Friday, July 30, 2010

- orang kata...tp tak semestinya betul.. -


orang kata....
siapa yang senggugut, kawin cepat2. nanti hilangla senggugut tu. huh!karut. semua itu karut. tak hilang pun. ada je lagi ni.

dulu2...
masa sekolah. duduk asrama. tiap kali bendera jepun. confirm aku lari balik dorm. pasal tak daya nak menahan sakit tu. sampai menonggeng2. kalau orang kata frust menonggeng tu, macam tu la aku masa bendera jepun berkibar. ada sekali masa form 2, dah tak tahan sangat ajakla member sorang temankan pegi mintak kebenaran warden nak balik asrama. masa jumpa warden tu, dia yang kalut sebab tengok aku dah pucat tak berdarah. sampai dorm terus tido sampai petang.

ada pulak sekali tu, aku tuang kelas, tido kat bilik BI sebab tak boleh balik dorm. merengkok tahan sakit.

ada yang cakap..
"ko ni, asik senggugut je. lepas ni cepat2 kawin. cepat hilang."

banyak la kamu!! aku dah kawin ni, takde maknanya hilang sakit tu. sama je. mitos sungguh! (eh, takdela pulak aku psang niat kawin sebab nak hilangkan senggugut..haha..)

kadang2 sakitnya memulas2. boleh buat kita masuk keluar tandas berkali2. seksa woo... ada pulak yang sakit biasa2 je. cuma tanda2 macam sakit pinggang. breast membengkak. macam2 sakit perempuan bila bendera jepun berkibar ni.

ada yang sakitnya datang sebelum waktu sebenar. ada pulak yang datang semasa waktu sebenar. bergantung pada empunya body.

jadi, para lelaki. kamu mesti faham ini. ada masanya perempuan akan menjadi begitu emosi. marah. sedih. kuat merajuk bila tak kena waktunya. pandai2 la kamu melayan.




p/s : mahu tenang
.

Thursday, July 29, 2010

- cik dila dan rahsia dirinya -


hihi...
macam apa je tajuk atas. konon rahsia sangat ke? kau siapa? orang tak heran pun.

eh, pedulik apa aku! blog aku. laptop aku. brodben aku. aku punye sukala aku nak taip apa. bukan aku taip pasal ko...

haha...
cik dila sudah tak berapa betul hari ni. telinga asik berdesing je. haih!

1. masa di tingkatan 3 penah terdetik nak pakwe orang kedah disebabkan fanatik kat hairie othman... ok, gelak besar2 sekarang.... gilo! pasal fanatik je dah terpikir ke situ. (eh, sekarang dah tak minat pun ye...) sudahnya tak menyangka berjodohkan orang kedah jua akhirnya.hik3...

2. abis sekolah, tak jadik orang kedah. teringin pulak berpakwekan orang jawa. pasal... terpengaruh dengan bukti2 pendengaran dan penglihatan bahawa orang lelaki jawa ni bagus. baik. rajin. lebih2 lagi aku tak nak hilangkan darah jawa dalam diri aku ni.lagi sekali gelak besar....

3. gayat dengan tempat tinggi. menggigil2 kaki kalau kena panjat tempat tinggi. pahtu andangan jauhhhh ke bawah. huish! rasa apa je. tapi boleh berangan lagi nak buat bungee jumping tu. kena gelak je dengan en.Alang....huhu

4. tak pernah terfikir untuk bekerja di tengah2 bandar Kuala Lumpur ni. sebab aku tak suka suasana bingit, jamm, dan segala pasal la. konon2 dulu berangan nak kerja kat kampung je. leh buat bisnes IKS dengan mak abah. sekali berangan je daa....

5. pernah berangan bekerja di dalam makmal. dengan segala radas makmal. buat kajian tuang itu, tuang cecair ini. huahuahua.... minat sangat dengan kimia. tapi, keputusan IPTA menunjukkan aku terpaksa masuk makmal jugak. tapi makmal KOMPUTER! huhu.... hilang semangat. sebab memang tak pernah terpikir langsung2 pun. akhirnya, tak masuk makmal mana2, masuk bilik ceria kat sekolah tu je.. erk...ceria ke???

