selamat hari merdeka Malaysia ke 53.
bukan setakat Malaysia, bahkan semoga diri kita bebas dari segala jajahan yang tidak diingini. merdeka tahun ni tengah2 minggu, so cuti pun sehari je. dan cuti merdeka pertama kali di nilai. SEORANG DIRI!! sebab en.Alang kerja pagi hari ni.isk..isk..
tapi malam tadi...
selalunya dapat tengok bunga api dekat klcc ataupun dataran merdeka. walaupun tak pegi ke sana celebrate, tapi dari tingkap bilik bujang aku tu dah boleh tengok dah. tinagtkan tahun ni tak merasa la nak tengok kemeriahan bunga api sebesar2 tu. rupa2nya, kat taman sebelah rumah aku ni pun ada buat jugak. walaupun sikit, dapatla tengok jugak dengan en.Alang. cantik. tapi sayangla duit dibakar macam tu je. takpela, duit diorang, kita tumpang tengok je...
so, cuti hari ni, duduk rumah je. apa lagi? jadi full housewife la. mengemas apa2 yang patut. jap gi nak kuar carik barang dapur plk.
kenapa tajuk entry ada sedih pulak?
sedih sebab terbaca pasal cikgu. bukan cikgu buat hal ke apa. cuma sedikit komen pasal cikgu. ketidakpuasan hati la tu. entahla, seringkali dalam apa jua isu, cikgu yang diperlihatkan kesalahannya. memang minoriti, tetapi yang minoriti itula yang dinampakkan seperti sebesar gajah.
aku taknak cakap lebih. takut meleret2. padahal dah taip meleret2 tapi delete jugak. huhu ini blog. bukan diary yang boleh disorok2. biarlah. biarlah mereka berkata, menulis apa yang terlintas di hati mereka. kita bukan boleh menghalang. mungkin yang minoriti itu yang menjadi kegeraman mereka. jadi, mari kita meneruskan kerja kita.
enjoy!!!!
Tuesday, August 31, 2010
Monday, August 30, 2010
- merdeka 2010 -
Sepanjang dua minggu lepas, sekolah buat program Minggu Merdeka 2010.
macam2 aktiviti diadakan. pertandingan, persembahan. nyanyian. meriah!
paling istimewa tahun ni diadakan pertandingan kelas ceria merdeka. yang mana setiap kelas perlu menghias kelas sempena hari kemerdekaan. apa lagi budak2 ni, penuhla kelas dengan segala saiz bendera. bagus!!
nyanyian lagu patriotik pun semangat. tapi yela budak2 sekarang ni kurang pengetahuan psal lirik lagu patriotik ni. mungkin kurang pendedahan di rumah. macam aku dulu kecik2, memang suka dengar lagu2 patriotik ni. secara peribadinya aku memang sangat patriotik. haha... apatah lagi bila ada pertandingan2 sukan yang melibatkan atlit negara. muahaha... semangat menyokong dengan abah kat depan tv. syahdu mode..
pagi tadi, penutup minggu merdeka tu. saja aku buatkan video lagu tanggal 31 dengan gambar2 sepanjang minggu merdeka. hehe...
layan....

Sunday, August 29, 2010
- kacau dodol -
macam dah lama betul tak post.. sebenarnya kebosanan ni. adeh!
tapi malam tadi member en.Alang ngajak gi kacau dodol kat carwash dia. program belia 4B kampung tu sebenarnya. tapi dah member, ajak je la meramaikan lagi.
so, kami dalam pukul 9.30 baru gerak dari nilai ke salak itu. tak sampai setengah jam sampailah. masa tu dodol dah nak menjadi. kira kalau kacau tu, tak sampai 5 minit dah basah peluhla.
en.Alang pulak cakap ni first time nak kacau dodol. hehe aku senyum je. seronok gak. sebab dah lama betul tak tengok orang kacau dodol ni. last, masa arwah uwan ada lagi. dah lebih 15 tahun dah.
bila dah ready, en.Alang mula menunjukkan skill. tapi memang! tak sampai 5 minit, tengok en.Alang dah berpeluh2. mau tak... ingat senang ke nak kacau dodol? ada 3 kawah sebenarnya, tapi kawah yang anak2 muda ni paling lambat nak siap.
sampai pukul 1 jugakla nak menyiapkan kawah yang 1 tu. kesian jari en.Alang melecet pegang sudip pendayung tu huhu...
dah siap, balik rumah terus tido. penat. aku penat tengok! haha...
p/s : rase nak buat kuih utk berbuka, tapi apa ya?

