Wednesday, May 23, 2012

- HB a.k.a hemoglobin -

rutin biasa ketika check-up klinik kerajaan semasa hamil ialah

1. daftar, ambil nombor
2. check darah, check air kencing
3. jumpa nurse atau doktor
4. ambil tekanan darah, berat badan.
5. konsultasi

ok, sekarang nak cakap pasal HB. kepekatan darah yang dianggap normal bagi ibu mengandung ialah di takat 12.00-17.00.. kurang dari itu bermaksud ibu kekurangan darah. aku? dah dua kali check-up, nmpknya catatan adalah di bawah paras yang sepatutnya. tapi nasib baik tak teruk sangat. 1st trimester dulu ok je. start masuk 2nd trimester terus turun.

makanya, nurse pun nasihatkan la aku supaya makan benda2 yang boleh menambah darah. contohnya hati, kerang, sayur peria. tapi nak tekankan kat sini, hati adalah organ dalaman haiwan. sunnah nabi untuk mengelakkan makan organ dalaman haiwan. jadi pilihan yang ada ialah kerang2an an sayur peria. hmmm...alhamdulillah aku ni pemakan semua jenis sayur. so, bermacam cara lah aku nak masak peria yang pahit tu. tumis dgn cili api boleh. rebus atau goreng macam tu pun boleh. cicap kicap potong cili. huhu... yang ni kalau dah malas tahap gaban lah. haha...

nurse pun nasihatkan untuk ambil buah2an. tapi bukan yang mengandungi gula yang tinggi since aku ni ada sejarah kencing manis dari sebelah emak. contoh buah bergula tinggi ialah pisang. buah yang disarankan ialah jambu dan yang masam2. hmm... sejujurnya, aku jarang beli buah untuk simpanan di rumah. selali makan buah potong je. nampak sangat pemalas kan. malas nak mengupasnya. sejak pregnant ni lah baru terhegeh2 nak beli buah2an. huhu...

so, ibu2...ada tak cara lain lagi tak menambah darah. selain makan pil zat besi la..
share2 la ye...

me on my 22w of pregnancy...abaikan latar belakang yg bersepah ye..huahua...

Tuesday, May 22, 2012

- susu -

kali ni nak cakap pasal minum susu pulak.
aku ni memang sejak masuk sekolah menengah dah tak minum susu. maybe sebab masuk asrama, so, pagi2 tu mak takde nak bancuh susu. tapi mak bancuh pun milo susu la. bukan susu putih tu. balik cuti weekend pun aku, ajdi tak biasa minum susu. mak redho je la, aku selalu tolak milo susu yang dia bancuh. tersengih2 anak daro ni haa...huhu.

sampailah kawen, memang tak minum susu. kalau minum pun, aku pilih dutch lady coffee. lain2 tak mau. patutla tulang2 aku sik bunyi2 je. sungguh! bangun dari duduk je, confirm nak patah2kan pinggang. pastu nak patah2kan tengkuk. kalau tak, macam rasa lenguh je. teruk kan..

ni pulak dah jadi preggy mom. dah2 la kena minum susu. nak kena bebel ngan doc n nurse??? ada sekali masa 1st appointment dgn doc. siap ngaku tak minum susu. doc cakap, nanti lepas bersalin nak sakit pinggang, badan semua. tapi doc tak sarankan aku amik dutch lady, sbb dia ada gula tambahan. since aku ada sejarah kencing manis, kan.. dia nasihat gak, minum sikit2. tak payah paksa sampai segelas besar macam selalu dalam iklan tv tu.

ok, selalunya susu pilihan preggy moms ni banyak.

1. Anmum - pilihan kebanyakan. ada 2 perisa. choc n biasa. tapi aku dapat banyak review yang anmum ni buat baby jadi besar masa dilahirkan nanti. tapi doc kat private duk saran aku minum susu ni. huhu...

2. Dumil Mama - kurang promosi. tapi sejak 2 menjak ni, ada iklan dengan Azizah Ariffin TV3 modelnya.

3. banyak lah...hehe...

enAlang selalu gak beli susu, tapi dalam kotak yang tinggi tu, aku tak ingat apa namanya. tula. nampak sangat tak nak minum kan.. muahaha...


so, aku pilih dumil mama ni lah. tak sangka pulak rasa dia ok. kena pulak dengan anak tekak ni. tapi still takleh nak minum sekali banyak segelas besar tu la. ak bancuh dalam cawan biasa je. mimum sebelum gi sekolah. tapi sekarang aku bancuh sekali dengan ESP shaklee. bancuh dalam shaker, bawak gi sekolah. ok jugak..


harap2, cukuplah vitamin untuk anak ibu kt dalam ni...
sihat2 ye sayang...

