Thursday, October 7, 2010

- mee ladna -

post tertunda.

menu semalam....
mee ladna. ini sebab ari tu makan kat umah kawan en.Alang, Jai. isterinya buat mee ladna. sedap. so, duk teringin, konon nak minta resepi dari dia. sampai sudah tak tertanya. aku punya tak menyabo, menggagau la surf kat interner. en.Google kan ada. eheh...


Bahan
  • mee kuning
  • ayam potong kecik2
  • daging
  • sotong
  • udang
  • bawang merah
  • bawang putih
  • lada hitam
  • baby corn
  • bunga kobis
  • tepung jagung
  1. untuk mee kuning, panaskan sedikit minyak. masukkan meekuning yang sudah dibasuh. kemudian masukkan kicap pekat@manis. siap diasingkan.
  2. untuk kuah. memula, tumis bawang merah dgn bawang putih sampai wangi.
  3. kemudian masukkan ayam dan daging, tumis sampai empuk.
  4. masukkan sedikit kiub ayam knorr.
  5. masukkan air, masukkan udang dan sotong.
  6. masukkan lada hitam yang ditumbuk.
  7. masukkan sayuran yang diingini.
  8. perasakan dengan garam secukup rasa.
  9. masukkan bancuhan tepung jagung dan air untuk pekatkan kuah.
  10. siap. boleh makan.

sebenarnya, boleh masukkan sos tiram, tapi sebab takde dalam stok, so takdelah aku masukkan. gunalah apa yang ada dalam simpanan. alhamdulillah sedap jugak.
en.Alang pun suka.

senyummmm.....

Wednesday, October 6, 2010

- 3 in 1 -

ok.
entry 3 in 1 activity sepanjang 4 hari lepas. bermula hari sabtu yang kebosanan di rumah sebab en.Alang duty siang. so hari ahad dia ajak pergi kenduri kahwin his colleage kat Sijangkang nun. jauh rupanya kalau dari Nilai ni. udahler jalan macam naik kuda je. adeii... senak perut aku dibuatnya. naik pulak vtec yang macam apa je. lagi la senak..

ni la tokei vtec..tp ari tu jd co-pilot je sebab sorang lagi offer nak jadik driver kehormat..


ni pulak konon2 geram la tu..haha...


balik kenduri, kebosanan pulak kat rumah. en.Alang ajak jalan2. so aku decide pegi Seremban nak tengok wayang kononnya. tapi satu cite pun tak best. tapi sbb filem rajnikant tengah tayang, ramaila yang seangkatan dengannya. cancelled nak tengok wayang. jalan2 kosong je la kami. sempat mengorat si upin. heheh...




isnin malam pulak, tempat kerja en.Alang tong2 wat open house. memang tradisi diorang sejak bertahun dah. tahun ni buat kat carwash milik en.Bujal pulak. macam2 makanan ada. tak terdaya nak masuk perut lagi dah.

macam kemaruk ayam je en.Alang ni..heheh...

abes dah jam 11. aku tak larat mintak en.Alang hantar balik dulu. then dia patah balik untuk kemas2.
minggu ni penuh pulak schedule. shooting untuk majalah, weekend ada camping dalaman. terus sambung dengan bengkel next week. adeiii... yang lomahnya, sampai pukul 4 ptg, kat area gombak pulak tu.. huwaaaa..... jauhnya!!!
padan muka aku!

Monday, October 4, 2010

- pancake -

weekend ni hati berbunga2 je.. hehehe gedik sungguh la ko dila..
bukan apa pun.. saje nak mengade..kan?hahaha... ari tu try masak pancake. resepi kak hana. mmg dari dulu nak mencuba pancake ni. dengan kata melayu nya, lempeng la.. tapi canggih sikit kan. haha...
alhamdulillah menjadi.. en.Alang pun suka. siap request lagi tu. senyummm..... bukan senang nk dengar en.Alang request ulang2 masak ni. hihi... senyummm lagi!

okeh! ni resepi dari kak hana. i kopipes je ye..


bahan-bahan
2 biji telur
6 sudu butter - cairkan
2 1/2 cwn tepung naik sendiri
2 sk baking powder
2 sb gula
2 cwn susu segar
2 sb lemon juice - optional
secubit garam


cara-cara
campurkan kesemua bahan danblend sehingga sebati.
biarkan sebentar dalam 10 minit.
cedok sesenduk adunan dan masak sehingga habis.
hidangkan panas-panas dengan topping pilihan...



yummy!!!!