Wednesday, August 25, 2010
- 80 days -
it's been 80 days.
sekejap je masa berlalu. dah 80 hari dah. dah semakin mengenali encik suami. dan banyak lagi sebenarnya yang ingin dikenali daripada encik suami. begitu juga sebaliknya.
alhamdulillah. the flow is smooth. with our doa, parents' bless. also bless from Allah. moga kehidupan ini lebih diberkati dan penuh dengan detik2 yang menggembirakan.
biarpun bertekak kat dapur tu adalah aksi wajib setiap kali nak masak juadah berbuka. huhuh... takpe. kenyang jugak. hehe...
kepada encik suami, saya sayang kamu.. kamu sayang saya?

Tuesday, August 24, 2010
- puji-pujian -
ini satu persoalan. tapi soalannya di akhir entry nanti. so, bacakan dahulu situasinya.
wah!! macam kuiz pulak la..
okeh, begini.
"sambal udang tu beli ke masak?"
apakah!?! "masakla..letih tau blend cili tu" ye ye je...
"alah, pakai ciki giling beli semalam tu je kan.."
"mana?tak sedapla sambal pakai cili tu" sukati je! saja nak buat orang geram.
"hehe.. ok!"
diam.
"ok je?"
"ok tu sedapla.. tu yang balun nak habis tu."
"eleh! memangla.. arif pun makan sekali" saje nak provok...
"mana? arif makan 2 je. sekadar jamah.."
diam. dalam hati penuh dengan taman bunga berkembang mekar. ngeeee....
akhirnya! berjaya buat sambal yang orang cakap sedap. selama ni masak sambal mesti failed. huhuhu... mekaseh sifu2 di sekolah tu..kikiki... menuntut ilmu tau!!
soalannya?
encik jamiel jawab ye.
lelaki ni payah betul nak puji direct ek.. dia kona baik punya, macam malu je. apakah?
ok, sila jawab.
selamat berjaya!

Monday, August 23, 2010
- terasa sengal atau mengong -
pernah korang rasa korang buat sesuatu atau anggap sesuatu itu atas sebab tertentu. tapi bila dah lama lepas tu, baru korang rasa macam bengong je benda tu.
haha... faham tak?
ala...tak paham la tu.
dulu kecik2 kan kita selalu kena nasihat dengan emak lah, nenek lah. pasal macam2 benda. atau korang tengok sesuatu benda tu, lepas tu, anggap benda tu terjadi pasal ada benda lain.
macam aku, dulu kan...
selalu je tengok orang bakar sampah, lepas tu mesti hujan. (dulu2 bakar sampah tak kena denda...) so, aku membayangkan asap dari pembakaran sampah tu akan menyebabkan langit mendung mengundang hujan. bila dah besar masuk sekolah menengah, baru la tau yang awan gelap tu sebab dia dah berat menampung wap2 air. adeh, sengal!
lagi satu pasal pelangi. dulu kan selalu je kalau nak tunjuk pelangi tak boleh pakai jari. sebab nanti kudung. aku taktau ape signifikannya. lepas tu mulalah ajak sesapa yang ada kat sebelah, pergi carik ujung pelangi tu. haha... sampai sudahla ko tak jumpa. lagi sengal!
lagi?
nantilah. rehat jap.