6. teringin nak buka nursery atau kindergarten. seronok layan budak2 kecik ni. hmmm...doa2 kan ye.

7. mahu anak kembar. lelaki perempuan. mesti comel. macam mana nak comel kalau kau pun tak comel?? tak pernah cakap2 pun pasal mende2 ni dengan en.Alang. segan!

8. rahsia paling rahsia bagi cik dila ialah.....


takde apalah..
cik dila sayang en.Alang. hik3....

.

Tuesday, July 27, 2010

- tak suka -

sangat tak suka bila....

datang sakit kepala. tak boleh nak buat apa dah. rase nak cabut kepala, cuci abis2 hilang bagi sakit tu.
tak suka lagi bila tengah sakit kepala, orang yang kita sayang yang jadi mangsa kemarahan kita. (ops!takde kaitan dengan encik suami. tak pernah marah2 tau..tak baik...)
tak suka juga bila sakit, tengah banyak kerja nak buat. makan ubat pun tak lut. (tapi sekarang dah malas nak makan ubat. tak mau bergantung sangat pada ubat dah...)


tak suka jugak bila....

kita tengah sedih, mau orang berada di sisi. tapi orang tu tak de pun.
tak suka bila mengenangkan orang tu jauh. tak dapat nak hadap muka dia. tak dapat tengok mata dia. tak dapat pegang tangan dia. sedih.....


lagi tak suka bila keadaaan kelam kabut. lepas tu dipaksa2 buat kerja. lepas tu dimarah2 tanpa belas kasihan. lepas tu....
huh! tak suka lah....









ok! mugkin saya menghadapi PMS.
sila abaikan saya.
sekian, terima kasih..

Sunday, July 25, 2010

- berpesta ujong minggu -

heheh...
jangan pulak korang ingat aku kaki pesta. tak pasal2 je mencemarkan nama sendiri. ecewah... berpesta di sini membawa maksud bergembira sakan dengan encik suami tercinta. haha... skema je ayat.

setelah lama tidak berhujung minggu bersama, kali ni lepas geram la. ngeh3... merayau je kejenye. bermula petang jumaat lagi, kami berjalan-jalan cari makan dulu, isi perut. makan mee rebus dengan cucur udang di nilai. peh tu, cuci kereta encik suami. selesai, kami balik rehat2 dulu.

pagi sabtu. eh! tengahari sebenarnya. lepas pekena nasi lemak, merayau ke puchong untuk memburu mangsa. mangsa2 kami adalah kedai2 perabot. mula2 cadangnya nak pergi shah alam, tapi cancelled. lepas tu nak pegi cavenzi balakong, pun tak jadi. sebab aku call abang, dia kata kat puchong lagi banyak kedai n pilihan. so, bertukar hala lah kami ke puchong.

mangsa sudah dijumpai di puchong, tapi kena masuk dalam list perbincangan lagi. berjalan2 lagi kami ke petaling jaya. isi perut lagi dengan nasi kandar kayu. melerts!!!

mangsa kedua, cavenzi di pameran perabot LDP. pun masuk dalam list perbincangan. siap akak ngan amoi tu bagi kitorang biskut ngan air lagi. macam beraya pulak. mana taknya 2jam kitorang kat dalam tu. customer lain dah bape kali keluar masuk, kitorang dok melepak2 pikir2 dalam tu. haha...

antara yang menjadi pilihan...
tapi, bila masuk showroom yang lain, rasenya kami yang bakal menjadi mangsa. harga tak hengat!! terus tak jadi. berpinau mata menengoknya..oleh kerana menekankan objektif "selesa, smart dan jimat", kami decide untuk pikir2 lagi. yeah!!banyak tempat lagi nak usha ni.

habis mencuci mata, kami terus ke F1 circuit. melayan drag battle. and that's remind me pada kawan tempat keja lama, yang soh aku melayan video drag battle jempol version. kat sepang sampai pukul 12. tak habis lagi, tapi dah tak larat. ajak en.Alang balik. kang dia jugak yang letih, esoknya nak keje.

ahad.
membuang masa di rumah mengadap en.Alang.. nanti rindu lagi.hehe...
dan sekarang, baru dua jam lepas berpisah. aku sudah mula rindu dia. huhu....

