Tuesday, April 27, 2010

- bercerita tentang kerja -

Guru Pemulihan Khas
SU Peperiksaan Dalaman
AJK Kaunseling
Ketua Editor Majalah Sekolah
SU Ko-Kurikulum
SU Kantin
Guru ICT
Guru SMM
Guru Rumah Kuning
Guru Pengakap
Guru Kelab Muzik dan Kesenian
(hoho...banyak tak?)

kenapa tetiba nak bercakap pasal kerja sekolah ni?
tadi ada mesyuarat pengurusan pemulihan khas.
dapat macam2 input.
pasal kelas, pasal LINUS yg tersangat lah glemer nye sekarang ni.
masa tgh2 taklimat tu, duk teringat kerja2 kat sekolah.
alangkah indahnya...(apakah??indah ke?)

ye...
indah jika dilakukan dgn tenang dan ikhlas..
bukan terburu2...dan rasa terpaksa...

kalau dulu guru pemulihan khas tak dipandang pun..
tapi sekarang...
glemer u!!
ramai yang minta sebab nak kena ajar tahun 1.
pasai pa pulak?? bukan pemulihan khas tahun 2,3 ke?
oo ye...jgn lupa PROTIM meh...
pasai hasrat kerajaan la
itu LINUS maa...
literasi dan numerasi


uh!
kerja keras...
cepat2!!
majalah tak siap lagi ni....

Monday, April 26, 2010

- 40hari dan tentang dia -


rindu dia
sayang dia

nak peluk dia
nak gigit pipi dia

dia ini...
si kecik aiman ni...
mak kata dia dah tak mau kat orang dah...
oo...budak tecik!!
mentang2 dah pandai jalan..dah tak mau kt orang ye...
nanti la jumpa maklang...
jaga kau budak tecik...heheh...

Sunday, April 25, 2010

- seandai kau tahu -

salam....
macam dah lama je tak update.
ni baru sampai dr kampung.
oh, penat sungguh balik sehari ni.
pahtu balik kena kemas bilik pulak. pengsan dibuatnya.
tengok bilik dah macam tongkang pecah.
sebab abah dah pasang plywood tampal kat dinding.
makin panas pulak la bilik tu. huhu...kipas dinding tak beli lagi.
lepas dah punggah almari klasik tu, tinggal nak masuk set baru je.
huhu sabar...sabar....sabar la hati...

hal-hal lain pun dah takde ape kot.
yang besar2 tu alhamdulillah dah setel. dah book. dah confirm.
bakul untuk doorgift pun dah siap deco dan masukkan maathurat. tunggu nak siap masuk paper bag.
kad jemputan pulak, minggu depan baru nak mula edar..

yang lain2 tinggal barang hantaran je nak kena hantar kat aunty kedai tu. sabar lagi....
cuma angan nak buat make up test tak terbuat lagi. bila tah agaknya.
nak pegi spa konon nak buat facial pun tak terpergi lagi.adeiii...gaya macam keje pagi balik malam je... malas sebenarnya. plus segan nak pegi sesorang...huhu...

malam ni jiwang2 layan lagu terbaru black ni. baru la tau lagu black upenye. padahal dah berminggu melayan kat radio...best...!!!
dan tak sangka pulak tajuk dia 'sofea jane'. huhu macam tak padan pulak aku berjiwang dengan tajuk macam tu haha... tukar 'asri shamsuddin' boleh..?? muahaha... gatal ko!!

dah!nak tido la..penat drive.. konon!!

k, enjoy the lyric...
Kau ibarat permata di dalam hiasan kaca
Yang tak bisa disentuh
Namun hanya boleh dipandang
Ingin sekali ku sentuh
Ingin jua ku memiliki
Kau selalu membuat hatiku merasa berat
Dan kau yang selalu ada
Saat semua pergi
Bagaimana mungkin
Untuk kau mengerti
Kini telah ku sedari
Mimpiku tak bererti sendiri
Chorus
Seandai kau tahu
Apa yang ku mahu
Mahukan dirimu ‘tuk mendekatiku
Dan aku tak bisa memaksa dirimu
Walau dalam tidur
Ku kan menantimu hingga akhir nanti
Kau selalu membuat hatiku merasa berat
Dan kau yang selalu ada
Saat semua pergi
Bagaimana mungkin
Untuk kau mengerti
Kini telah ku sedari
Mimpiku tak bererti sendiri
Ulang Chorus 2X