Sunday, August 22, 2010
- jom masak! -
weee.....
semalam first time masak untuk suami terchenta. maksud aku berdua2 je. kalau balik kampung masak jugak, tapi dengan pertolongan mak. huhuhu...
dan,
oleh kerana sudah duduk bersama, maka tunaikan lah tanggungjawab yang penting itu. petang semalam, memusing Nilai untuk mencari perkakas2 rumah dan dapur dan bahan2 untuk masak. sampai dah dekat nak buka dah. sampai kat rumah, en.Alang terus setting dapur, aku pulak kerja menyiang ikan. memasaklah kami bersama2.
tapi kan...
masak dengan en.Alang ni kalah masak dengan mak. uh!uh!... layan je la..
bak kata Asna. gaduh2 manja kat dapur memang perasa tambahan yang menyedapkan lagi lauk berbuka malam tu. siap masak pun dah dekat pukul lapan. even lauk simple je, tapi lega sebab berjaya akhirnya.
weeee.....!!!
p/s : ari ni en.Alang kerja. berbuka sorang2 la nampaknya.

Saturday, August 21, 2010
- tempat baru -
pertama kali.
membuat entry di tempat baru. lain.
hmmmm........
semalam lepas sekolah, kemas2, angkut, drive ke nilai dengan kelisa yang penun beg baju. malam tadi proses memindah masuk barang2 ke rumah sewa baru. letih.
en.Alang sembang2 lagi dengan kawan2 dia. sampai jam cecah pukul 2 pagi. lepas tu dok pikir2, decide terus sahur sebab dah alang2 malas nak bangun lagi nanti. balik sahur dah jam 3 lebih. kemas2 sikit dekat pukul 5 baru dapat tidur. itupun tidur2 ayam.
aku memang.. payah nak lelap bila dah tukar tempat. kena biasakan diri dulu la. tengok en.Alang tidur, nyenyak je. jeles i!!
hari ni banyak agenda gayanya. cari barang keperluan yang penting2 tu. kalau tak, tak sudah la rumah ni. beg pun bersepah je kat ruang tamu ni.
lain2 entry aku tepek lak gambar. la ni malas sikit. rasa nak sambung tido lagi.
daaaa.....

Thursday, August 19, 2010
- merajuk ala2 tak jadi -
cite dah basi. tapi nak tulis gak. takpe basi baru 3 hari hehehe....
ari tu masa lepas cuci2 umah. bukak pose kat umah bujang en.Alang. buka dengan kuih je dulu sebab dah penat sangat, takde selera nak makan.
sedang2 makan tu, sambil belek2 paper expired. ada la iklan pasal movie The Last Airbender. en.Alang ada ajak tengok movie ni sama2. tapi sampai ari tu langsung tak kesempatan. so, aku saje2 tunjuk kat iklan tu.
lepas tu...
"dah tengok dah... (sambil sengih...)
"dah tengok?" (terus masam muka!)
terus rasa pahit karipap yang tengah dalam mulut tu.
en.Alang terus perasan muka aku yang dah macam jeruk maman tu.
"nak tengok?jomla..layan je"
diam lagi. muka tak berubah macam tadi gak.
"ala.. nape diam? merajuk pulak?"
diam lagi.
"dengan din ari tu. dia ajak"
diam lagi.
"laaa...ish"
enough.
"apa?" (ala2 bunyik majuk...)
ok. aku tak merajuk. (ego gak aku) tapi memang aku payah nak merajuk. bukan apa, aku ada sebab2 sendiri malas nak merajuk2 ni. wat letih muka je. sebab en.Alang bukan pandai nak pujuk2 pun.. hampeh je.
cumanya, aku kecik hati sangat2. en.Alang tak bagitau pun yang dia dah tengok ari tu. padahal, sebelum tarikh tayang lagi dia dah janji nak tengok sama2. last2 dia dah tengok dulu. kuciwa, tahu???
tapi, muka jeruk tu tak lama. sebab bukak cite pasal movie The Expendables pulak. kalau dia wat hal lagi, aku betul2 nak merajuk. tak kira.
ok, takpe kan ngade2 dengan suami sendiri.
esoknya kat sekolah, aku terpikir. napa la aku tak betul2 merajuk masa tu. terus cakap tak selera nak makan. masuk bilik. hehehe.... nak tengok apa reaksi dia.
serius! tak penah lagi wat ngada2 macam ni. huhuhu.....

