Saturday, May 28, 2011

- balik kampung -

cuti dah bermula!!!!

haha...inilah perangai cikgi tak betul ye...jangan diikut...
enAlang cuti 4 hari campur dengan off day bermaksud 10 hari la dia bercuti. makanya, kami bercadang pulang ke Kedah. malam tadi bertolak tapi bukan terus ke Alor Setar. bermalam di Sungai Besar sbb nak jenguk baby boy kakakku yang bersalin 26 Mei. dapat anak buah lelaki lagi...serentak hari dengan anak sepupu aku Abang Enol yang mana isterinya pun bersalin baby boy...bertambah legasi Embah Khusni dan Embah Tanem..hihi...

hari ni dalam pukul 10 lebih nanti baru gerak ke Kedah....

so, selamat bercuti semua.....

p/s : menunggu cik p yang main nyorok2...

Wednesday, May 25, 2011

- minggu rehat -

assalamualaikum semua.....
minggu ni budak2 tengah exam pertengahan tahun. so, aku sebagai guru pemulihan khas, agak tenang di kelas. cuma sesekali diberi kelas relief. sementara masa yang free tu, aku siapkan order yang masih pending. harap2 dapat siap sebelum cuti nanti. sabar ye kawan2....huhu

seminggu ni jugak perut rasa tak sedap. bukan sebab aku dok makan perut aku rasa tak sedap. tapi keadaan perut tak selesa. mungkin pms. kejap2 cramp. tak suka!!! seleranya pun rasa nak makan berkuah je biar tenang sikit perut ni. macam semalam, dah goreng keli, tapi mintak jugak enAlang belikan sup ekor untuk makan malam. tadi buat sotong singgang. 1st time buat.nasib baik menjadi...resepi dari myResepi..


malam pulak buat mee godok. rindu embah... :/

p/s : rasa tak sabar pulak nak cuti. tapi keja banyak lagi...huhu

Monday, May 23, 2011

- doa dan harapan -

Al-Fatihah..
Mari kita sama2 sedekahkan AlFatihah buat mangsa2 tanah runtuh di Hulu Langat kelmarin. semoga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang2 yang beriman.


p/s : masih berharap..

Tuesday, May 17, 2011

- selamat hari guru -

selamat hari guru kepada semua insan yang bergelar guru.
istimewa untuk diri sendiri (hahahaha....gelak beso...)
untuk mak, abah...
untuk cikgu2 sekolah rendah SK Simpang 5, Sg Besar.
untuk cikgu2 sekolah menengah SMKA Simpang 5, Sg Besar. (ops!!)
untuk pensyarah2 Matriks Maxisegar, UTM, IPPM...

Sunday, May 15, 2011

- comel, cantik part2 -

dah..dah..
takmo sedih2 lagi dah. saya kuat walaupun saya tak minum milo. haha...

kali ni entry bersambung dari yang tentang si comel si cantik si anggung hari tu.. ok, nak kata aku obses tu, rasanya belum sampai tahap tu la.. cuma rsa membuak2 je sebab kagum sangat dengan kecomelan kecantikan ciptaan Allah.

so, pergila intai2, survey2 apa yang digunakan untuk kelihatan lebih cantik berseri ni.kan? bolehla sebagai usaha kita jugak. takkan nak tengok muka sendiri kusam. kang orang sebelah tengok pun tak bermaya nak tegur. bukan dengan niat nak menunjuk ye. tapi dalam agama sendiri inginkan kita kelihatan kemas, cantik kan.

mula2...
untuk dalaman. mari amalkan VCO. tak kisahla vco dari jenama apa pun kot since dah banyak company keluarkan vco ni. sebab khasiat vco tu yang sebenarnya yang kita nak. tapi aku amalkan vco catalyst ni. alhamdulillah kulit pun bolehla nak kata takde jeraawat tu. lagi satu perubahan ketara. aku ni dulu ada kahak tau. bangun pagi je mesti ada lah. lepas amalkan vco ni, semua dah berkurang. boleh jugak vco ni disapu terus ke muka sebelum tidur.lebih2 lagi bila jerawat baru nak naik tu. ni orang lainlah yang amalkan. aku belum lagi. sebab nanti nak peluk2 enAlang dengan muka berminyak tak best pulak.hihi...terlebih sudah.
ni pulak bb cream. sekarang ni tengah naik la bb cream ni. macam2 jenama. dari yang murah sampaila yang ke semahal2nya. aku pun terpengaruh gak. haish! tapi setakat yang mampu je la. so, aku pilih skinfood. okla jugak. boleh in dengan kulit muka aku. sebab apa, ada bb cream yang tak boleh in dengan muka aku ni. ada sekali aku pakai jenama apa tah, jadi makin bertampuk+berminyak muka jadinya. rugi je beli. huhu... yang ni pun aku kadang2 je pakai.
sebab....

yang ni pun dah ok. pakai sebagai mosturiser la.. panduan untuk siapa2 yang pakai bb cream, seeloknya pakai pelembab supaya bb cream tu senang diaplikasi ke muka. ceh!macam terer sangat je nak bagi tips mekap kan orang. haha... terpulang la pada korang..
tapi yang paling best.....
aku pakai ni. bedak mineral. lepas pakai pelembab teru spakai bedak ni pun takpe. takpayah foundation or bb cream segala.perubahan ketara pakai bedak ni, muka tak berminyak langsung2 sampai ke petang. sebelum ni, kalau keluar dating, confirm tak sampai petang, muka dah berkilat, even dalam kereta pun. lagi2 pulak cuaca tengah terik macam sekarang ni. tapi pakai ni, minyak takda, kilat2 pun takda..aii suka!!!hehe...muka pun nampak natural je. takdelah nampak macam opera cina. alhamdulillah..

sebagai tambahan, pakai la mekap sikit. means, ayeliner ke, eye shadow ke, blusher semua tu.. yang tu tak masukla kat entry ni sebab..aku sendiri jarang mekap dah sekarang ni. penyakit M. lagi pulak, kalau mekap sikit pun enAlang dah tegur. sabo je la..dia lagi suka aku muka natural. hihi.... patuh!

sekian..
p/s :korang share pulak tips kecantikan kecomelan korang ye...boleh aku usha pulak...