Thursday, July 22, 2010

- minggu yang macam-macam -

minggu bertugas mesti memenatkan, kan...?
betul tak cikgu2? sama la kat sini pun. sebab guru bertugas ni dapat kerja lebih dalam minggu tersebut. kena check kelas. kena round kelas. kena buat report. kena handle perhimpunan. sah la perhimpunan setiap hari, setiap kali lepas rehat. fuh!! habis ayaq lioq la nak goreng depa ni...

time minggu bertugas ni la asik2...
"cikgu, duit saya hilang..."
"cikgu, saya demam..."
cikgu,kat kelas ada orang giler masuk.."

macam-macam, kau...
boleh handle? dengan budak terjatuh, luka, menangis meraung2...(tak leh blah aku budak meraung2 ni...)
dengan orang tua jagaan gereja sebelah terlepas, then tetiba ada duduk kat dalam kelas.(kecoh budak2 ni kata orang gila...buat gempak je itu aunty la...)
dengan budak muntah2, sakit perut makan nasik lemak kantin..
dengan handbag isteri jurulatih tarian kena curik dek budak sekolah sendiri disaksikan budak sekolah sebelah..(buat malu je..memang nak kena pelangkung betul!)
dengan budak yang datang sekolah gelak2 tetiba habis kelas komputer terus panas, menangis melolong2, bertukar suara jadik budak 2 tahun...(paling seram....)

mau tak giler jadinya..
semua dalam minggu aku sekarang ni..tak masuk kes2 kecik dan terpencil. haha...dasat bahasa.

makanya, korang jom la jadi cikgu. posting kat sekolah aku ni ha...merasa susah senang bersama. huhu...kesian kami tak menang tangan....

p/s : rindu encik la...


Monday, July 19, 2010

- tips di rumah mertua -

semenjak bertukar status ni, entry pun banyak berkisar pada topik yang berkaitan la kan..hehe
khas untuk individu yang beru bertukar status, terutamanya penulis blog sendirik. haha...

tips semasa di rumah mertua.
ok, kumpul2 dari macam artikel, pendapat, pandangan. meh kita bincang sama2...
ini untuk yang pengalamannya macam aku la ye. pertama kali mahu bermesra ketika kenduri kahwin.

1. jaga pemakaian
tau ler kat pekan tu hang duk pakai jeans, tshirt segala..rockers katenye...tapi tak payahla bawak perawakan tu kat umah mertua.takdela nak kata hipokrit. lain pulak la kalau mak mertua sama2 rockers..hehe eh, ada tahu?jangan pelik...

2. rajin
kalau tak rajin kat umah sendiri, buat2 la rajin kat sana. sure korang pun jadik rajin lepas tu. hehe.. tolong2 ler sidai kain ke, sapu ruang tamu ke. apa2 je la. sambil2 tu menyembang la ngan mak ayah tu. dengan kakak dia ke.. time masak tu, boleh belajar masak sekali. lagi2 kegemaran encik suami. sangat bagus ni idea!!

3. ketahui rutin keluarga mertua

rutin makan tengahari, malam. rutin tengok tv. rutin bangun pagi.
segala rutin lah.. makan sekali ke, makan asing2 ke. kalau tme makan tu nak kena ada apa atas meja. kalau tengok tv, tahap suara tv tu tinggi mana. hoh! pemerhatian kena peka dan tinggi ni.. awal2 memang kena, kalau tak habisla... ni boleh tanya suami sebelum buat apa2..

4. buah tangan
sekali sekala balik sana tu, bawakla apa2 yang patut. buah tangan yang sesuai macam buah ke, kerepek ke. kain baju pun ok. kata kl syurga kain ela.haha...eh, betulla..lagi2 nak dekat2 raya ni. pi carik cepat! boleh jugak tanyakan suami yang mak dia suka yang macam mana2. korek2 sikit maklumat tu...