Wednesday, August 18, 2010
- siap dah, weeee..... -
en.Alang mesej.
rumah dah cantik.
siap potong rumput ngan pasang langsir.
weeeeeeee...!!!!!
tak sabar pulak rasenye.
jumaat ni en.Alang dok ngangkut barang dari rumah lama.
uh! lelah tu...
even selang 2 lorong je, kena gak sewa lori. mano nak angkat tilam peti ais sogalo tu. lain la ada troli bosa.. ado sosapo nak bagi pinjam?
huhuh....
dan aku...
bila ek nak ngangku beg2 baju segala ni? sabtu kot....
mau tolong???
p/s : perasaan bercampur baur.
.

Tuesday, August 17, 2010
- setup baru -
salam.
dah masuk seminggu kita dalam ramadhan kan. macam mana semua? puasa ok? sahur ok?
lagi2 yang baru berdua tu. confirm masak untuk yang tersayang kan.
i tak menyempat lagi nak masak untuk en.Alang. huhu.... terkecuali.
semalam pun baru pertama kali berbuka bersama sebagai suami isteri. hari ni sahur pun kat luar jugak. macam mana nak masak? bahan pun takde. en.Alang pun sure tak teruja pun nak merasa masakan aku. haha...
tapi semalam balik je dari meeting SUP (lari cepat walopon kerja tak siap. syyhhhh....) terus balik nilai. sebab en.Alang pun off. so decide nak cuci umah. ingat keje nak mop je. rupa2nya..... banyak nak kena basuh. tingkap berabok 5 tahun tak berlap. huhu... lelah jugak la semalam mengerjakannya.
aku takat larat simbah air jela. en.Alang tukang berus2 panjat2 tingkat. huhu...
sekarang dah clear. cuma nak kena beli tikar, langsir n masuk barang2. hoh! lelah.. lelah...
petang ni nak cari barang pulak. harap2 dapat clear semua sebelum bulan depan. dah dekat2 nak raya ni payah sikit.
cakap pasal raya, en.Alang tengah kebingungan risau cuti tak dapat. if tak dapat, setakat off dia sehari sebelum raya dengan raya pertama. lepas raya kedua masuk kerja. huhu... kesiannya dia.. kesian saya juga!!!
p/s : tak sabar....

