Friday, December 31, 2010

- new year, new wish, new hope -

tirai 2010 bakal berlabuh..
tabir 2011 bakal disingkap sedikit demi sedikit.

segala yang berlalu dalam tahun 2010 bakal menjadi ingatan.
yang buruk dijadikan sempadan untuk membina hidup yang lebih baik.
yang bakal dilalui akan dihadapi dengan lebih tenang dan dinantikan.

tahun baru
harapan baru

semoga tahun yang bakal berlayar ini akan memberikan kehidupan yang lebih baik dan penuh dengan kegembiraan serta kebahagiaan untuk kita semua.

harapannya,
hasil kerja yang mantap.
kegembiraan yang berterusan.
kekuatan mental dan fizikal yang baik.
kebahagiaan rumahtangga yang sempurna.
berharap kehadiran orang baru di tahun baru.
InsyaAllah
Aminnn.....

- mitos lagi -

dulu dah cerita pasal mitos senggugut.
kali ni cerita mitos yang saya buat sendiri.
sebab saya ni suka betul duduk sorang2 tu pastu dok pikir macam2. haha...
jangan ikut! bahaya...

mitos 1 - membayangkan kapal terbang itu sangat besar. dalamnya luas boleh lari2 main2. okey, teringat ni pasal baru pertama kali naik kapal terbang pada umur 26 tahun setengah. haha... rupanya, kapal terbang tu dalamnya macam naik bas je. sempit jugak. huhuh

mitos 2 - jgn tidur meniarap, kaki bersabung. nanti mak meninggal cepat. tak sayang emak ke? hakikatnya, memang tak sopan kaki duk bersabung macam tu. kot orang jalan2 tersadung, jatuh ke apa ke?tak ke naya.. lagi satu, ajal maut kan Allah yang tentukan. huhuhu...

mitos 3 - menyanyi di dapur nanti dapat suami tua..
errr...beza 8 tahun, takdela tua kan...?haha..
hakikatnya bukan apa, kot2 tengah syok2 menyanyi, hangit hangus segala kang apa yang dimasaknya tu...huhuhu




to be continued....

Thursday, December 30, 2010

- tahniah Harimau Malaya -



TAHNIAH!!
tahniah buat pasukan bola sepak Malaysia yang berjaya bergelar Juara buat kali pertama Piala AFF Suzuki 2010.
Alhamdulillah.
kali pertama setelah 14 tahun kejohanan.
juga tahniah buat Safee Sali yang menjadi penjaring terbanyak kejohanan.
tapi rasanya lebih tahniah kepada penjaga gol pasukan Khairul Fahmi yang banyak menyelamatkan percubaan2 Indonesia terutamanya semasa tendangan penalti.
fuh!!!
berdebar2 masa tengok tv malam tadi.
akhirnya....
dan....





esok cuti!!!
hehehe...

Saturday, December 25, 2010

- comel! -



okeh.
dulu2 surat jadi penghubung.
zaman sekarang, dah macam2.
email.
mobile phone. merangkumi call terus, sms, mms, 3g.
facebook.
twitter.

dalam sekelip mata je kita dah tau apa ceritanya orang di hujung dunia tu.
apa yang diceritakan sebenarnya ialah....







mak saya pun dah ada facebook!!!
haha...
comel oke!

hihi...
saya pulak yang terlebih excited.
drama sungguh!

Friday, December 24, 2010

- menghilang -

saya terpikir2...
ke manakah menghilangnya Zack Zukhairi-Realiti Konspirasi?
rindu hendak membaca naskhah komik beliau.
penulisan yang sangat santai.
membacanya boleh tergelak sorang2.
rasanya ramai yang menantikan entry beliau.
mungkin ada masalah.
tapi follower masih setia menanti.
berdasarkan blog Fatin Liyana yang mengenali mr.Zack, beliau dalam masalah peribadi.
takpelah.
kita tunggu saja ya...

Thursday, December 23, 2010

- belajar : perbezaan -

ok.
oleh kerana kita sekarang berada di kedah, hari ini kita belajar tentang perbezaan antara kedah dan selangor. (mestilah dengan selangor sbb saya orang selangor..derr...)

perbezaan yang jelas tidak akan diceritakan di sini seperti warna bendera ke apa ke..
perbezaan yang dimaksudkan dari segi bahasa, gaya, makanan dan apa jua yang saya baru tahu setelah berkahwin dengan orang kedah.

1. toyu - ayat "ayam masak toyu". mati2 saya ingat toyu tu taucu. rupa2nya kicap. toink!

2. bubur asyura - versi selangor ialah bubur nasi yang dicampur macam2 seperti kekacang, sayuran dan ubi-ubian jadi pekatla.bukan cair macam bubur nasi mcD tu. tapi versi kedah ialah, seakan2 kuih talam sbb ia menggunakan tepung, bukan beras. dan sedikit manis. campurannya ialah segala jenis kacang. errmmmm....




err...dua je dulu boleh tak?
tiba2 idea tersangkut tak sampai.
huhu...
bersambung lah di lain entry yang entah bila ya..
daa....

Tuesday, December 21, 2010

- bukan rezeki -

lepas menunggu..
punya menunggu.
akhirnya.
kau datang jua..
huhu...
buat gempak la..
sakit tau.

bermakna...
bukan rezeki aku lagi.
takpe.
sabar.
cuba lagi.



oh ya!
online di tandop.
rumah mertua.
;)...

Sunday, December 19, 2010

- lambat -

ok
saya tau baru semalam sy tulis sy takde idea untuk diterjemah di sini.
tup tup..
hari ni ada pulak entry baru.
gelak. ha ha ha...

berdebar.
banyak sebab untuk rasa debaran itu.

menanti sesi persekolahan baru dibuka.
bekerja di tempat baru.
yang sememangnya baru.

berdebar kerana 'hari' yang sepatutnya sudah terlepas.
apa akan jadi seterusnya?
mungkinkah?
tapi harapan itu tidaklah tinggi.
cuma debaran itu yang terasa kuat.

takut?
bukan.
tak bersedia?
bukan.
cuma berdebar.

tiada apa2 langkah untuk memastikan kerana belum punya kesempatan.
mungkin petang nanti.
atau esok pagi.
tunggu saja lah.

doakan yang baik2 untuk saya ya?
sampai jumpa lagi.

Saturday, December 18, 2010

- mode : senyap -

assalamualaikum.
ok.
saya tau saya dah lama tak update entry ni.
senyap.
diam seribu bahasa.
wah...bukan main lagi.
bukan apa, cuma idea tidak datang menjengah minda.
nak buat entry baru pun, tak ada apa yang boleh diterjemah ke ayat.
syahdu sungguh!

mungkin..
saya akan kembali setelah sekolah dibuka.
mungkin. tidak berjanji.
maaf ya.