5. ramah
jadik la ramah sekejap. ajak2 bersembang. bergelak ketawa. anggap macam sembang dengan keluarga sendiri.

6. fikir positif
biasalah kalau yang duduk berjiran ramai ni. confirm!! kalau menantu balik, sure jiran2 ke, sedara2 ke ada duduk2 menyembang. kalau tak kena gaya, ada juga yang kena kutuk straight to the point. no belok2 punya. tak puas hati la, komen ini la. buat tak peduli je. masuk telinga kiri, keluar telinga kanan. nak lega kan hati, rujuk pada mertua. bukan buat kesimpulan sendiri.

7. bangun pagi
haaa...korang selalu pas subuh je naik katil balik, kan...?jangan tipu! haha...aku pun kadang2. tapi kat rumah mertua, janganlah diamalkan. kalau boleh bangun seawal mertua. lepas subuh tu, terus masak air ke. buat sarapan ke. kan elok tu.

8. paling penting! ajaga pertuturan.
kadang2 mulut kita ni tak boleh dikawal. lidah tak bertulang. jadi belajar2 kawal pertuturan. bercakap dengan sopan. lembut. senyum.

ok, setakat ni dulu. kalau ada lagi, kita bincang2 lagi ek..

- random @ work -

keboringan yang sangat tinggi...
di tempat kerja.
maka, telefon menjadi mangsa.

buat buku rekod. dengan kertas relief tak bertampal sementara menanti budak2 dalam kelas komputer.

candid bebudak melukis dalam kelas komputer.

shahnas..budak tembam yang rase macam nak peluk kejab2...

kat kelas 2 Mawar masa kem bestari solat...

bdk comel ni lagi kena paksa bergambar..hehehe...

ops!!seksi....bdk2 tengah amali wuduk...

candid by budak tembam tadi...

last!!

tengok inai di jari semakin mengecil...uh! sudah 43 hari rupanya....huhuhu

Friday, July 16, 2010

- naik??? oh, tidak!!! -


malam tadi tak dengar berita.
tapi pagi ni bukak hotfm dalam kereta, si fafau, ag n fbi duk sembang pasal kenaikan harga petrol, diesel dan gula.
me like...what??

apakah?
pasal gula, aku tak kisah sangat. sebab memang jarang2 sangat minum benda manis2 ni.(
eh, tapi taktau pulak bila dah sampai menunaikan tanggungjawab sebagai isteri nanti. sure en.Alang nak minum kan...alamak!)
selama ni macam tak kisah je. tapi situasi dah berubah. kalau la ni duduk kg baru nk ke sekolah takdelah pakai minyak banyak mana pn. isi penuh, dah boleh dapat dua minggu, siap bawak balik kampung lagi.

tapi akan datang??
nak pindah nilai. keje masih di kl. alamak lagi! aduhaii...

makanya...langkah2 penjimatan perlu diambil. huhu.... boleh ke?
dush!dush! (memang nak kena...)

ok, habis pasal naik harga.

nak tanya kawan2 la...
betul ke, kalau badan panas (maksud sy, bila kita pegang badan ke, tangan ke..) maksudnya kita kurang minum air. apakah kesahihannya? tolong jawab sapa2 tahu?

p/s : dalam diam, en.Alang telah mencuit hati dan perasaan sy. awwww!!! terharu...;P


Thursday, July 15, 2010

- kem bestari solat -

hari dan esok ada kem bestari solat di sekolah.
kem ni bertujuan untuk memberi panduan solat dan yang sewaktu dengannya kepada murid-murid bermula Tahun 1 hingga Tahun 4. (memandangkan j-qaf bermula dengan Tahun 4..)

tapi agak sedih. aku bukan perfect. ada jugak terbabasnya. tapi sekurang-kurangnya dengan ilmu yang tak seberapa ni, kita harapkan anak2 ni dapat sekali.
aku ditugaskan untuk jadi fasilitator kelas tahun 2. agak ramai yang masih belum lancar (atau boleh kata tak lancar langsung..) dengan bacaan2 asas macam niat wuduk, niat solat, dan tertib wuduk. ada yang lancar. tapi boleh dikira dengan jari. macam dalam kelas tadi, hanya 3 orang yang betul2 lancar amali dan bacaan yang dinilai. alhamdulillah.