Thursday, August 12, 2010
- ramadhan moment -
ramadhan kali ini sungguh bermakna.
ramadhan pertama sebagai seorang isteri walaupun..... sambung sendirik..
tapi ramadhan2 yang lepas pasti dikenang dan disemat dalam hati.
korang mesti ada momen ramadhan tersendiri kan.. mesti macam2 punya cerita lah. ada yang sedih, seronok, kelakar, sayu. MMA...
aku dok teringat bulan pose masa kecik2 dulu.
mak abah memang dah ajar anak2 untuk berpose seawal umur 6 tahun lagi. fuh!! memang mencabar.
yela kan...budak2. tau jela.. nak main je kejenye. dah main sure penat. macam tu jugak la aku. boleh pulak diam2 duk cengkelat pose. dulu rumah aku dalam sekolah. nak kata kuaters bukan kuaters. tapi rumah sebelah bangunan utama sekolah lah.
masa mak belum balik lagi, aku dah cepat2 balik, terus menuju ke dapur, ceduk air minum. slurrpppp..... air kosong pun sedap woo!! haha... keji sungguh1 menipu je kejenye... lepas tu buat2 letih pasal taknak tolong mak kat dapur masak lauk berbuka. ya Allah jahatnya aku masa tu. anak2, jangan tiru perbuatan ini. amaran!!
setiap kali ramadhan tiba, pasti peristiwa tu yang aku dok kenangkan. dah buat salah, memang selalu terkenang la.. huhuhu....
ramadhan semasa kat asrama dulu pun best jugak. tugas menghidang digilirkan mengikut dorm. lepas hidang, tadarus sekejap kat surau. lepas bebrbuka tarawikh jemaah. sahur pulak, kalau rajin. tapi aku setiap hari sebab perut memang kena sahur. kalau tak, tak tahan. melainkan bendera jepun berkibar.
haih! best pulak berpuasa ramai2 dengan geng dulu2... rasa nak kembali ke alam sekolah la. main2 je kejenye...
sekarang ni, pertama kali sebagai suami isteri. walaupun duk asing, tapi terasa jugak kelainannya. dulu tak kisah pun orang nak makan apa, janji diri sendiri cukup makan. haha... sekarang, kita duk ingat orang tu sahur apa la kat tempat keja. padahal tahu dah, bukan dia takleh keluar carik makan. huhu...
korang pulak macam mana? mesti ada jugak kan. share2 la...
p/s : rindu la...

Wednesday, August 11, 2010
- 1 hari 1 menteri -
tajuk atas macam tengah kempen politik je gaya. haha..
takde maknanya lah. bahaya la ni kalau nak wat komen pasal politik2 segala ni. so, ini blog adalah bebas. tapi tuan blog punya pilihan sendiri.
bukan apa pun tajuk atas tu. cumanya 3 hari ni aktiviti full jumpa orang2 besar je. huhu...
dari hari ahad lagi.
balik kampung dengan en.Alang. rehat2. yela...en.Alang tak off weekend sepanjang bulan puasa ni. raya pun belum tentu dapat cuti. kesian saya! eh, saya pulak ke...huhu
hari ahad, pagi-pagi lagi emak abah dah keluar ke Parit 4, Sg Haji Dorani untuk program juara rakyat. macam2 aktiviti. tapi me n hubby lambat datang, sebab siap2 terus nak balik nilai.
tapi sempat jugak tengok mak abah masak nasi goreng. hihi kelakar je sebab lelaki yang kena masak. perempuan prepare je. tapi apa susah, lelaki gaul2 je. yang perempuan tukang masuk rencah segala. kan?? ala...utk suka2 je.
kami tak sempat tunggu sampai penyampaian hadiah. tapi mak meseg bagitau dapat nombor 5 je. okla tu. out of 10. huhu...
perasmi adalah Dato' Seri Khir Toyo. ops! ni bekas menteri besar. tak masuk dalam skop tajuk...
hari isnin.
bawa budak2 koir untuk program dengan Balai Seni Lukis Negara untuk pelancaran satu program.

mak abah dah ready...

prepare make up budak2. dari tangan pakar... haha
Tuesday, August 10, 2010
- ramadhan -
salam ramadhan buat semua rakan2 blogger. juga pelayar2 internet. khusus buat semua umat islam sedunia. semoga kehadiran ramadhan kali ini memberikan kita 1001 rahmat buat kita.
sama2 lah kita mempertingkatkan amalan kita dan bersama-sama mendapat rahmat dan keberkatan daripada Nya.
amin.
salam ramadhan al mubarak
dari cik dila & en.Alang.
.
Friday, August 6, 2010
- tak sihat -
5 hari lepas.
dah mula sakit tekak. pasal makan buah duku banyak sangat. lepas dalam kelas kena pulak tinggikan suara.
2 hari lepas.
hidung ok lagi. tapi semalam dah mula bersin2. berair.
pagi ni jumpa doktor.
lepas dia tahu aku baru kahwin, terus ditanya bila period last. ada muntah2 ke tak.
aduh! takdenye la.sebab baru je 2 hari bebas dari bendera jepun. huhu...
check punya check, doktor kata tak demam pun. but still aku dapat ubat demam n selsema.
petang ni batuk agak teruk dengan suara dah bertukar menjadi suara raksasa. hoho...
perit...
mau encik ada di sebelah. tapi kang jangkit ke dia pulak...huhu....