Saturday, May 14, 2011

- kuat.. tak kuat.. kuat.. tak kuat.. -

nyamannnn.....
lega dah sampai kat kampung yang kurindui.haha yo o...rindu wooo lama gila tak balik.tapi balik sorang je. enAlang keje pulak...

malam tadi, mak tengah gosok baju.tiba2 dia cakap... "kaklang, tipah dah mabuk2 tu.." dan aku... just..."ha??oo yeke?ok..." dah!terus baca majalah balik. malas nak lanjutkan2 cita pasal ni.
entahlah..aku ingat aku kuat. yela, dengan membar2 nak masuk anak dua pun ok je lagi. tapi bila dengar pasal sepupu yang baru 2 bulan je kawen. rasa kuat tu dah hilang. macam melayang je. dahlah enAlang tak de kat sisi ni. merintih sesorang je la.. rasa macam nanti bibik2 bokde2 akan compare kitorang.. aku nak masuk setahun takkan takde apa2 lagi. huwaaaa!!!! sebnarnya takdela pun. diorang okey je. diorang faham sendiri. itu rezeki Allah nak bagi. buat apa nak dibanding bezakan... insyaAllah. harap2 takdelah sebarang comparison itu berlaku. kalau lah ada, memang aku cabut dari situ jugak.. tak kira!!!

adilah kuat!!!!!


p/s : baru 1 malam tak nampak muka enAlang, rindu sudah menggunung... hadoiiilaaa....

Wednesday, May 4, 2011

- comel, cantik~~ admire -

bila baca majalah. bila tengok suratkhabar. mesti ada iklan2 ke. cerita orang ke. lepas tu ada gambar. gambar cantik2 pulak tu. gambar cantik satu hal. satu hal lagi kalau orang dalam gambar tu memang cantik, comel, cute, anggun. dan yang sewaktu dengannya lah.

kenapa topik ini?
sebab....
aku admire betul dengan orang yang cantik, comel segala ni... kulit halus mulus. mata bulat comel. hai la...indahnya ciptaan Allah Maha Esa. selalu je jeles dengan kecomelan diorang ni tau... hihi... tapi sesungguhnya aku bersyukur dengan kurniaan Allah pada aku. bukan aku tidak bersyukur. tapi seikhlasnya aku mengagumi keindahan ciptaan Allah. (jangan pulak ada yang tembak aku suka perempuan pulak..haha!) dah jadi hobi pulak tengok orang cantik2 kacak2 ni...mana tau kalau melekat, terkenan pulak kan...aminnnn....(masih menanti..)

lisa surihani...memang pujaan lelaki malaya la dia ni...kalau dah ada pakwe, meraung la lelaki2 malaysia ni agaknya..haha


irine nadia marcello..comel dak nih.. katanya guna vco. aku pakai, nape tak comel macam dia ek..hahaha gelak besar....

ramai lagi..tapi tak dapek la nak tempek semua kek sini haaa....

p/s : bersyukur...

p/s/s : encik...saya cantik tak???hihi


Sunday, May 1, 2011

- a date with hubby -

selamat hari pekerja!!!! semua cuti hari ni dengan esok ye?seronok kome ye?awok memang le cuti, tapi hubby pulak tak cutinya... malam ni keroje la..huhu...

eh, apasal slang perak lak ni?hihi... ngada2 je.

dan kerana seminggu tak jumpa, semalam aktiviti biasa, dating lerr... nak tengok wayang, tapi cerita yang best pulak dah sold out. haish!! takdak rezeki. tapi kami beli juga tiket SERU.. hah! bosan!!!!! terus keluar selepas 1 jam. enAlang dah menguap2 sambil kesebuan perut.. dan aku pulak mencadangkan untuk ke pRECINT 18. Sebelum tengok wayang tu, terjumpa Kak Cun. dia cakap budak2 ada kat Komplek Futsal 1Malaysia. so, aku ajakla enAlang ke sana.

sayangnya, tak bawak kamera la pulak. sebab ingatkan saja nak dating2 macam tu je. sampai je kat sana, habis kena serbu dengan CBNers.. sabar je la budak2 ni. rindu pun ye jugak. dah lepas rindu tengok diorang cheer sempena pelancaran Futsal Wanita 1Malaysia. yang sakit matanya, tengok ramai pulak gadis2 yang tak serupa gadis ni. rosak..rosak.. MasyaAllah... selamatkanlah bumi Malaysia dari ditimpa bala bencana.

lepas cheer, layan sekejap futsal antara Puteri UMNO dengan KBS dilawak2kan oleh Along & Angah RL. lepas tu pusing2 nak keluar Putrajaya, layan sekejap muzik dari band apa entah (sebab dengar dari dalam kereta je) dekat Dataran Putrajaya. haih! banyak pulak benda best2 malam ni. rugi betul tak bawak kamera. terus menuju ke Puchong layan char kuay tiow pulak..

jam 12 baru sampai rumah. kesian enAlang keletihan.


p/s: enAlang dah berkilat, balik dari Taman Negara. huhuhu.....