dulu. dah dekat2 barula pilih kedai dan lauk.ready nak berbuka..dah abes makan, rasa full..sbb dah lama tak makan banyak2 macam tu..alhamdulillah...

balik, terus ngantuk tak hengat...nasib baik hari ni cuti...rehat..hihi
bergambar dulu sambilmenikmati sunset...

menunggu waktu berbuka...

menu kami-sotong goreng tepung, kerapu goreng cili, sup kosong, air tembikai...

peneman kami semalam...berebut2..

tinggal kepala je...alhamdulillah....


hmmm....seronok dapat sekali sekala berbuka di luar...
hari ni nak masak kari kawww kepala ikan jenahak...beli sebelum berbuka semalam. requested by enAlang...nyummm...

Friday, July 22, 2011

- amik darah -

hari rabu hari tu lagi sebenarnya. pagi2 7.45 dah terpacak depan KK. rupanya bila masuk dalam, dah penuh. adeiii...kul bape baru nak masuk jumpa doktor nih? dah siap2 amik nombor semua. jumpa doktor kejap, dia bagi borang then pegi bilik amik darah.. dup dap dup dap jantung aku. tak penah2 amik darah sebelum ni.sekali kakak misi cakap kena cucuk dua kali sebab banyak darah nak kena amik. 7 tiub! abes la aku... pastu dia kate takpe, kita amik terus tiub yg besar so sekali cucuk je. alhamdulillah..

abes cucuk, kebas segala tangan kiri aku. nak tolak tarik gear pun longlai je. next appointment 28Julai. nak dekat puasa dah tu.

sampai sekolah lebih kurang jam 10.00... petang ada ko-ku pulak. abes ko-ku bekejar aku balik. ada dating dgn wani, aufa & ina kat the curve. nasib baik sempat sampai umah wan sebelum jem teruk.. huhu....

aduh...cukupla...letih naip...huhu
nak makan, lapo...