Tuesday, August 3, 2010
- anak-anak part 3 -
lokasi : luar kelas 1 Mawar.
anak 1 : yeay!! cik adilah!!!
anak 2 : yeay!! yang saya suka main dengan....
nampak tak ayat tu.
macam tak lengkap kan... tapi itu la ayat si Khaleeda from 1 Mawar. masa mula2 masuk dulu, dia langsung tak boleh nak komunikasi dalam bahasa melayu. tapi sekarang dah boleh sikit2. tapi itulah... dia translate abes2 dr english ke bm.
dia bahasakan diri cikgu pun awak. aduhai... kena ajar laras bahasa ni. yela kan. kalau in english kan you i je even dengan orang yang lebih tua pun. so, khaleeda ni pun macam tu la jugak bila dia dah translate ke bm. hihi... udah la comel! geram betul rase nak cubit2 pipi dia tu.
p/s : nak anak comel macam tu jugak. ;)

Monday, August 2, 2010
- jalan2 weekend -
oh! sungguh seronok.... macam cik farah yang seronok berjumpe encik tunang. sy pun seronok jumpe encik suami. weee..... haha gediks!
kesian pulak dekat cik ina n cik aufa yang minta temani diorang mencari tailor untuk dress nikah cik ina. ya ampun kawan2 ku... nanti kite luang masa untuk cari barang2 lain pulak yea.
malam sebelum tu kami dah keluar untuk movie SALT. owh!sangat mengujakan. tapi rasa tak puas dengan ending dia. even aku bukannya suka pun dengan Angelina Jolie, tapi aksi yang ni best.
so, tak jadi keluar dengan my buddies, aku ke nilai ketemu en.Alang. dapat pulak berita atau lebih kepada problem sebenarnya. nak tau klik sini. haish! so, berpusinglah kami memikirkannya.
jenjalan kat kota warisan yang sangat cantik design rumahnya. alangkah bestnya dapat sebijik. huhu...
ahad pulak, bersambung mencari rumah dekat area rumah tu jugak. nampak ada rumah kosong, cuma belum contact dengan tuan punya lagi. doa2kan la dapat ek. dah bingung dah ni.
lunch di ice room. yummy!!!
harga pun quite okay. masih mampu hulur. hehehe...
abis makan.. kami merayau pulak ke alamanda. wayang lagik!
predator yang dah nak2 abes tayangan tu. banyak sangat choice nak pilih. tp pilih yang tu jugak. yang lain, nanti2 lah.
sementara tunggu nak masuk, kitorang lepak kat taman dulu. layan blues. hehe...
nak ajak bergambar sekali bukan main payah. ada ke, aku tunjuk gambar pre-wed nawal, ajak dia buat macam tu, dia boleh jawab "laa... ari tu dah outdoor kat langkawi ari tu, nak mana lagi?" haih la incek... sabo je la. ish!

Sunday, August 1, 2010
- masalah itu problem -
aduh!! masalah pulak timbul.
perlu segera.
siapa2 ada rumah mahu disewakan??
area kota warisan, bangi or nilai.
cepat! saya terdesak!!
p/s : problem...problem...
perlu segera.
siapa2 ada rumah mahu disewakan??
area kota warisan, bangi or nilai.
cepat! saya terdesak!!
p/s : problem...problem...
Subscribe to:
Posts (Atom)