yang buat sedihnya, budak2 ni bila dah taktau tu main2 pulak bila disuruh baca tengok buku. mainlah. bersembanglah. bila marah, boleh pulak buat taktau. sedihla..

entahla..mungkin sebab kurang pendedahan. yela, budak2 ni kebanyakannya tak besekolah agama petang. yang lancar tu pun, sebab diorang bersekolah agama. bukan sekolah kebangsaan ni tak ajar perkara ni dalam subjek agama Islam. tapi ilmu2 tu dipertajamkan lagi dengan adanya amali di sekolah agama.

aku sngat harap dengan adanya program mcm KBS ni, budak2 ni dapatlah ilmu yang wajib ni. inilah harapan terbesar aku.
doakan ye kawan2...


Tuesday, July 13, 2010

- pesanan untuk si isteri -

nak membina rumahtangga bukannya senang. fikir masak2 (kalau boleh sampai rentung pun takpe..) adakah kita dah bersedia? dapat ke kita menghadapi cabaran2nya?

sebelum kawen dulu (tak la dulu mana pun...br bulan lepas je..) banyak sangat pesanan2 untuk jadi isteri ni. daripada emak, kakak, cikgu2, kawan2...semua bagi perangsang, petua dan nasihat yang berguna. walaupun ada sebahagiannya melucukan. sampai nak kata otak ni dah takleh nak proses dah la. bercampur2 dah...

dah kawen ni pun dapat lagi. syukur... boleh jadi panduan.
tapi ada tambahan, daripada si suami pun dapat jugak. almaklum, duduk asing2 ni banyakla juga pesanannya. hehe... dia tau kot isterinya ni kene dok peringat selalu. kalau tak, mamun je la..haha

paling kerap.
1. keja leklok. (kalau mesej masa tgh keja)
2. drive leklok. (tiap kali nak berpisah)
3. makan banyak sikit. (malam2 kalau dibagi alasan dah makan petang tadi.huhu...)

alhamdulillah si isteri menurut kata. kadang tu lo'la' jugak..haha...

tapi bab yang ni memang agak payah... "lepas ni belajar cane nak masak bihun sup utara ye.kaw2 punya.taknak sup siam tu.."

err.... boleh tolong saya??puasa dah dekat ni...


p/s : akan datang...pesanan untuk si suami pulak la ye...agak2 ape ye..hehe


Monday, July 12, 2010

- panduan miliki skill memasak hebat & sedap -


haa... orang tua2 pesan, kalau nak ikat suami, pakai air tangan. bukan air basuh tangan.. maksudnya, rajin2 la memasak yang sedap2 biar suami selalu je makan kat rumah. kalau dia makan kat luar, dia dok teringat2 masakan si isteri. tapi macam mana pulak kalau si isteri tak tahu memasak. tu pasalla orang kata sebelum kahwin tu, penuhkan ilmu rumahtangga. bukan takat nak jaga penampilan diri je. rumah, dapur semua kena ambil tahu. tahu?

mula2.

panduan untuk memiliki skill memasak yang hebat la kan. dah awal2 lagi cakap pasal ni. so, entry ni pasal ni la.


1. masuk dapur seawal umur 9 tahun.
wah!!bukan masuk dapur nak basuh tangan jenguk lauk mak masak je. belajar sekali. sungguh! dulu aku kena paksa dengan mak seawal darjah 3 lagi. belajar sukat air untuk tanak nasi. masak air tu dah memang selalu la.

2. intai2 apa yang mak masak setiap hari.

intai untuk belajar. mula2 masuk apa. lepas tu masuk apa. kang ada yang duk jerit dari dapur panggil mak kat ruang tamu, tanya lepas masuk bawang nak masukkan apa..haha.
lepas tu, tengokla cara2 racik bawang. potong sayur. siang ikan. sekurang2nya la..

3. ringan mulut.
biar banyak tanya, jangan banyak mulut. kalau tak tau tu tanya. jangan nak memandai. ada pulak karang yang masukkan garam segenggam untuk sayur yang untuk dimakan 4 orang. nak membunuh namanya tu. huhu...