Sunday, May 20, 2012

- vitamin untuk preggy mom -

ahah...kandungan dah 5 bulan lebih, barulah nak cakap pasal vitamin kan..
ok, sejak sebelum kawen lagi, aku memang rasa badan aku ni kurang vitamin. asik lemah2. kulit pun tak cantik. jadi, memang aku amik vitamin tambahan ni. tapi selalu je lupa makan. kadang2 tu, ada banyak lagi dalam botol tu. muahaha... suka bebenor buat perangai macam gitu kan. lepas kawen pun sama je perangai. suka tak abeskan vitamin yang dibeli. macam lah kaya sangat. ingat vitamin tu murah???

bila dah mengandung, lagi lah risau. takut sangat vitamin tak mencukupi dalam badan. lebih2 kalsium. aku bukan peminum susu. tu yang buat risau terlebih tu. yelah, ada insan dalam ni nak menyerap, tapi bendanya takde. tak ke naya si kecik ni.

makanya, aku try cari supplement yang bersesuaian. oleh kerana malas nak cari satu2. so, aku decide pilih shaklee, yang kebetulan ada sorang kawan lama sekolah rendah dulu jadi shaklee punya pengedar. alhamdulillah. tak payah cari jauh2.

(sebenarnya ko berlagak kan..dah dapat vitamin free dari klinik, taknak makan..) bukan taknak..tapi dah nama vitamin tambahan kan. so kita cari tambahan la..

ok, daripada zainora, ni link dia http://aboutnora.blogspot.com/ dia nasihat aku amik set hamil. yang mana ada semua kat dalam gambar kat bawah ni.

so, bermula lebi kurang bulan ke 3 ari tu, aku consume shaklee je la. alhamdulillah. semua ok. tapi susu tetap kena minum jugak. detail vitamin ni semua ada dalam blog dia.
 



 

ada lagi satu, OMEGA. tapi yang ni kena makan lepas 7 bulan nanti. insyaAllah untuk otak baby.
so, sape2 naktau lanjut, gi lah kat blog pn zainora ye. aku tak dapat komisen pun. saje nak share apa yang aku amik sepanjang pregnant ni.

Saturday, May 12, 2012

- the quickening -

sejak 2 minggu lepas ibu risau je, kenapa tak rasa2 lagi anak ibu gerak2 ni...siap tanya semua kawan2 yang dah ada anak.. normal ke 5 bln ni tak rasa apa2 lagi kat perut. risau weyh...

tup2..hari rabu lepas (ok, expired punya cerita ye..huhu) tengah syok2 tido menongkat kat meja sementara menanti waktu ko-ku, ibu terasa perut bergelombang. hehe... taktau nak describe macam mana. tapi rasa lain la kalau compare perut berangin tu. lepas tu ada lah 2 minit perut rasa macam tu. dalam hati, terus teringat anak ibu kat dalam.. alhamdulillah. ibu dapat merasa momen indah ini.. terima kasih, baby...

sejak tu, aktif terus anak ibu. hehe.. awak dah ready nak main2 dengan ibu ek.. sampai terkejut2 ibu dibuatnya.. tengah2 malam pun aktif lagi.

semalam, baru lah ada peluang nak tunjuk kat ayah. yang 1st tu cuma bgtau ayah je. ayah siap tnya, geli tak? hehe.. geli la.. baby garu2 dari dalam. pagi tadi, lepas ayah balik kerja, baring2 sementara menanti azan subuh, ibu tarik tangan ayah suh rasa baby tengah gerak. seronok ayah! gelak je dia. ayah memang tak romantik, tapi ibu tau ayah happy, kan??

lepas ni misi mencari barang2 la pulak. tapi nampak gaya, baju takleh lagi, sebab ibu taktau awak boboy ke gegirl.. nnti time scan, awak jangan sorok2 tau. senang ibu nak beli baju untuk awak..

p/s : ayah, jom gi expo moms n baby kat midvalley...