entah kenapa, 2-3 hari ni semuanya serba tak kena. mungkin disebabkan bulan mengambang penuh ni. aduh! teruk...
semalam, kakak ipar 1 family datang ke rumah. alang2 nak bershopping tikar, tidurlah semalam di rumah kami. cancelled semua plan nak gi open house dan kenduri. habis? takkan nak biarkan tetamu kot kan...
masak nasi lemak untuk sarapan. boleh pulak aku lupa nak tekan suis kat periuk nasi tu. adalah dalam 20 minit terbiar. en.Alang dah buat muka. membebel jugakla dia. tapi memang selalu kena bebel pun... huhu
hari ni pulak.
tetamu datang ke rumah, aku boleh pecahkan balang kuih. sudahlah bekas memang dah sikit, pecah pulak lagi. taktaulah kenapa dengan aku ni. tetamu balik, kena bebel lagi dengan en.Alang.. entahla...
so, mood hari ni suram, muram, kelam je.... mujur tak hujan macam kat luar sana.. huhu...
sedih betul jadi diri aku ni...
p/s : bertambah2 sedihnya dari minggu lepas lagi...
Monday, September 27, 2010
Thursday, September 23, 2010
- mode-upsr habis, terasa kelas lain pun habis -
upsr 2010 dah habis... hari last tadi terasa macam ape je langsung tak masuk kelas... haha macam 2 hari sebelum ni aku masuk kelas.. gpk ku yang baik ati tak buat relief kelas untuk aku.. lalala... tapi kena standby untuk bebudak masuk dewan pulak... itu lerr tugasnye.. huhuh
esok dah start balik kelas macam biasa.. owh la haii bocinto aku nak masuk kelas ni.. huhu soalan untuk monthly test 4 pun tak buat lagi..
bebudak pun sure tgh blur2 lagi lepas cuti raya ni..
ngeee....
balik pun lambat sbb diorang ada ujian aptitud.
dalam blur2 sempat cilok idea semalam yang konon2 nak buat daging blackpepper.lalala...
Daging Blackpepper (untuk 2 orang makan je..)
daging dihiris nipis2
1/2 labu bawang besar
1 ulas bawang putih
1 sb lada hitam (ditumbuk)
2 sb kicap manis
batang saderi
lada besar
air
garam
mula2, panaskan minyak. tumiskan lada hitam kemudian masukkan bawang yang ditumbuk. tumis sampai naik bau. masukkan daging dan kicap. masak daging sampai empuk. masukkan batang dan lada besar. siap!
dan bersulamkan bendi celur dengan sambal kicap.
yummy!!!
sila2...

Wednesday, September 22, 2010
- kalut -
cikgu2 tahun 6.
kecut perut.
sorang murid terlambat masuk dewan exam 1/2 jam.
boleh catat sejarah baru kalau betul budak tu tak sampai sekolah.
haru....

Tuesday, September 21, 2010
- cekodok nasi -
malam tadi duk pikir nak buat apalah untuk sarapan pagi ni. jenguk dapur, tengok2 ada nasi lebih. apa lagi? mencuba resepi barulah.
tadaaa!!!!
tadaaa!!!!
mak la yang mencadang resepi ni masa raya itu hari. so, berusahalah aku memblend nasi tu pagi2 buta.
ni resepi main belasah je. alhamdulillah, balik sekolah, en.Alang kata ok. senyummmm...
Cekodok Nasi
1 cawan nasi - diblend bersama air sampai halus
3/4 cawan air
sedikit tepung gandum (ditambah kalau bancuhan nasi terlalu cair)
garam
*bahan tumbuk
2 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
cili padi
sedikit ikan bilis
dah gaul2 semua, agak2 macam nak buat cekodok tepung biasa.
jemput2 kan dengan jari, kemudian gireng dengan minyak yang panas.
sedia hidang dengan sos ataupun sambal tumis.
Monday, September 20, 2010
- petua dari orang tua2 -
mestilah namanya petua kan kalau dah daripada orang2 tua. kalau daripada orang2 muda sure namanya pemuda.heheh...
ceritanya beemula emasa di kampung itu hari. masa masak2 untuk sarapan pagi dengan mak. mak berpesan....
petuanya begini...
wahai isteri2...hehe
semasa memasak, bacalah surah Al-Insyirah. tau tak yang mana? yang mulanya "alam nasyrah laka sodrok" tu... haa... kalau tak hafal, kena hafal sekarang.
lepas baca tu, selawat ke atas nabi, kemudian berdoa lah supaya kasih sayang suami kepada kita semakin bertambah.
insyaAllah. kita hanya berusaha kan? yela berusaha untuk cari resepi best2, lepas tu memasak dengan hati yang iklas dan tenang. doa tu pulak cara kita bertawakal pada Allah. berkat ajaran orang2 tua, insyaAllah diberkati.
p/s : sekadar berkongsi.