4. selak resepi.

kalau rajin tu, beli lah majalah yang ada selitkan resepi2 kat tengah2 tu. boleh la cuba2. untuk diri sendiri dulu. kalau sedap buat untuk family pulak. kan? bab ni aku terima kasih sangat2 kat mak yang suka beli majalah seumpama ini. buat aku suka makan. dah suka makan tu, kenala suka masak. abih nak harap mak masak untuk kita. banyak cantik!!

5. rajin mencuba.

kalau tak rajin, sampai sudahla ko masak tak jadi apa. sendiri tepuk dada, sendiri jawab la.huhu...


p/s : mak, tima kaseh sbb paksa kaklang masuk dapur. kalau tak, taktau la jadik apa. even tak sedap sangat, tapi bolehla wat menjamu makan tengahari kat kampung.hehe....


Sunday, July 11, 2010

- ibu jari? masak? erkk.. -

pernah aku menegur sorang my colleage.
bukan tegur apa.
cuma aku cakap yang aku jarang jumpa ibu jari orang yang tak bengkok.
macam aku punye..lurus je.
macam gambar ni.tapi ni bukan gambar ibu jari aku tau.. cilok kt google je..


lepas tu akak tu cakap ibu jari lurus ni masak tak sedap.
apekah??
abes tu keturunan aku masak tak sedap ke?
huhu...
sebab ikutkannya...
mak dan kakak aku pun jari macam aku gak.
mak masak tak sedap?
kakak masak tak sedap?
kompius....
nak kata aku tu, memang la kot..

isk..isk..isk...

pengajaran di sini.
belajarla memasak sedap2 ye. buktikan kita msak sedap jugak.
huhu...
semangat!!!
jangan pulak nanti, dah siap masak tapi yg lagi sorang tu taknak makan sebab...
"huh!awak masak tak sedap..."

meraung makcik oiii....



- final -

pagi ini.
penentuan.
spain vs netherlands.

so
mana satu pilihan hati.
ikutkan rasa mahu d'orenja yg menang.
tapi nampak gaya macam spain yang akan menguasai permainan.

kita tengok je la ye.
(akan menontonkah aku?)
kalau tak tengok pun, tunggu je la berita esok pagi.
huhu....





en.Alang pastinya menyokong Spain.huhu...
nak sokong belanda la.biar ada fight sikit..kan?hehe...


p/s: kenapa rasa badan lain macam ni. pasal air tebu pasar malam tadi ke??



- andai hari esok -

2-3 hari ni perasaan bagai terbang melayang..

hati berlagu riang...
haha...

tak menahan sungguh ayat.
bagi la can ye...

moh layan lagu Adira- Ku Ada Kamu


Di kala ku kehilangan
Di dalam kegelapan
Kau suluhkan sinar petunjuk
Di kala ku kesedihan
Kau ukirkan senyuman
Dengan penuh sabar memujuk

Engkau menyambut tiap kali aku terjatuh
Andai hari esok langit akan runtuh
Tabahlah menjunjung bersamaku
Andai hari esok dunia gelora
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu

Di kala aku tak pasti
Kau tampil dengan berani
Membimbing agar lebih yakin
Dan bila hidup penuh soalan
Kau berikan jawapan
Melengkap semua kekurangan

Engkau menyambut tiap kali aku terjatuh
Andai hari esok langit akan runtuh
Tabahlah menjunjung bersamaku
Andai hari esok dunia gelora
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu

Tidak mungkin diri ini mampu hidup tanpa doronganmu
Andai hari esok langit akan runtuh
Tabahlah menjunjung bersamaku
Andai hari esok dunia gelora
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu



Tuesday, July 6, 2010

- takde keje -

ni la akibatnya kalau kebosanan. takde keje
(padahal keje melambak..nanti aku list kan ye...)

berikutan suka menengok gambar encik pencuri hati itu,
datang idea nak buat wallpaper. (konon2 la...)
tapi tak seni langsung bila dah siapnya..huhuhu...
layan je la...



ok
sebenarnya banyak keje menanti.
tapi sangat la malas.

1. majalah 2010
2. sijil penghargaan Glitter Nite
3. sijil penyertaan Ujian Kecergasan
4. bahan2 ABM pemulihan khas
5. rekod mengajar

hoh!!
amik kau..walaupun lima nombor je. tapi kerjanya banyak tu.
bila nak buat???
kang dah terdesak baru meraung.
padan muka!


Monday, July 5, 2010

- tebiat baru -

aku punya tebi'at baru...
sejak bergelar org rumah org ni.

suka tgk gambar en.Alang..
sangat menenangkan.
saya tak kisah dia tak tgk pun gmbar saya. (tapi sy tau kat kepala katil dia ada gambar kami..hehe)
tengok, renung..lepas tu senyum sorang2...
macam jakun sbb sebelum kawen memang payah nak dapat gambar dia.

kesian org jauh ni kan.
pengubat rindu tgk gambar je la...

encik!!!saya rindu awak....


Sunday, July 4, 2010

- demam world cup -

haha...
dh nak masuk final barula terhegeh-hegeh nak buat entry pasal world cup..
tak mencabar minda langsung.

yela...
sementara belum habis ni
buat la jugak. mengikut berita semasa katanya..

tahun ni tak macam world cup atau euro cup sebelum ni.
bagi diri aku la..
sebabnya.
aku tak ngikut sangat game kali ni..
maybe lebih teruja dgn alam pengantin baru ni kot.. haha gediks!!
tp en.Alang tak pun.
dia tetap layan. haha lelaki....

teringat lak world cup yg lepas,
siap kunci jam nak tgk final. layan dgn abah.



fav team plk..
aku takde fav team. layan je match tu.. takde nak gaduh2 ni..
haha baik tak..
en.Alang plk...menurut kata Syazwan, dia suka Spain.
betul ke tak aku taktau. aku tak tanya pun.
ok, mmg betul aku still belum kenal/tau minat or interest sang suami itu..
lepas kawin ni la baru nak betul2 kenal..

okeh...
jom layan bola....
(ape tah game malam ni??huhu...)

p/s : masih berdoa....




- sebulan pertama -

diam tak diam dah nak masuk sebulan selepas tarikh ijab kabul..
macam tak percaya je.

tapi life tak banyak beza macam masa anak dara dulu.
mana taknya. hidup membujang lagi..hahaha..
ok.
bagi semua paham.

aku masih berjauhan dengan encik suami aka en.Alang.
ramai gak yang pelik. boleh pulak duduk jauh2..
jauh tak jauh mana pun. takat kl-nilai tu..huhu..
tp itula masalahnya.
dekat tapi jauh.mcam mana tu.

setelah ambil masa berbincang dan berfikir.
akhirnya aku amik keputusan pindah ke nilai je.
asalnya nak cari rumah kat seri kembangan.tak bast.

lepas tu en.Alang cari rumah kat kota warisan. dapat tingkat 2 pulak. awal2 ni memang la ok. kang dah bertambanh kang.senak nak naik tu.

sudahnya, housemate dia offer nak keluar rumah kakau kitorang nak sewa rumah tu.
okla macam tu.
dan dah try pun pegi sekolah dari nilai. keluar 6.30, sampai 7.20..
kire oklah tu.
tapi memang takleh lebih 6.30 la..
huhu...
memang complicated.

tapi belum pindah lagi, sebab diorang belum keluar.

semalam pulak.
keluar.
en.Alang belanja. yeay!!!
dia nak tebus adiah ms birthday aku ari tu kot..hihi...
syonok!!!
yang tak seronoknya, dia demam..keshian dia.
tak dapat main bowling sama2 dgn cikgu2 sekolah.
takpela...lain2 kali pulak..



esok.
sekolah macam biasa.

masih menanti dan berdoa....

Thursday, July 1, 2010

- entry bergambar -

entry kali ni gambar2 je la...
turutan dari mula rombongan datang.
makan n potong kek.
bergambar kat pelamin
lepas tu...

habis....


bye....
terima kasih....