Sunday, September 19, 2010
- makan -
raya selalu dikaitkan dengan makan2.. apa lagi?memang berebut orang cari hari nak wat open house. huhu... yang tak buat tu, duk bekejar nak pegi rumah mana dulu. perut pun kena simpan, kalau tak baru 2 rumah, perut dah penuh. padahal nak pegi sampai 5-6 rumah.
haha...
korang mesti macam tu jugak kan...jangan tipu! Tuhan marah.. hehe...
aku takat ni takde jemputan lagi dari kawan2 sendiri. tapi kawan2 en.Alang memang dah ada. semalam je dah pegi 3 rumah..huhu alhamdulillah kenyang...
sempat gak melayan movie Cats and Dogs kat Alamanda. orang duk sibuk beraya, kami layan wayang pulak..
dan hari ni, kosong.. takde jemputan pasal en.Alang keje petang.. nak buat sendiri, kami lom mampu. kang mana pulak tetamu nak duduk2 makan. nak duduk kat laman tanah tu? huhu... nanti2 ye. kalau dah ada rezeki nanti, kami buat makan2 jugak. insyaAllah..
tadi pagi buat sarapan nasi lemak. 1st time nih seumur idop wat nasik lemak sendiri. kalau nasi ayam tu, dah biasa. ceewahh!!! berlagak je bunyi..huhu
main belasah je, alhamdulillah menjadi gak. cuma nasi kurang garam sikit. aku memang lemah bab2 meletak garam dalam masakan nih.. semedang je tawar. haha...
sambal pulak buat sambal telur, sebab bilis dah abis stok. baru nak pegi beli nanti ni. hehe...
pas2 ni bolehla buat untuk sarapan bawak bekal lak..hehe.. suka!!
en.Alang? macam biasa, jarang dia nak puji2 ni.. lagi2 bile sememangnya masakan tu tak kena gaya. huhu... takpe, aku masuk lif tekan butang sendiri pun takpe. huhuhu....
p/s : rasa macam nak buat mee rebus pulak...
jom makan!!!

Thursday, September 16, 2010
- raya 2010 -
alhamdulillah...
selamat dah beraya tahun ni. simple. sesimple raya2 sebelum ni. cuma yang berubah adalah status aku. beraya sebagai seorang isteri. hehe...
dan pertama kali beraya berjauhan dengan mak abah sendiri.
cerita raya?
nanti2 la...
malas betul nak menaip sekarang ni. nantilah kalau mood dah datang, boleh cerita panjang.
sekarang ni mempersiapkan diri untuk kembali ke sekolah.
untuk anak2 tahun 6..
semoga berjaya untuk UPSR 2010.

Monday, September 6, 2010
- 3 bulan dan aidilfitri -
sudah 3 bulan berlalu.
rasa sekejap je. macam tak percaya pulak. alhamdulillah semuanya lancar.
seronok. bahagia sangatttt.... haha jangan muntah ijo ye....
tapi sejak pndah nilai ni, agak payah sikit nak wat entry.. bukan apa, cuma tak menyempat je. gambar2 pun banyak tak upload di facebook untuk tatapan warga sekolah. sungguh! tak menang tangan la... inilah ye kehidupannya. teringat pulak macam mana mak mengurus rumahtangga masa kami kecik2 dulu. uh! seram mengenangnya untuk diri sendiri. tapi apa pun, memang kena hadapi la.. kalau tak, macam mana pulak la kan...
la ni..
nak raya dah. tapi mood raya tu tak sampai ke jiwa lagi la. apsal tah.. baju raya pun takde. pakai baju yang dah penah pakai je. insyaAllah kalau sempat, cari la.. kalau tak, pakai je la mana yang ada... syukur sudah...
persiapan pun seringkas mungkin. banyak lagi keperluan yang tak terbeli. tapi insyaAllah kalau ada orang datang, tetap dilayan sebaiknya. jemputla ye....
so, kesempatan tu, nak ucapkan
Salam Aidilfitri buat semua kawan2 bloggers, followers (macamla ramai bebenor...) dan penyinggah2 yang sudi membaca. Semoga lebaran kali ni penuh bermakna buat kita semua.
oh ye! nak duit raya!!!! hehehehe.....

p/s : berdebar....
Subscribe to:
Posts (Atom)